Sunday, December 29, 2013

What the use of money, if you don't have freedom?





Kadang-kadang aku pelik kenapa orang terlalu tergila-gilakan duit. Macam tak ada duit tak boleh hidup. Habis tu kalau tak ada duit kena mati ka? haha. Macam lah aku ada duit selalu. Cuma dah biasa terdidik jangan merungut. So, tak ada duit pon relax ja la.  Kadang-kadang sampai susah hati sebab tak ada duit. Macam dok bercinta. haha. Makan tak kenyang. Tidoq tak lena. Mandi tak basah. Rimaihs tau. Nanti dengan aku-aku sekali terikut-ikut sikap macam nih. 

So, nih lah sebabnya kenapa aku rajin sangat nak tahu asal usul duit dan sebagainya. Dan macam-macam. he.he. Dan memandangkan aku pon graduan dalam bidang kewangan. Lagi bertambah-tambah rajin walaupun pada dulu kala masa muda-muda tak rajin mana. hehe. Pemalas jangan ikut yer macam si pemalas ni.

Betoi jugak cakap orang putih tuh. Apa gunanya duit kalau tak ada kebebasan. Tak kisahlah apa-apa pun. Sebarang pendapat dan komen silalah tinggalkan komen dan pendapat anda dibawah. Nak tahu jugak pendapat orang lain macam mana kan.