Pages - Menu

Showing posts with label Legend. Show all posts
Showing posts with label Legend. Show all posts

Wednesday, April 2, 2014

Thursday, December 20, 2012

PSY:Oppa Gangnam Style - He's Genius


Oppa Gangnam Style yang menjadi satu fenomena baru sekarang ini. Psy sangat famous di serata dunia. Mula-mula aku sendiri pon tak suka sangat oppa gangnam style nih sebab video dia nampak sangat ada unsur-unsur lucah. Walaupun tak banyak. Dan nampak la Psy cuba nak masukkan element funny walaupun nampak macam lucah. Konon benda macam tu macam lawak. he. he. I'm admit it he is genius. Bila dengar cerita disebalik kisah Psy sendiri. Dia seorang bapa kepada 4 anak perempuan. Dah anak rupanya.


Walaupun memang ada unsur lucah tak nafikan pun. Tapi aku tetap kagum dengan art beliau. Dia berani buat benda yang mustahil. Dia juga berjaya bawa Negara Korea ke mata dunia. International kot. Bukan main-main ni. International mempunyai standard yang tinggi. Contohi sikap beliau. Rasanya tak salah kot ambik iktibar dari attitude dia yang tak pernah pon give up. Buang yang keruh ambil yang jernih. Yang keruh nak buat apa. Apa pun tak boleh buat.-_-

There's always a story behind successful people. =)

Nindia.
Dia pun mengaku tiada rupa dengan rasa rendah diri. Padahal dah tip top di international sana nuh. Tapi boleh ja nak success kalau itulah pilihanmu. It is because this is his choice.

Friday, June 29, 2012

LEGEND: Adakah Zulkarnain dan Alexander the Great orang yang sama?


  •  Zulkarnain bermaksud 'Dia yang berbentuk Dua' merujuk kepada dunia barat dan timur.
  • Tokoh yang disebutkan di dalam Quran menyatakan beliau sebagai pemerintah yang hebat dan adil yang membina tembok pengantara yakjuj dan makjuj dari menyerang orang yang dibarat.
  • Segala-gala persoalan telah terjawab melalui Surah Kahfi yang diturunkan wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w.
  •  Beliau menguasai ilmu dan teknologi canggih kalau tak bagaimana la dia nak bina tembok sekuat itu. Kalau tidak ada ilmu-ilmu sebegini mustahil bukan?
  • Menurut kajian ilmu dan sarjana Islam terdapat bukti perbezaan antara Iskandar Agung dan Zulkarnain iaitu Iskandar sendiri sering berpesta arak dan juga mempunyai seorang lelaki, Haphaeston sebagai kekasihnya. (Nampak sangat mereka dua orang yang berbeza sebab Iskandar Agung itu gay kot. Mungkin ada benar mungkin tidak.)
Antara tafsir surah al-Kahfi:
84 - Sesungguhnya kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah dibumi dan kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukan.

Terlalu banyak sejarah tentang Zulkarnain yang dicatatkan. Cara beliau menakhluk dunia barat dan timur itu sesuatu bukti yang menakjubkan. Kepimpinan beliau patut kita dijadikan contoh. Menurut sumber, Zulkarnain tercatat dalam sejarah bangsa Melayu dan dikukuhkan lagi dengan bukti dalam Manuskrip Undang-Undang Kedah.

Sumber Rujukan:
  1. WiKipedia
  2. sejarahnagarakedah
  3. asraffayob
  4. Alexander the Great

Sunday, June 3, 2012

Legend: Muhammad Al-Fateh

Pemimpin yang boleh memberi satu inspirasi kepada semua orang. 

