Sunday, March 18, 2012

"The Choice"

Sampai ke suatu masa kita perlu buat pilihan. Apa-apa pilihan sekali pun yang akan sentiasa berlaku sehari dalam kehidupan kita. Bukan senang nak pilih antara yang terbaik. Tapi ramai yang berpesan bila nak buat keputusan ikut kata hati. Lagipun kalau fikir banyak-banyak pun bukan dapat jawapan pun. Lagi runsing ada la.

Walaupun kadang-kadang bila nak ikut kata hati jawapannya selalu jawapan yang mustahil. Kalau guna akal untuk berfikir dan masuk akal. Selalu akan memberi pilihan yang salah. Walaupun rasa macam dah betul. Tapi kalau dah takdir memang akan buat pilihan yang tepat.

Tapi aku lagi suka ikut kata hati dan yakin. Kalau tak percaya macam mana nak tahu pilihan kita itu tepat atau pun tak. Allah tak kejam. Dia masih mahu membantu kita. Allah akan membantu kita dengan pelbagai cara termasuk melalui kata hati @ firasat @ intuitive. Bagi orang yang mahu berfikir akan  terdapat bukti atau tanda-tanda yang Allah membantu bagi orang yang mahu berfikir.

Don't lose faith


"Believe"

"Don't lose faith and believe, Follow your heart and intuition."
Sometime hope seem very fragile, when you believe miracles happen.

Saturday, March 17, 2012

"What goes around will come around"

Masa kita di bawah tidak ada siapa pun kisah. Macam kain buruk ja. Sebelah mata pun tak pandang. Tak heran pon. Tapi bila kita di atas segala-galanya jadik berubah everything change. Semua orang ambik kisah. Tak pernah ambik berat pun ambik berat. Tak pernah bodek pun nak bodek. Tak pernah ada time kita susah pun tetiba aja muncul dan cuba ambik kesempatan. Tak pernah teringin nak ada di sisi kita pun tetiba teringin nak ada kat sisi kita. Orang tak pernah suka kita pun akan suka kita.

Inilah kehidupan. "What goes around will come around". Hidup ibarat roda. Sebab itu kita kena "duduk sama rendah, berdiri sama tinggi". Jangan main-main dengan pepatah melayu.

Di antara mereka bukan semua tak baik bukan semua baik. Tapi aku tak layak untuk judging semua orang. Di antara mereka ada yang boleh percaya ada yang tak boleh percaya. Orang ingat aku tak tahu apa-apa. Steve Job pun pesan "stay hungry stay foolish". Bila situasi ini berlaku kita akan kenal siapa setiap dari mereka yang akan berada di sisi kita. 

Kalau kita nampak bodoh kita akan kenal orang yang berada di sisi kita ataupun di sekililing kita. Hidup di dunia ini hanya sementara saja. Kita akan jumpa di antara manusia dan bertopengkan manusia "fake".