Pages - Menu

Showing posts with label hasilfikiranku... Show all posts
Showing posts with label hasilfikiranku... Show all posts

Saturday, October 19, 2013

Saturday, August 17, 2013

The Power of Buyer

This is what I learned in Business School. Wink. -_0




Normal price RM115. But I just got it RM35 only. Jam nih saya beli dari Sophie Paris. Disebabkan saya member Sophie Paris. So, saya elegible untuk membeli dengan harga discount. hehe. Tak perlu nak kuar banyak-banyak duit untuk something yang u nak beli.

Nowadays, when I look around. People tend to spending a lot of money on something what they wants. Saya tahu setiap orang ada kemahuan. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. hehe. But at last, mereka merungut dengan financial problemo. You spend a lot on something you don't need. Soooo. You don't have to merungut. I hate to listen people whining around on something that they can change.

So, you got power as a buyer. Don't waste your money on something you don't need. You don't need to buy an expensive stuff, branded suff, etc just to impress people. Tak perlu nak dia ada takan aku tak ada. Kalau dia boleh takan aku tak boleh. You don't have too pon. -_-. It's your choice. =). 

Besa-besa sudah tapi gempak. Gempak tapi habuk pon tak da. hiks. Nak wat gapo deh.

Like My Page: https://www.facebook.com/pages/Hanis-Hazwani/182869735174256?ref=hl

Thursday, January 31, 2013

Life is A Game Board

kadang-kadang ku penat melayan kerenah orang yang suka main game. Games. Game. Game. A lot of game. Banyak cabang plak tu. You know bila rasa tak selamat mulalah nak  bergerak kiri kanan kiri. Kalau nak main game. Main lah soriang-soriang. Tapi jangan ganggu hidup oghang lain. hehe. Memandangkan aku senantiasa dikelilingi oleh 'top-top ranking player'. -_-. Tapi tak perlulah nak tunjuk sangat. Simpan untuk khazanah diri sendiri dah la kot.



Ku bosan dengan kerenah orang macam ini. Kekadang entah siapa-siapa. Entah apa-apa ja. Entah datang dari mana. haha. Macam-macam ada. Entah anak siapa pun aku tak tu. 0_0. Entah-entahlah labu. Bukannya apa. Bukannya tak best main 'game' nih. Best gak kadang-kadang walaupun tak dak manfaat apa-apa pun. Malah merugikan dan memalukan diri sendiri. hehe. So, perlukah teruskan kehidupan seperti ini? ada nak tidoq lena malam-malam hidup macam ini??



Inilah kerenah manusia yang bermacam-macam ragam. Dah la aku nih suka berkawan bukannya tak suka. Sapa kata aku tak suka? isk.isk. Dengaq dari sumber mana. Mesti sumber tak bertauliah la tuu. Tapi lama-lama fed up jugak macam tawar hati sudah. Izinkan ku pergi. Nak bawak diri jauh-jauh. Lebih baik layan diri ja. Buat apa ramai kalau sorang-sorang. Lebih baik sorang-sorang tapi ramai-ramai. ???. ada ka statement macam nih?? .0_0. Ayoyo. haha


You know when people feels insecurity, they are tend to play games. Real games. Game of life. REALITY. I can't change people but I do appreciate to those people who can give consideration not to play a games when you feel insecurity. It's normal. I felt too sometimes. But I choose do nothing.-_-. Please don't bother others with your own game just because of your insecurity feeling .

Pesanan khidmat masyarakat dari Bigini Bottom By Sponge Bob Squarepant. hehe. Perlu ka? haha. Tapi cek nak nasihat ja. Penat jumpa orang-orang macam ini. Takan aku nak habiaq. Larat nak layan selalu. haha. Harap-harap Allah membuka pintu-pintu untuk keluar dari kehidupan seperti ini. =)

Tuesday, September 25, 2012

Para Ilmuwan Islam


Aku kagum dengan para ilmuwan Islam masa zaman dulu-dulu sebab depa dapat menguasai banyak ilmu dalam satu-satu masa tu. Tak macam orang zaman sekarang termasuklah aku sendirikan. hehe. Kalau tahu ilmu itu, ilmu itu sahaja la yang tahu. Kalau pasal sains ilmu tu ja la. Kalau finance, ilmu tu ja la yang tahu. Kalau ilmu lain? selalu alasan yang orang selalu bagi. Tapi bukan aku. hehe. Sebab tak belajar bidang itu so tak tahulah. 