  • Sultan ketujuh Khilafah Islamiah Uthmaniyah
  • Pembuka Kota Constantinople atau yang dikenali Istanbul ketika beliau 21 tahun
  • Salah seorang tokoh pemimpin kerajaan Islam yang masyur tercatat dalam sejarah dunia
  • Pemerintah Islam pertama mendapat gelaran yang diberikan oleh Barat sebagai "Grand Seigneur" yang bermaksud pemimpin agung
  • Beliau merupakan seorang pemimpin termuda yang pernah dilantik ketika itu baru berusia 22 tahun dan berjaya membawa kecemerlangan dalam pemerintahannya
  • Ketika usianya kecil lagi sudah diajar menunggang kuda, memanah dan menggunakan pedang
  • Didikan rohani mendapat perhatian serius dan dorongan penuh daripada ayahnya
  • Diajar ilmu-ilmu asas iaitu Al-Quran, al-hadith, fiqh, dan ilmu kemahiran
  • Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik
  • Menguasai 6 bahasa: Bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin
  • Mewarisi sifat keberaniannya, kegagalan, kesabaran dan semangat tidak putus asa ayahnya
  • Berjaya menewaskan tentera salib menyebabkan ramai kawan dan lawan kagum dengan kepimpinan beliau serta taktik dan strategi peperanganya yang dikatakn mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya
  • Di atas jasanya, Masjid Al-Fateh telah dibina bersebelahan makamnya

Thursday, May 31, 2012

10 Fakta Menarik Tentang Negeri Kedah


1. Merupakan negeri yang mempunyai kerajaan terawal di Malaysia (kerajaan Kedah Tua) bermula pada kurun pertama Masihi lagi. Namun secara umumnya, kerajaan Langkasuka ( asal kepada kesultanan Kedah hari ini) dikatakan dibina pada kurun ke-2 Masihi.

2.
Kerajaan Langkasuka diasaskan oleh Merong Mahawangsa dan merupakan sebuah kerajaan Melayu-Hindu.

3. Tetapi pada kurun ke-11 ia berubah menjadi kerajaan Islam sepenuhnya. Kedah merupakan negeri pertama di Malaysia yang menerima kedatangan Islam, lebih awal dari Terengganu (batu bersurat-kurun ke-14) dan Melaka kurun ke-15.

4. Kesultanan Kedah hari ini merupakan Kesultanan tertua di dunia yang masih bertahan sehingga kini (anda boleh melihat buktinya di Muzium Diraja Kedah di Alor Setar).
Menjadi Agung yang ke-14 untuk kali kedua

5.
Kesultanan Kedah juga merupakan legasi monarki kedua tertua di dunia yang masih bertahan sehingga kini. Monarki pertama tertua di dunia adalah keluarga diraja Jepun.


6.
Dahulunya negeri Kedah juga terdiri daripada Pulau Pinang, Perlis dan sebahagian Thailand (Pattani). Jika dicampur kesemua ini, Kedah mungkin akan menjadi negeri ke-7 terbesar di Malaysia selepas Terengganu. Namun keluasan Kedah sekarang adalah dibelakang Terengganu (tempat ke-8).

7. Perdana Menteri pertama Malaysia berasal dari Kedah, iaitu Tunku Abdul Rahman. Perdana Menteri Malaysia yang paling lama memegang jawatan (selama 22 tahun) iaitu Tun Dr. Mahathir juga berasal dari Kedah.

8. Penduduk Kedah adalah ke-6 teramai di Malaysia.

9. Bangunan tertinggi di Kedah ialah Menara Alor Setar, yang juga merupakan menara telekomunikasi ke-21 tertinggi di dunia

Credit to budaktechnician

@anys_hazwanie: Tetiba aku rasa bangga dengan tempat kelahiran dan dibesarkan ku ini. =)

10. Berikut merukakan trivia tentang negeri Kedah :
Ibu negeri Alor Setar
Pusat pentadbiran Anak Bukit
Tarikh Hari Keputeraan Sultan 28 November 1927


Koordinat Geografi 2 30 U, 112 30 T
Iklim Tahunan 2,390 (94.09)
Jumlah hujan tahunan 2000mm ~ 2500mm
Puncak tertinggi Gunung Jerai (1,217 m)
Sungai terpanjang Sungai Muda
Tasik terbesar Tasik Pedu


Daerah terbesar Sik (124,450 km persegi)
Daerah terkecil Yan
Kawasan paling padat Alor Setar (3,518.6/batu persegi (1,358.55/km²) )
Penanaman utama Padi

Monday, May 28, 2012

Sejarah Taj Mahal



Taj Mahal (Bahasa Hindi:ताज महल)yang terletaknya di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India, merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima. Mula dibina pada 1632 dan siap 1648.

