Pemimpin yang boleh memberi satu inspirasi kepada semua orang.
- Sultan ketujuh Khilafah Islamiah Uthmaniyah
- Pembuka Kota Constantinople atau yang dikenali Istanbul ketika beliau 21 tahun
- Salah seorang tokoh pemimpin kerajaan Islam yang masyur tercatat dalam sejarah dunia
- Pemerintah Islam pertama mendapat gelaran yang diberikan oleh Barat sebagai "Grand Seigneur" yang bermaksud pemimpin agung
- Beliau merupakan seorang pemimpin termuda yang pernah dilantik ketika itu baru berusia 22 tahun dan berjaya membawa kecemerlangan dalam pemerintahannya
- Ketika usianya kecil lagi sudah diajar menunggang kuda, memanah dan menggunakan pedang
- Didikan rohani mendapat perhatian serius dan dorongan penuh daripada ayahnya
- Diajar ilmu-ilmu asas iaitu Al-Quran, al-hadith, fiqh, dan ilmu kemahiran
- Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik
- Menguasai 6 bahasa: Bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin
- Mewarisi sifat keberaniannya, kegagalan, kesabaran dan semangat tidak putus asa ayahnya
- Berjaya menewaskan tentera salib menyebabkan ramai kawan dan lawan kagum dengan kepimpinan beliau serta taktik dan strategi peperanganya yang dikatakn mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya
- Di atas jasanya, Masjid Al-Fateh telah dibina bersebelahan makamnya
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan jejak anda
saya sangat menghargai anda yang sudi melawat blog ini =)