Padahal semua ilmu yang wujud ini jika kita ingin mempelajari sebenarnya boleh ja. Tiada alasan sebab aku belajar bidang ini so aku tak boleh belajar bidang lain. Sedangkan banyak benda dalam aspek dunia ini kita harus belajar. Contoh firaun. Dia bukan setakat tahu untuk memerintah ja pada zaman dia. Malah, dia tahu juga ilmu fizik dan kimia. Sebab itu zaman firaun mayat mampu dimumiakan walaupun sudah berabad-abad lamanya jasad masih berada dalam keadaan elok. Power knowledge mampu untuk menguasai segala-galanya. Sebab tu yahudi boleh dikatakan dikalangan orang-orang yang sentiasa menuntut ilmu tapi malangnya depa semakin tamak, pentingkan diri sendiri, lupa diri dan menggunakan ilmu yang ada untuk buat benda yang tak sepatutnya.

Contoh lagi Rasullah. Pemimpin yang paling disanjung tinggi dalam sejarah. Bukan sahaja sejarah Islam malahan sejarah di barat sekalipun. Hebat tak hebat tapi memang sampai hari ini tiada siapa mampu menjadi hebat seperti dia. Rasullah bukan setakat boleh jadi pemimpin yang hebat. Tapi boleh jadi suami yang hebat. Tahu untuk berperang. Mempunyai akhlak yang elok dan macam-macam lagi. Banyak sangat nak list satu-satu pun. Semua tu pon ilmu jugak. 

Wednesday, August 1, 2012

The Dark Night Rises (2012)


The Dark Knight Rises! Batman is coming... Jom tengok online bagi yang belum tengok. Tak mampu nak tengok kat pawagam tengok online saja. hihi

Filem adventure dan action. Ada satu babak tu kesian kat batman kena belasah terok. Baru nak jadik hero.Sekali kena humban penjara dalam gaung tuh. Kalau nak keluaq dari situ kena panjat sendiri kalau lepas boleh lah bebas. Tapi selalunya jarang lah lepas. Tapi well Batman mesti kena lepas jugak kan. Hero kot. haha


In the end, berjaya jugak Batman hapuskan bom atom. Batman pun 'mati'. Tapi orangnya masih hidup. Aku ingatkan Batman tu mati masa nak hapuskan bom atom tu. Buat suspen. Dah nak sedih Hero mati. Jasamu dikenang, batman. Dalam cerita tu la. hehe.

Aku tak faham sangat keseluruhan cerita nih sebab suara tak jelas subtitle lagi tidak ada. Yang aku tahu kes nak balas dendam. Tapi gara-gara nak jugak tengokkan. Semua orang asyik cakap best. So, jenguk-jenguklah dulu jalan cerita nanti boleh download yang HD sikit. Kalau nak tahu cerita selanjutnya kena lah tengok sendiri kalau tak nanti tak suspen da. kiks.


Layan...

Saturday, July 21, 2012

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Di bulan yang mulia ini marilah beramai-ramai mengamal ibadat. Sebulan dalam setahun dapat jugak merehatkan perut yang telah lama bekerja. =)

Link jadual waktu imsak bagi kawasan Kedah 

Wednesday, July 18, 2012

Missing Secret You'll Find


Hidup ini umpama satu peperangan harus berjuang. Dalam peperangan pasti akan ada yang tercedera dan mati. Dan yang hidup akan terus berjuang untuk meneruskan hidup ini.

Harap apa yang kita cari dalam hidup akan tercapai suatu hari nanti.