Kadang kala Taj Mahal dipanggil dengan singkatan 'Taj' sahaja, ia adalah contoh terbaik Senibina Mughal yang menggabungkan senibena Parsi, Turki , India dan dan gaya senibena Islam. Arkitek utama bangunan ini ialah Ustaz Ahmad Lahauri . Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu yaitu mempunyai bahagian makam, dewan, taman rekreasi , masjid, menara tinjau dan lain-lain. Tahun 1983 UNESCO mengisytiharkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Sedunia yang perlu dilindungi . Bangunan ini dikatakan 'permata senibina Islam'.

Asal dan Inspirasi

Tahun 1631 Shah Jahan yang menjadi Maharaja Dinasti Mughal telah kematian isterinya yang tersayang. Isterinya Mumtaz Mahal telah meninggal ketika melahirkan anak mereka yang ke-14 Begum Gauhara ketika Shah Jahan berada di medan pertempuran pada tahun 1631 ketika itu Shah Jahan dalam kempen memperluaskan tanah jajahannya.


Pengaruh

Makam Taj Mahal ini menggambarkan keagungan senibena Dinasti Mughal. Bangunan lain yang mendapat gaya senibena ini ialah Timurid dan bangunan Mughal. Ini termasuklah Gur-e Amir di Samarkhan. Makam Humayun yang dipanggil Makam Itmad-Ud-Daulah dan Masjid Jama Lauhari dari Turki untuk mereka di Delhi.


Pembinaan

Shah Jahan memerintahkan Ustaz Ahmad membentuk bangunan ini. Ustaz Ahmad mengumpulkan 20,000 orang pekerja yang terdiri daripada tukang batu, tukang emas, dan pengukir yang termasyhur dari seluruh dunia.

Dengan bumbung, kubah dan menara yang diperbuat daripada marmar putih, serta seni mozek yang indah, Taj Mahal merupakan salah satu daripada Tujuh Benda Ajaib di dunia. Sebanyak 43 jenis batu permata, termasuknya berlian, jed, kristal, topaz dan nilam telah digunakan. Pembinaan Taj Mahal menelan masa selama 22 tahun.


Taman rekreasi

Taman rekreasi seluas 300 meter X 300 meter dengan ,lorong-lorong hiasan bunga. Terdapat empat charbagh yang melambangkan empat sungai utama di India yang kononnya mengalir dari syurga.


Seni khat

Ayat dari al Quran menjadi hiasan utama Taj Mahal. Huruf khat thuluth menjadi seni huruf utama. Jurukhat bernama Amanat Khan dibawa dari Parsi.

Antara surah yang menjadi hiasan ialah Surah 91 , Surah 112 , Surah 89 , Surah 93 , Surah 95 , Surah 94, Surah 36 , Surah 81 , Surah 82 , Surah 84 , Surah 98 , Surah 67 , Surah 48 , Surah 77 dan Surah 39 .

Kontraktor projek

Taj Mahal dibina oleh sekumpulan penukang / kontraktor dari seluruh dunia:

* Arkitek Turki bernama Ustaz Isa dan Isa Muhammad Effendi yang mendapat latihan di Otoman, Turki. Beliau pernah berguru dengan Koca Mimar Sinan Agha.
* [Puru dari Benarus, Parsi ( Iran).
* Kubah / dom utama direka oleh Ismail Khan dari Empayar Ottoman.
* Qazim Khan dari Lahore menghiasi kubah dengan emas.
* Chiranjilal seorang pakar dari Delhi - ketua pengukir mozek.
* Amanat Khan dari Shiraz, Iran merupakan ketua jurukhat . Namanya terukir pada pintu laluan utama.
* Muhammad Hanif - penyelia
* Mir Abdul Karim dan Mukkarimat Khan Shiraz, Iran - kewangan dan pembelian barangan.
* Pengukir dari Bukhara.
* Kaligrafi dari Syria dan Farsi.
* Inlayer dari India Selatan.
* Pemotong batu mozek / marmar dari Balochistan.


Bahan binaan
Bahan binaan di bawa dari seluruh Asia dengan menggunakan 1000 ekor gajah. Marmar putih dari Rajasthan. Permata dari Punjab. Jed dan hablur dari China. Firus dari Tibet . Lazuardi dari Afghanistan. Nilam dari Sri Langka. Kamelian dari Arab.

28 jenis batu berharga telah digunakan bagi membina Taj Mahal.

Kos pembinaan lebih 32 juta rupee. Kos ini tidaklah banyak ketika itu. 
 
