Pages - Menu

Showing posts with label cerita sponge. Show all posts
Showing posts with label cerita sponge. Show all posts

Tuesday, November 27, 2012

Is personal development important?

Dah lama rasanya aku tak update. Bukan rasa lagi kot. Sekarang memang dah jarang-jarang aku update. Sebab kebizian ok sibuk dalam hidup walaupun taklah sesibuk mana pon. Tapi ayat tu nak jugak lebih. hehe.


Tetiba terfikir mengenai personaliti individu atau seseorang. Apakah yang dimaksudkan dengan personaliti? Menurut Mr. Wikipedia kita ini.

"Personaliti atau keperibadian merupakan satu cabang psikologi yang mengkaji keperibadian dan proses individu lain yang menjadikan kita manusia. Antara definisi yang lain merujuk kepada sesuatu kualiti atau keadaan yang terdapat atau sedia wujud di dalam seseorang individu untuk individu tersebut menggelar dirinya sebagai seorang insan."
Mu pilih lah yang mana satu yang mu suka

Ok. Sekarang semua orang faham apa yang dimaksudkan personaliti aka keperibadian aka akhlak. Saja memandai tambah sendiri. hehe.

Bagi aku nak membentuk atau mencari personaliti yang bersesuaian dengan diri sendiri sangat-sangat susah kot. Kadang-kadang aku sendiri pun keliru yang mana satu identiti diri sendiri yang sesuai. Tapi identiti sponge bob tak boleh buang dah kot. seperti kau yang teristimewa tu haa. haha .Melalui pengalaman sendiri dan segala nasihat-nasihat dari sifu-sifu cara yang mudah untuk mencari personaliti yang sesuai adalah belajar mengenali diri sendiri dahulu kerna ia sangat berkesan! Bukan nak promosi product eh.

Kesian. haha. Haish Tak bek gelak kat org. 
Mempunyai personaliti yang kuat sangat penting untuk individu. Ia menunjukkan keperibadian seseorang. Bukan apa walaupun orang putih A kata "Don't judge by the books it's cover" tapi kekadang orang putih B kata "First Impression is important". Kalau dah ada karakter yang bagus, orang pon pandang kita macam bagus. Walaupun tak bagus mana pon. hehe. Jangan mara. Hidup kena garau senda. 

Bak kata Martin Luther King Jr. "Intelligence plus character-that is the goal of true education"
Haa. nih tak taw lah masalah pa nih. 
Kesian gak ngan dia nih pon. haha. ;=)





Tuesday, September 25, 2012

Para Ilmuwan Islam


Aku kagum dengan para ilmuwan Islam masa zaman dulu-dulu sebab depa dapat menguasai banyak ilmu dalam satu-satu masa tu. Tak macam orang zaman sekarang termasuklah aku sendirikan. hehe. Kalau tahu ilmu itu, ilmu itu sahaja la yang tahu. Kalau pasal sains ilmu tu ja la. Kalau finance, ilmu tu ja la yang tahu. Kalau ilmu lain? selalu alasan yang orang selalu bagi. Tapi bukan aku. hehe. Sebab tak belajar bidang itu so tak tahulah. 

Padahal semua ilmu yang wujud ini jika kita ingin mempelajari sebenarnya boleh ja. Tiada alasan sebab aku belajar bidang ini so aku tak boleh belajar bidang lain. Sedangkan banyak benda dalam aspek dunia ini kita harus belajar. Contoh firaun. Dia bukan setakat tahu untuk memerintah ja pada zaman dia. Malah, dia tahu juga ilmu fizik dan kimia. Sebab itu zaman firaun mayat mampu dimumiakan walaupun sudah berabad-abad lamanya jasad masih berada dalam keadaan elok. Power knowledge mampu untuk menguasai segala-galanya. Sebab tu yahudi boleh dikatakan dikalangan orang-orang yang sentiasa menuntut ilmu tapi malangnya depa semakin tamak, pentingkan diri sendiri, lupa diri dan menggunakan ilmu yang ada untuk buat benda yang tak sepatutnya.