"And singing life is all that we need
But the lies is all that we see
Raise your hands high up in the sky
Missing secrets you will find
In your heart"
"You are a soldier
Light up the night
We are the soldiers
We’ll stand and fight
At the end of the day
Forever we pray
For the legend"

Friday, July 13, 2012

Quilling - Handmade Guestbook

Aku sedang gila sangat-sangat dengan quilling. Taraaa.. inilah hasilnya yang tak seberapa. Tengah menajamkan balik art crafting yang telah lama tumpul numpul ini. Aku sangat suka seni kraf dari dulu lagi. Tak tahu kenapa. Tapi yang aku tahu boleh lupakan segala masalah buat sementara waktu. Akan buat aku lebih tenang. Macam berada dalam dunia aku saja. hehe. Dah lupa alam keliling. hihi.


Mana tahu kalau ada orang interested dengan art crafting saya. hehe. Boleh start buat bisnes pulok. Tapi aku masih newbie lagi dalam seni quilling. =)

Thursday, July 5, 2012

Fixed Gear Bike for fitness

Abaikan background. hehe. Sekadar perhiasan.

Apa itu fixed gear bike? Basikal gear yang tetap tak macam basikal biasa ada gear boleh ubah-ubah. Beza kalau kayuh fixed gear bike lagi penat berbanding kayuh basikal biasa macam mountain bike. Fixed gear tidak ada break. Jangan kayuh laju-laju kalau tak dapat nak agak sebab nanti bahaya sebab tidak ada break. Basikal akan berhenti dengan perlahan-lahan. Tapi basikal aku ada break sebab time beli memang dah ada pun. Tapi break dia tak adalah mencengkam tahap basikal biasa. Bolehlah kalau lepas break mesti basikal jalan kalau dia tak benti lagi.

Basikal inilah aku gunakan untuk fitness. Basikal ini jugaklah peneman dikala aku membawa diri pergi. Lerun sekarang pun dah tak kuar basikal fixie sebab trend. Fixie kaler striking yang terang-terang tu masih berada di pasaran. Custom made fixie pun ada tapi mahal ada yang mencapai RM1000.

Sponsored by Lerun

Wednesday, July 4, 2012

Tips Hilangkan Stress Cara Hanis Hazwani


Boleh dikatakan setiap hari kita akan mengalami stress. Budak sekolah pun boleh rasa stress apatah pula orang yang dewasa ini. Stress amat bahaya kepada kesihatan kita. So, cuba untuk cari jalan untuk mengelakkan dari stress. Setiap orang pasti akan ada cara yang tersendiri untuk hilangkan stress kan? Katakan tak nak kepada Stress! Saya juga ada cara yang tersendiri untuk hilangkan stress.

Nak tahu apa rahsia saya? hehe

Tidur
Kekadang pabila dilanda stress mesti akan rasa amat terseksa. Rasa amat payah hidup ini. Fikir macam-macam. So, saya tidur sebab kononnya boleh melupakan segala masalah buat sementara waktu yang membuatkan diri jadik bertambah stress. hehe. Senang sikit otak nak pikir sangat macam-macam kan. Masa yang tak best cepat jugak lah berlalu. Lebih kurang macam laptop tengah hang pastu restart balik. Itu cara saya restart. Supaya lebih fresh.

Nyanyi
Ada orang tak suka nyanyi ada suka nyanyi dan saya salah seorang dari mereka yang suka nyanyi. Bila dikala saya stress saya suka nyanyi lagu rancak supaya boleh menjerit. hehe. So, tak perlulah nak menjerit tetiba. Takut jiran sebelah ingat saya gila pulok. huks. Saya akan nyanyi lagu yang lebih memberi motivasi diri sendiri. Dah stress kan takkan nak nyanyi lagu yang stress. Kalau macam sedih jangan dengar lagu sedih. Lagik bertambah sedih la dan hanyut lah anda dengan perasaan itu.