 
Arkitek dipancung

Apabila Taj Mahal siap dibina, Shah Jahan menjatuhkan hukuman pancung keatas arkitek Ustaz Ahmad Lauhari. Di samping itu, kesemua penukang yang terlibat dalam pembinaan bangunan itu dipotong tangan mereka supaya mereka tidak dapat membina bangunan yang menandingi Taj Mahal.

Namun dakwaan ini masih dipertikaikan kerana Shah Mahal seorang yang 'sentimental' dan tidak ada bukti kezalimannya.


Sejarah

Setelah Taj Mahal siap dibina, Shah Jehan telah digulingkan oleh anak lelakinya Aurangzeb. Shah Jehan telah ditahan di dalam rumah berdekatan Pelabuhan Agra. Dari sana beliau meninjau makam Taj Mahal.Setelah meninggal dunia, Aurangzeb mengkebumikan ayahnya di sebelah makam isterinya.

Abad ke-19, banyak bahagian dan lapisan telah jatuh dan tidak diperbaiki. Ketika pemberontakan India 1857, tentera British telah menguasai Taj Mahal dan mencuri batu permata didindingnya.

Hujung abad ke-19, George Nathaniel Curzon yang menjadi wizurai British di India mengarahkan pembaikan dilakukan dan siap pada 1908. Lampu-lampu besar chandeliar telah dipasang. Seni taman telah diubah mengikut gaya London.

Ketika Perang Dunia II pada 1942 , dindingnya rosak akibat serangan udara dari tentera Jerman. Tentera Jepun juga menjadikannya sebagai sasaran serangan udara.

Ketika Perang India-Pakistan 1965 dan 1971, Taj Mahal turut menerima padah dari serangan udara.

Pencemaran udara terutama hujan asid dari kilang penapis minyak Mathura telah menjejaskan warna putih Taj Mahal. Sungai Jumna yang kotor dan tercemar turut menjejaskan keindahan Taj Mahal.

Pelancongan

Jutaan pelancong datang ke Agra, India semata-mata mahu melihat satu daripada 7 benada ajaib di dunia.Bandar kecil seperti Taj Ganji atau Mumtazabad dibina bagi pembinaan bazar dan pasar serta medan caravan.

2-3 juta pelancong datang setiap tahun dan 200,000 darinya pelancong asing terutama bulan Oktober, November dan Febuari. Hon kereta tidak dibenarkan. Pelancong mestilah berjalan kaki dari tapak meletak kereta dan bas elektrik.

Mitos

Shah Jahan dikatakan mahu membina bangunan serupa yang di beri nama 'Taj Hitam' di seberang Sungai Jumna, Idea asalnya kononya daripada Jean-Baptiste Tavernier , seorang pengembara Eropah yang melawat bandar Agra pada 1665. Tetapi anaknya Aurangzeb menentang dan membuang marmar-marmar hitam ke dalam laut. Tetapi jejak eskavasi ke dalam Sungai Jumna pada 1990 hanya menemui marmar-marmar berwarna putih sahaja.


Kontroversi

Pada 2002, sekumpulan penganut Hindu mendakwa tapak asas bangunan Tal Mahal adalah kuil Hindu. Purushottam Nagesh Oak (lahir 1917) menyatakan tapak Taj Mahal itu masih ada ruin-ruin kuil Hindu dan mahu kerja-kerja arkeologi dilakukan.

Penulis P.N Oak ini juga mendakwa Kaabah di Mekah adalah jelmaan dewa Shiva. Beliau turut mendakwa makam Humayun, Akbar, Vatican, Kaabah , Stonehenge adalah kuil atau istana Hindu. Semua ini timbul berikutan sentimen anti-Islam di India. Ini berikutan dari kejayaan mereka merobohkan Masjid Babri .

Pada 2005, Amar Nath Mishra membawa petisyen ke Mahkamah Tinggi Allahabad . Beliau mendakwa Raja Hindu bernama Parmar Dev membina Taj Mahal pada 1196 masehi. Mereka mendakwa Taj Mahal berasal dari istilah 'Tejo-Mahalaya' iaitu nama lain bagi dewa Shiva.


