Sunday, July 8, 2012

Dilema Melayu Hari Ini By Tun Dr. Mahathir


"Bila majoriti dalam sebuah negara maka orang Melayu akan berkuasa. Namun kini sebaliknya mereka sendiri yang menghancurkan majoriti mereka dengan berpecah belah"

"Kalau di Singapura takpelah sebab orang Melayu adalah minoriti tetapi di negara ini orang Melayu adalah majoriti tetapi berpecah belah kerana apa, sebabnya ada orang nak jadi Perdana Menteri. Ini adalah tabiat orang Melayu lama yang mana bila ada orang tawar duit je, dia akan jual negerinya seperti di Pulau Pinang dan Singapura"

"Orang Melayu bukan tidak tahu sejarah ini dan tahu perkara ini salah tetapi kerana tamak nak jadi Perdana Menteri, maka dia sanggup membiarkan orang Melayu lingkup malah menghapuskan orang Melayu pun tidak mengapa. Asalkan dia dapat menjadi Perdana Menteri"

"Saya katakan kita perlu kepada pembangkang sebagai satu cermin supaya kita nampak muka kita. Jika tidak ada pembangkang, kita akan ingat muka kita ini sentiasa cantik, tapi sebenarnya hodoh. Pembangkang ini umpama cermin kerana mereka nampak segala yang hodoh dan bintik-bintik pada wajah kita. Kita tidak nampak bintik-bintik di muka kita dan kita perasan cantik sangatlah. Maka dengan adanya pembangkang ada baiknya tetapi jika tidak ada maka rosaklah negara ini. Kita kan jadi seperti Singapura yang tidak ada pembangkang malah sampai ke tahap dia buat pembangkangnya sendiri. Kita memang ada pembangkang sejak dahulu lagi dan dalam Parlimen tidak pernah tidak ada. Malah mereka bebas mengkritik dan menyuarakan apa sahaja di Parlimen dan tidak menyalahi undang-undang. Jadi apa lagi kebebasan yang mereka mahukan namun malangnya apa yang mereka mahukan adalah sudahlah mereka kalah tetapi mereka mahu juga menang, tak bolehlah macam tu. Ini cara demokrasi dan parti yang memerintah adalah pilihan rakyat"

Credit to Minggu Malaysia