Contoh lagi Rasullah. Pemimpin yang paling disanjung tinggi dalam sejarah. Bukan sahaja sejarah Islam malahan sejarah di barat sekalipun. Hebat tak hebat tapi memang sampai hari ini tiada siapa mampu menjadi hebat seperti dia. Rasullah bukan setakat boleh jadi pemimpin yang hebat. Tapi boleh jadi suami yang hebat. Tahu untuk berperang. Mempunyai akhlak yang elok dan macam-macam lagi. Banyak sangat nak list satu-satu pun. Semua tu pon ilmu jugak. 

Thursday, August 30, 2012

Oppa Gangnam Style?




Sekarang di Youtube dan Twitter trending dengan gangnam style. Aku faham apa motif semua ini?? oo k-pop. Tapi menjadi trend sampai semua orang tiru. Siap ada version hari raya, version sabah style. version merdeka day.  Macam the mob plak. Di selubungi misteri. Walauapapun layannn.

Wednesday, August 1, 2012

The Dark Night Rises (2012)


The Dark Knight Rises! Batman is coming... Jom tengok online bagi yang belum tengok. Tak mampu nak tengok kat pawagam tengok online saja. hihi

Filem adventure dan action. Ada satu babak tu kesian kat batman kena belasah terok. Baru nak jadik hero.Sekali kena humban penjara dalam gaung tuh. Kalau nak keluaq dari situ kena panjat sendiri kalau lepas boleh lah bebas. Tapi selalunya jarang lah lepas. Tapi well Batman mesti kena lepas jugak kan. Hero kot. haha


In the end, berjaya jugak Batman hapuskan bom atom. Batman pun 'mati'. Tapi orangnya masih hidup. Aku ingatkan Batman tu mati masa nak hapuskan bom atom tu. Buat suspen. Dah nak sedih Hero mati. Jasamu dikenang, batman. Dalam cerita tu la. hehe.

Aku tak faham sangat keseluruhan cerita nih sebab suara tak jelas subtitle lagi tidak ada. Yang aku tahu kes nak balas dendam. Tapi gara-gara nak jugak tengokkan. Semua orang asyik cakap best. So, jenguk-jenguklah dulu jalan cerita nanti boleh download yang HD sikit. Kalau nak tahu cerita selanjutnya kena lah tengok sendiri kalau tak nanti tak suspen da. kiks.


Layan...

Wednesday, July 25, 2012

10 Rude Malaysian Habits


NO 2: hee.. tak suka orang yang merokok. Kalau dekat public buat ganggu aku saja. Dah la nak kena hidu asap yang busuk tu. hish.

NO 6: Kalau nak cakap biar satu dunia dengar. Tambah-tambah plak kalau perkara yang syiok nak bagi tahu orang. Yang tu la lagi dia nak cakap kuat. 

NO 4: Tak tahu adab la tuh. Tapi aku pun jarang jumpa situasi ni. Sebab... Jarang naik public transport. Bukan setakat jarang. Boleh bilang berapa kali seumur hidup naik. hehe. Nak buat lagu mana banyak "ancaman". haih. 

NO 3: Pernah jugak jumpa macam nih. Penat ja kita dok tunggu parking sekali selamba badak ja dia masuk parking kita. haih. sabo ja la.

NO 10: Being late! haha. Aku sendiri pun terikut dengan culture macam ni. Nak buat macam mano dah aku nih rakyat Malaysia sejati. hehe!

Andai terkasar bahasa maapkan saya. Kata-kata ini tidak ada kaitan sama ada hidup atau pun mati. hihi. ;p

Tuesday, July 24, 2012

Susahnya nak dapat BE


4 Ramadhan 1433: Salam Ramadhan Al-Mubarak

Aku selalu baca blog-blog yang hebat memberitahu tip untuk mendapatkan buffered earning. Dulu aku mudah nak dapat BE. Tapi semenjak blog tumbuh bagaikan cendawan memang susah sangatlah nak dapat BE sedangkan blog aku pun traffic tak tinggi sebab malas nak update blog. hehe.