Bukti

* Batu-batu yang diambil di tebing Sungai Jumna telah dibuat ujian tarikh karbon. Hasilnya batu itu 300 lebih tua dari period Shah Jahan. Ujian itu dilakukan oleh Marvin Miller, ahli ekonomi di New York.
* Johan Albert Mandelso seorang pengembara Eropah yang melawat Agra pada 1638 , tujuh tahun selepas kematian Mumtaz Mahal . Beliau tidak menyatakan sebarang kerja-kerja pembinaan Taj Mahal.
* Peter Mundy seorang British melawat Agra pada tahun Mumtaz Mahal mati. Katanya Taj Mahal telah sedia wujud sebelum Shah Jahan berkuasa.
* Beberapa panel pada makam menggunakan lambang Hindu seperti Om dan Swastika.

Friday, May 25, 2012

Legend: Cleopatra VII

Sebahagian info mengenai Cleopatra VII. So, aku buat entry lebih berbentuk point. Nanti aku sendiri nak baca pon mudah. Tapi tak boleh rujuk 100% sebab maklumat tak detail. Cuma sekadar highlight perkara-perkara penting sahaja.

  • Ratu Mesir Purba dan Firaun yang terakhir.
  • Beliau seorang wanita yang sangat menawan, cerdas luar biasa dan memiliki karisma kuat.
  • Dia juga menguasai 9 bahasa.
  • Di nobatkan menjadi Ratu pada usia 18 tahun.
  • Untuk mengukuhkan posisinya di mata rakyat Mesir, Cleopatra VII menyebut dirinya sebagai Puteri Dewa paling berkuasa iaitu Dewa Matahari @ 'Amun Ra'.
  • Berjaya menawan hati Julius Caesar walaupun perbezaan umur 30 tahun.
  • Mereka bertemu ketika Cleopatra VII 21 tahun dan Julius Caesar berusia 50 tahun.
  • Melahirkan Ptolemeus Caesar yang disebut "Caesarion" bererti "Caesar Kecil".
  • Caesarion dimaksudkan untuk mewarisi Mesir dan Romawi - Menyatukan Timur dan Barat.
  • Setelah Julius Caesar mati terbunuh, Cleopatra VII memikat Mark Anthony @ Markus Antonius sebagai pengganti.
  • Cleopatra dan Mark Anthony mempunyai 3 anak iaitu the twin Alexander Helios dan Cleopatra Selena II.
  • Sikap Anthony dipandang buruk oleh Romawi dan Octavian meyakinkan Senat untuk berperang dengan Mesir.
  • Anthony kalah dalam pertempuran Actium dan membunuh diri.
  • Akibat, Cleopatra VII juga membunuh diri kerana dia tidak mampu mempertahankan Mesir.
  • Cleopatra VII juga tidak sanggup melihat negeri yang dicintainya dihancurkan Romawi dan tak sudi dijadi tawanan oleh Octavius dan diarak kehinaan dihadapan rakyatnya sendiri.
  • Beliau membunuh diri dengan membiarkan ular Asp yang sangat beracun menggigit tubuhnya.
  • Caesarion, anak Cleopatra dan Julius Caesar dibunuh oleh Octavius sebab terancam kerana kuasanya berdasarkan status anak angkat Julius Caesar.
  • 3 anaknya dengan Markus Antonius diampuni dan dijaga oleh isteri Anthony, Octovia Minor. (banyak betoi la bini dia ni kot dan untuk pengetahuan Markus Antonius ada ramai anak kot sebelum dia bertemu dengan Cleopatra VII)
Sumber: 
  1. http://tutinonka.wordpress.com/2009/05/25/cleopatra-legenda-sepanjang-masa/
  2. http://id.wikipedia.org/wiki/Kleopatra_VII
  3. http://en.wikipedia.org/wiki/Cleopatra_VII
  4. http://www.touregypt.net/cleopatr.htm
  5. http://www.bbc.co.uk/history/historic_figures/cleopatra.shtml
@anys_hazwanie: Semua ini hanya sekadar point2x mengenai Cleopatra VII. Jika ingin maklumat lanjut sila lah klik link di atas atau search saja di goole. Kalau tak pun cari buku atau pergi tanya  orang-orang yang tahu pasal sejarah. Ini hanya sekadar untuk memudahkan untuk aku membaca. So, tak perlu la aku nak baca panjang lebar. Malasnya hang ni noh. hehe