Fitness
Saya sangat pentingkan dalam fitness bukan semata-mata nak kurus, nak cantik saja. Fitness juga penting untuk kesihatan dan mengurangkan rasa stress. Stamina pun up tak lah nak naik tangga setingkat pun macam serupa kena kejar dengan anjing. haha. Saya suka jogging dan cycling di saat stress melanda diri ini. Kononnya saya boleh lari la dari dunia yang macam-macma ini buat sementara waktu. Lagi pun larat nak tidur. Otak jadi lembap sat g. hehe.

Konon aja dia ini. Setakat ini saja lah saya ingin berkongsi tip untuk hilangkan stress. Nanti dari masa ke masa saya akan update tambah lagi tip hilangkan stress ini. Kalau ada lagi tip yang gempak sila tinggalkan jejak anda di ruang komen yang disediakan. hehe.

Saturday, June 23, 2012

Kenapa Perlu Aku Takut Kepada Kegagalan?


Aku tidak perlu takut kepada kegagalan. Kenapa harus aku takut pada kegagalan? Sedangkan setiap kegagalan itu pasti aku akan mempelajari sesuatu. Sesuatu yang mungkin tak berkesan.


Aku tidak takut akan kegagalan. Ini hanya suatu proses dalam kehidupan. Kenapa hanya kerna kegagalan aku harus berhenti sedangkan aku masih bernafas disini. Sudah pasti aku masih hidup. Walaupun kadang-kadang hidup ini ada pasang surut. Kenapa harus aku perlu berhenti kerna hanya takut kepada kegagalan?


Hidup ini harus juga diteruskan walaupun sesukar mana sekalipun. Hidup terus berjalan walaupun perlahan. Tapi ia tetap berlalu tanpa kita sedari. Aku percaya bila tiba masa kita perlu mati, kita kena mati, bila belum tiba untuk kita mati, walaupun bagaimana sekalipun hidup ini harus diteruskan. Walaupun kebahagian yang mendatang belum pasti akan tiba.

Monday, April 16, 2012

Bijak Menguruskan Kewangan

Ramai orang inginkan financial freedom. Tapi financial freedom bukan hanya terletak kepada duit yang banyak atau sikit. Sama sahaja sebenarnya.

Harus bijak menguruskan kewangan. Kena pandai budget. Tapi kalau guna duit ikut hawa nafsu. Memang tak pernah cukup. Semua orang ada kehendak masing-masing. Tapi lebih baik bersederhana.

Allah itu Maha Adil. Cuba fikir sendiri. Kenapa DIA bagi sesetengah orang kaya. Kenapa DIA bagi sesetengah orang susah. Kenapa DIA bagi sesetengah orang kena struggle untuk mencari sesuap nasi sedangkan sesetengah orang tidak.

Jadi, usahlah merungut. Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu jika dia tidak ingin berusaha. Bekerja keras pun tak cukup kalau tak kena cara.

Saturday, March 24, 2012

Apa erti hensem/lawa bagi kamu semua?


Orang selalu salah faham hensem/lawa. Aku pasti mesti setiap orang akan ada definisi hensem/lawa masing-masing. Kadang-kadang orang semua nampak dia tak hensem/lawa tapi bagi seseorang hensem/lawa bagi mereka. Masing-masing ada citarasa kot. 

Definisi hensem/lawa bagi aku bukan terletak 100% kepada paras rupa. Sapa tak pandang paras rupa semua orang pandang. haha. Bagi aku character, behavior dan attitude seseorang itu yang akan memainkan peranan penting. Setiap orang ada cara masing-masing. Setiap cara itu yang akan dipandang unik mengikut character masing-masing. Kebiasaannya, seseorang yang mempunya character yang menarik akan mendapat perhatian lebih.

Aku tak pasti bagaimana pandangan orang lain mengenai definisi hensem/lawa. Aku lebih tertarik dengan character seseorang. Kalau orang tu hensem/lawa, mungkin hanya satu extra untuk diri beliau. Nasib badan la. Fizikal seseorang hanya nampak sahaja tapi bila dah kenal ermm.. sebab itu aku lebih pentingkan character seseorang. Contoh: Awal Ashaari. haha Aku tau dia tak hensem sangat pun style ja lebih tapi aku suka sebab dia ada gaya dan character yang tersendiri. 

Setiap orang ada cara yang sendiri. Tak perlu jadik sempurna sangat la kot sebab perfect is boring! Lebih baik menjadi diri sendiri yang dah tercipta oleh Maha Pencipta seelok-eloknya nak buat apa nak ubah. 
"The Character never lies who you are" Depa ingat guna ayat bole tipu ka? hehe

Friday, March 23, 2012

If you dont love it, you're going to fail


Betul tu kalau buat benda yang kita tak suka sat saja nak give up. Sesuatu benda yang kita buat itu semakin hari akan semakin sukar kalau kita tak suka mesti akan give up kalau suka you never stop. Tak akan kenal erti putus asa. Orang selalu kata walaupun tak suka kita kena jugak paksa diri push untuk boleh buat. Tapi nak buat apa hidup cuma sekali. Sekali-sekala nak buat apa yang suka dalam hidup. Baru enjoy! Semua orang nak melakukan perkara yang berbaloi. Buang masa saja kalau invest kepada sesuatu tanpa mendapat pulangan apa-apa pun. Merugikan.

Friday, December 2, 2011

Never Give Up!


I was surrounding with many people but I'm still alone. They just busy with this world. They just care about the world. I'm afraid to live alone in this world because there is so many obstacle to pull off. I'm afraid if can't do it. Whatever it is I will never give up what I've just start from the beginning. I believe every beginning there's always have an ending. I will never give up never! Maybe I have to be strong. I'm just human sometimes I might lose faith and give up.

I will never stop what I've started because I believe I can do it until end.

Saturday, June 6, 2009

Love to save



Entri kali ni berkaitan dengan derma. Aku dpt idea ni pon dr blog Mr. naim.

Love to save merupakan program yg dianjurkan oleh Digi bertujuan untuk menderma tanpa kita mengeluarkan duit. Digi ingin mendaptkan derma sebyk RM150,000 dalm masa 30 hari. Dengan hanya satu klik mengikut charity apa yg kita nak derma, Digi akan derma sebyk RM5 kepada charity tersebut=kita cklik, Digi derma. Senangkan nak derma. Mari kita beramai2 membuat charity kepada natural, social dan health. Caranya mudah sj:

1. Pergi ke laman web ini - http://www.lovetosave.com.my
2. Klik save now
3. Select favourite charity - pilih la antara nature, health & Social mengikut pilihan masing2




4. Choose how do you want to help samaada vote as group or as an individual5. Klik 'vote now' untuk vote as an individualNote: Type email address anda dan age group. Seterusnya tandakan pada box tersebut kalo inginkan update dr charity tersebut. Akhir sekali klik send.

6. Vote anda telah dihantar ke email address anda7. Pergi ke email anda untuk verify email address.
Dan siap. Anda telah menderma sebyk RM5!
Wat setakat ney derma tersebut berjumlah sebyk RM52655.
Anda mempunya 25 hari lagi untuk vote
Mari lah beramai kita derma!
Bkn senang kita derma org len byr.keke;p best tue!
Selamat menderma!

Saturday, January 24, 2009

Cinta Ini

Pada suatu hari,
Tidak pernah terduga,
Bergerak dengan bebas,
Di situ tempat pertama,
cinta ini bertemu,
berdegup jantung,
Berdebar-debar,
Beribu tahun menunggu,
di sana menjadi saksi cinta ini,
Renung kita melahirkan cinta ini,
Alam semesta menjadi saksi,
kata-kata hati melahirkan rasa cinta ini,
Hati menjadi saksi,
Detik indah melakar,
Sejarah sebuah cinta,
Tersemat di jiwa,
Biarkan ia kekal abadi,
Sampai waktu cinta ini..
Akan dikenang.

Redbloodsnow Stuffs© - The Place for Beta Blogger Template, Graphics, Wallpapers and Codes