Banyak blogger cakap kena selalu update survey selain dari traffic tinggi. Jawapan dari Nuffnang team pun memberitahu jawapan yang sama. Kena update survey selalu sebab nanti senang advertiser nak jumpa blog kita. Dan... Ia sangatlah berkesan. Dulu mudah saja nak dapat BE walaupun malas blog. Sekarang erm sadis. Jarang plak tu. Tapi dengan cara ini dapat jugaklah BE. =)

Sunday, July 22, 2012

Mount of Kinabalu Wait for me ok?

Umie Aida pun mampu naik. Mestilah aku pun boleh.
Kesian kat pakcik nih berat tahu nak angkat benda alah ni. Sanggup berkorban demi mencari sesuap nasik. Bukan Pakcik ni ka masuk Majalah 3 hari itu?

Bilalah dapat aku mendaki Gunung Kinabalu. Entah sampai bila-bila pun tak dapat. Redha saja la.=)
Setia menanti pabila saat sudah tiba nanti. Fitness tetap kena maintain. Itu penting sekali! hehe. Best tahu tak kalau berjaya sampai ke puncak. Tahu tak macam rasa kalau kita dapat capai ke satu tahap yang tak pernah kita bayangkan kita akan capai pada saat itu?

Saturday, July 21, 2012

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Di bulan yang mulia ini marilah beramai-ramai mengamal ibadat. Sebulan dalam setahun dapat jugak merehatkan perut yang telah lama bekerja. =)

Link jadual waktu imsak bagi kawasan Kedah 

Wednesday, July 18, 2012

Missing Secret You'll Find


Hidup ini umpama satu peperangan harus berjuang. Dalam peperangan pasti akan ada yang tercedera dan mati. Dan yang hidup akan terus berjuang untuk meneruskan hidup ini.

Harap apa yang kita cari dalam hidup akan tercapai suatu hari nanti.


"And singing life is all that we need
But the lies is all that we see
Raise your hands high up in the sky
Missing secrets you will find
In your heart"
"You are a soldier
Light up the night
We are the soldiers
We’ll stand and fight
At the end of the day
Forever we pray
For the legend"

Wednesday, July 11, 2012

Street Art 3D


Wow! sangatlah cantik. Lukisan nampak lebih timbul. Macam 3D macam real picture. Very artistic

Thursday, July 5, 2012

Fixed Gear Bike for fitness

Abaikan background. hehe. Sekadar perhiasan.

Apa itu fixed gear bike? Basikal gear yang tetap tak macam basikal biasa ada gear boleh ubah-ubah. Beza kalau kayuh fixed gear bike lagi penat berbanding kayuh basikal biasa macam mountain bike. Fixed gear tidak ada break. Jangan kayuh laju-laju kalau tak dapat nak agak sebab nanti bahaya sebab tidak ada break. Basikal akan berhenti dengan perlahan-lahan. Tapi basikal aku ada break sebab time beli memang dah ada pun. Tapi break dia tak adalah mencengkam tahap basikal biasa. Bolehlah kalau lepas break mesti basikal jalan kalau dia tak benti lagi.

Basikal inilah aku gunakan untuk fitness. Basikal ini jugaklah peneman dikala aku membawa diri pergi. Lerun sekarang pun dah tak kuar basikal fixie sebab trend. Fixie kaler striking yang terang-terang tu masih berada di pasaran. Custom made fixie pun ada tapi mahal ada yang mencapai RM1000.

Sponsored by Lerun

Wednesday, July 4, 2012

Tips Hilangkan Stress Cara Hanis Hazwani


Boleh dikatakan setiap hari kita akan mengalami stress. Budak sekolah pun boleh rasa stress apatah pula orang yang dewasa ini. Stress amat bahaya kepada kesihatan kita. So, cuba untuk cari jalan untuk mengelakkan dari stress. Setiap orang pasti akan ada cara yang tersendiri untuk hilangkan stress kan? Katakan tak nak kepada Stress! Saya juga ada cara yang tersendiri untuk hilangkan stress.

Nak tahu apa rahsia saya? hehe

Tidur
Kekadang pabila dilanda stress mesti akan rasa amat terseksa. Rasa amat payah hidup ini. Fikir macam-macam. So, saya tidur sebab kononnya boleh melupakan segala masalah buat sementara waktu yang membuatkan diri jadik bertambah stress. hehe. Senang sikit otak nak pikir sangat macam-macam kan. Masa yang tak best cepat jugak lah berlalu. Lebih kurang macam laptop tengah hang pastu restart balik. Itu cara saya restart. Supaya lebih fresh.

