Monday, February 10, 2014

Dasar Pandang Ke Timur

Baru aku faham kenapa Jepun patut dijadikan contoh.


Hakikatnya, orang Jepun macam orang lain juga. Sama saja. Ada otak lebih kurang sama saja macam kita. Tapi perbezaannya mereka dengan kita adalah attitude mereka. Sikap mereka. Kita patut contohi mereka. Kenapa? di Jepun sangat ditekan dari segi akhlak/manner/etika dll. Ini sangat penting dalam membentuk keperibadian seseorang. Dan juga sebagai seorang muslim kita harus menunjukkan sikap/akhlak yang baik. Dengan ini, Islam akan dipandang tinggi dan dihormati oleh masyarakat yang berlainan bangsa dan agama. Tapi realiti berlaku sebaliknya.

Selain itu, kanak-kanak di Jepun juga di didik sejak dari kecil tentang kebersihan. Bukankah Islam menggalakkan kita dalam kebersihan. Seperti dalam dokumentari al-khawater rasanya ramai pernah tengok. Beliau membuat perbandingan di antara negara Arab dan Negara Jepun. Bukankah negara-negara Islam patut lebih menonjol dari segi kebersihan lebih baik berbanding negara yang penganutnya majoriti bukan Islam? Ini memerlukan kerjasama dari setiap individu. Kalau seorang saja yang jaga. 10 orang pengotor. Tak guna juga. Buang masa. Semak serupa tu jugak.

Seperti Ahmad Al Shugairi, Host al-khawater kata bukan niat nak buat perbandingan siapa yang lebih baik siapa tidak. Tapi kita juga perlukan perubahan yang lebih baik. Bukan perubahan yang lebih ke arah negatif. Bagaimana pula non-muslim nak hormat kepada Muslim? Sedangkan sesama Islam pun nak bergaduh. Nak tunjuk hebat ka? Takkan sampai nak tindas-menindas antara satu sama lain. Setiap orang itu ada kekurangan dan kelebihan. Pasti ada caranya nak menegur. Sedangkan orang bukan Islam lebih kuat bersatu walaupun tak semua. 

Jika benar, hakikatnya orang Islam hari ini bersatu dan dihormati. Tapi kenapa hari ini Islam itu sehingga satu tahap orang berani menghina?? Imej Islam itu digunakan sewenang-wenangnya oleh non-Muslim untuk apa? Untuk kutip derma. Bukti yang lebih kukuh. Ini pengalaman aku sendiri. Tok Iman sampai menangis mengenangkan masyarakat Islam hari ini. Apa yang berlaku kepada anak muda hari ini. Sedangkan khutbah itu sewaktu Sembahyang Hari Raya Aidiladha.

Patutlah Tun Mahathir memperkenalkan Dasar Pandar ke Timur. Aku sendiri pun tak faham kenapa dasar ini diperkenalkan sebab aku manusia yang tak suka ikut peraturan. Bagi aku kehidupan orang Jepun itu  macam robot. But actually it is just self discipline. Padahal, dalam Islam pun menggalakkan professionalism dan kecekapan dalam melakukan sesuatu kerja.

Kat luar sana pasti ramai orang yang pandai-pandai, yang bijak-bijak. Pasti lebih memahami dari aku kan? So, I think you are all think and do better than me.

Jika sudi meluahkan perasaan/pendapat-pendapat/ulasan dan segala kritikan. Dipersilakan. Kat bawah tu ada kotak komen. Feel free. =)

Untuk rujukan: