1. Merupakan negeri yang
mempunyai kerajaan terawal di Malaysia (kerajaan Kedah Tua) bermula
pada kurun pertama Masihi lagi. Namun secara umumnya, kerajaan
Langkasuka ( asal kepada kesultanan Kedah hari ini) dikatakan dibina
pada kurun ke-2 Masihi.
2.
Kerajaan Langkasuka diasaskan oleh Merong Mahawangsa dan merupakan sebuah kerajaan Melayu-Hindu.
3. Tetapi pada kurun
ke-11 ia berubah menjadi kerajaan Islam sepenuhnya. Kedah merupakan
negeri pertama di Malaysia yang menerima kedatangan Islam, lebih awal
dari Terengganu (batu bersurat-kurun ke-14) dan Melaka kurun ke-15.
4. Kesultanan Kedah hari
ini merupakan Kesultanan tertua di dunia yang masih bertahan sehingga
kini (anda boleh melihat buktinya di Muzium Diraja Kedah di Alor Setar).
 |
Menjadi Agung yang ke-14 untuk kali kedua |
5.
Kesultanan Kedah juga
merupakan legasi monarki kedua tertua di dunia yang masih bertahan
sehingga kini. Monarki pertama tertua di dunia adalah keluarga diraja
Jepun.
6.
Dahulunya negeri Kedah
juga terdiri daripada Pulau Pinang, Perlis dan sebahagian Thailand
(Pattani). Jika dicampur kesemua ini, Kedah mungkin akan menjadi negeri
ke-7 terbesar di Malaysia selepas Terengganu. Namun keluasan Kedah
sekarang adalah dibelakang Terengganu (tempat ke-8).
7. Perdana Menteri
pertama Malaysia berasal dari Kedah, iaitu Tunku Abdul Rahman. Perdana
Menteri Malaysia yang paling lama memegang jawatan (selama 22 tahun)
iaitu Tun Dr. Mahathir juga berasal dari Kedah.
8. Penduduk Kedah adalah ke-6 teramai di Malaysia.
9.
Bangunan tertinggi di Kedah ialah Menara Alor Setar, yang juga merupakan menara telekomunikasi ke-21 tertinggi di dunia
Credit to budaktechnician
@anys_hazwanie: Tetiba aku rasa bangga dengan tempat kelahiran dan dibesarkan ku ini. =)
10. Berikut merukakan trivia tentang negeri Kedah :
Ibu negeri | Alor Setar |
Pusat pentadbiran | Anak Bukit |
Tarikh Hari Keputeraan Sultan | 28 November 1927 |
|
|
Koordinat Geografi | 2 30 U, 112 30 T |
Iklim Tahunan | 2,390 (94.09) |
Jumlah hujan tahunan | 2000mm ~ 2500mm |
Puncak tertinggi | Gunung Jerai (1,217 m) |
Sungai terpanjang | Sungai Muda |
Tasik terbesar | Tasik Pedu |
|
|
Daerah terbesar | Sik (124,450 km persegi) |
Daerah terkecil | Yan |
Kawasan paling padat | Alor Setar (3,518.6/batu persegi (1,358.55/km²) ) |
Penanaman utama | Padi |