Nyanyi
Ada orang tak suka nyanyi ada suka nyanyi dan saya salah seorang dari mereka yang suka nyanyi. Bila dikala saya stress saya suka nyanyi lagu rancak supaya boleh menjerit. hehe. So, tak perlulah nak menjerit tetiba. Takut jiran sebelah ingat saya gila pulok. huks. Saya akan nyanyi lagu yang lebih memberi motivasi diri sendiri. Dah stress kan takkan nak nyanyi lagu yang stress. Kalau macam sedih jangan dengar lagu sedih. Lagik bertambah sedih la dan hanyut lah anda dengan perasaan itu.

Fitness
Saya sangat pentingkan dalam fitness bukan semata-mata nak kurus, nak cantik saja. Fitness juga penting untuk kesihatan dan mengurangkan rasa stress. Stamina pun up tak lah nak naik tangga setingkat pun macam serupa kena kejar dengan anjing. haha. Saya suka jogging dan cycling di saat stress melanda diri ini. Kononnya saya boleh lari la dari dunia yang macam-macma ini buat sementara waktu. Lagi pun larat nak tidur. Otak jadi lembap sat g. hehe.

Konon aja dia ini. Setakat ini saja lah saya ingin berkongsi tip untuk hilangkan stress. Nanti dari masa ke masa saya akan update tambah lagi tip hilangkan stress ini. Kalau ada lagi tip yang gempak sila tinggalkan jejak anda di ruang komen yang disediakan. hehe.

Sunday, July 1, 2012

Apa Kebaikan Coklat?



Suka tak makan coklat? Saya pasti ramai yang suka makan coklat kan? Sedap kot. Tapi mungkin ada sesetengah orang tak suka coklat sebab manis atau takut gemuk. Tapi menurut WiKipedia coklat tidak menggemukkan walaupun coklat mengandungi lemak. So, janganlah risau, Semua itu hanya akibat penggunaan gula berlebihan.

Kalau ini miliku! sedapnya!
 
Coklat merupakan makanan berasal dari koko. Terlalu banyak khasiat dan kebaikan yang terkandung dalam coklat itu.

Yang ni? sedap giler.

Antara kebaikannya:

  1. Membantu mengatasi tekanan dan memulihkan keletihan saraf.  So, agak-agak kalau stress tu bolehlah makan coklat. Saya sendiri pun selalu makan cokelat selepas itu rasa lebih relax. kiki.
  2. Melambatkan proses penuaan. Untuk ladies mesti satu berita baik untuk anda. Makanlah coklat untuk cantik. Tapi awas jangan makan berlebihan. hehe. Terlajak perahu boleh berundur, terlajak aeroplane tak dak gear reverse. hehe. Guwau ja.
  3. Meningkatkan hormon dan membuatkan rasa gembira dan jatuh cinta. Ini memang benar. Ia berlaku pada diri saya sendiri. Selepas makan cokelat terus tetiba rasa gembira tanpa sebab. Asyik fikir benda-benda happy ja. Pelik betul kuasa yang ada pada cokelat.
  4. Membantu meningkatkan memori dan hafalan menajamkan minda dan menguatkan daya ingatan. So, bagi sesiapa yang ingin lebih pintar makanlah coklat. Bagus untuk pelajar. Saya tak tahu pun dulu kalau saya tahu mesti genius. haha. Tapi tak belajar pun boleh jugak untuk menajamkan minda.
 
Sumber Rujukan:

Saturday, June 30, 2012

Ramadhan Semakin Menjelma



Setahun sekali perut kena rehat setelah penat bekerja selama setahun. Tak sabar menanti Ramadhan yang kian menjelma. Perut ini pasti tidak sabar untuk berehat selama sebulan.

Tuesday, June 26, 2012

Sambal Belacan By DiGi


haha. Sambal belacan ads untuk Malaysia Day. Ads lama tapi macam lawak. hehe.
Credit to DiGi

Saturday, June 23, 2012

Kenapa Perlu Aku Takut Kepada Kegagalan?


Aku tidak perlu takut kepada kegagalan. Kenapa harus aku takut pada kegagalan? Sedangkan setiap kegagalan itu pasti aku akan mempelajari sesuatu. Sesuatu yang mungkin tak berkesan.


Aku tidak takut akan kegagalan. Ini hanya suatu proses dalam kehidupan. Kenapa hanya kerna kegagalan aku harus berhenti sedangkan aku masih bernafas disini. Sudah pasti aku masih hidup. Walaupun kadang-kadang hidup ini ada pasang surut. Kenapa harus aku perlu berhenti kerna hanya takut kepada kegagalan?


Hidup ini harus juga diteruskan walaupun sesukar mana sekalipun. Hidup terus berjalan walaupun perlahan. Tapi ia tetap berlalu tanpa kita sedari. Aku percaya bila tiba masa kita perlu mati, kita kena mati, bila belum tiba untuk kita mati, walaupun bagaimana sekalipun hidup ini harus diteruskan. Walaupun kebahagian yang mendatang belum pasti akan tiba.

Tuesday, May 29, 2012

6 Fakta Menarik Tentang Sponge Bob


1. Tahu Mr Krabs kan? Dia adalah bos dari Spongebob di burger Kraby Patty. Ceritanya, setelah perang, Mr Krabs mengalami ganggua perasaan mengenai beratnya. Kemudian dia membeli sebuah rumah uzur, The Rusty Krab. Segala kerja keras dan segala usaha, Krusty Krab pulih kembali dan menjadi kedai burger paling popular di bawah laut. Bawah : Gambar: Ketika masih bernama Rusty Krab.
2. Menerusi episod "Sleepy Time": Usia Mr Krabs adalah 62 tahun Nombor IC-nya: A5265661 Tarikh lahir: 30 November 1942 Alamat: 3541 Anchor Way, Bikini Bottom. Dia mempunyai binatang peliharaan bernama Mr Doodles.
3. Tarikh lahir SpongeBob adalah: 14 Julai 1986. Jadi sekarang usia Spongebob adalah hampir 19 tahun. Kad Pengenalannya (IC) pernah muncul di episode "Sleepy Time" dan "No Free Rides." Dalam dua episode itu nomor IC-nya adalah A1356021 Alamat SpongeBob adalah: 124 Conch St. Bikini Bottom.



4. SpongeBob, kartun ciptaan Stephen Hillenberg ini disasarkan untuk usia dua sampai sebelas tahun. Akan tetapi, yang nyatanya filem itu juga berjaya menarik perhatian penonton dewasa berusia 18 hingga 50 tahun. Sebuah tinjauan di luar negara menunjukkan, 40 persen dari satu juta penonton SpongeBob berusia di atas 16 tahun.
5. Penggagas Spongebob, Stephen Hillenberg, pernah mendalami pengajian sumber daya kelautan di Universiti Humboldt, California. Hillenberg juga pernah mengajar biologi kelautan di Orange County Marine Institute, California dan kemudian mengambil program master dalam animasi eksperimental di Institut Seni California. Pengalaman dan hobi itulah yang kemudian melahirkan kartun SpongeBob SquarePants pada tahun 1996.
6. Nickelodeon yang menerbitkan SpongeBob adalah syarikat di bawah Viacom yang juga menaungi MTV.Kebelakangan ini SpongeBob dibuat versi layar lebar-sebuah tinjauan mendapati bahawa filem tersebut mempunyai pasaran yang luas di dunia.

Credit to  DuniaSabri

Friday, May 25, 2012

Legend: Cleopatra VII

Sebahagian info mengenai Cleopatra VII. So, aku buat entry lebih berbentuk point. Nanti aku sendiri nak baca pon mudah. Tapi tak boleh rujuk 100% sebab maklumat tak detail. Cuma sekadar highlight perkara-perkara penting sahaja.

  • Ratu Mesir Purba dan Firaun yang terakhir.
  • Beliau seorang wanita yang sangat menawan, cerdas luar biasa dan memiliki karisma kuat.
  • Dia juga menguasai 9 bahasa.
  • Di nobatkan menjadi Ratu pada usia 18 tahun.
  • Untuk mengukuhkan posisinya di mata rakyat Mesir, Cleopatra VII menyebut dirinya sebagai Puteri Dewa paling berkuasa iaitu Dewa Matahari @ 'Amun Ra'.
  • Berjaya menawan hati Julius Caesar walaupun perbezaan umur 30 tahun.
  • Mereka bertemu ketika Cleopatra VII 21 tahun dan Julius Caesar berusia 50 tahun.
  • Melahirkan Ptolemeus Caesar yang disebut "Caesarion" bererti "Caesar Kecil".
  • Caesarion dimaksudkan untuk mewarisi Mesir dan Romawi - Menyatukan Timur dan Barat.
  • Setelah Julius Caesar mati terbunuh, Cleopatra VII memikat Mark Anthony @ Markus Antonius sebagai pengganti.
  • Cleopatra dan Mark Anthony mempunyai 3 anak iaitu the twin Alexander Helios dan Cleopatra Selena II.
  • Sikap Anthony dipandang buruk oleh Romawi dan Octavian meyakinkan Senat untuk berperang dengan Mesir.
  • Anthony kalah dalam pertempuran Actium dan membunuh diri.
  • Akibat, Cleopatra VII juga membunuh diri kerana dia tidak mampu mempertahankan Mesir.
  • Cleopatra VII juga tidak sanggup melihat negeri yang dicintainya dihancurkan Romawi dan tak sudi dijadi tawanan oleh Octavius dan diarak kehinaan dihadapan rakyatnya sendiri.
  • Beliau membunuh diri dengan membiarkan ular Asp yang sangat beracun menggigit tubuhnya.
  • Caesarion, anak Cleopatra dan Julius Caesar dibunuh oleh Octavius sebab terancam kerana kuasanya berdasarkan status anak angkat Julius Caesar.
  • 3 anaknya dengan Markus Antonius diampuni dan dijaga oleh isteri Anthony, Octovia Minor. (banyak betoi la bini dia ni kot dan untuk pengetahuan Markus Antonius ada ramai anak kot sebelum dia bertemu dengan Cleopatra VII)
Sumber: 
  1. http://tutinonka.wordpress.com/2009/05/25/cleopatra-legenda-sepanjang-masa/
  2. http://id.wikipedia.org/wiki/Kleopatra_VII
  3. http://en.wikipedia.org/wiki/Cleopatra_VII
  4. http://www.touregypt.net/cleopatr.htm
  5. http://www.bbc.co.uk/history/historic_figures/cleopatra.shtml
@anys_hazwanie: Semua ini hanya sekadar point2x mengenai Cleopatra VII. Jika ingin maklumat lanjut sila lah klik link di atas atau search saja di goole. Kalau tak pun cari buku atau pergi tanya  orang-orang yang tahu pasal sejarah. Ini hanya sekadar untuk memudahkan untuk aku membaca. So, tak perlu la aku nak baca panjang lebar. Malasnya hang ni noh. hehe

Friday, May 11, 2012

Tips Berjimat Cermat

  1. List barang keperluan sahaja. Kalau tak list, mesti akan ter 'overbudget'. Tapi list pon over jugak.
  2. Tengok harga barang sebelum membeli. Kadang-kadang lain tempat lain harga walaupun barang yang sama. Dan mungkin berlaku kenaikan harga.
  3. Cuba disiplinkan diri sewaktu berbelanja.
  4. Time nak shopping ka, nak beli barang keperluan atau apa-apa pun keadaaan sewaktu dengannya. Jangan berbelanja ikut suka hati a.k.a hawa nafsu. Kadang-kadang beli tak guna pun. Contoh macam aku walaupun dari segi makanan. Beli ja, tapi tak makan pun. Tipu dan dusta ja semua itu. 
  5. Ketika berbelanja aku lebih suka berfikir. Kalau tak nanti confirm leka dan terlajak membeli-belah. Bila berfikir aku akan lebih fokus kepada barang apa yang nak dibeli.
  6. Kalau agak belanja terlebih had. Contoh, sedar-sedar duit dah tidak ada. Tak tahu buat apa@ beli apa. Macam hilang ingatan sementara waktu. Cuba list down apa yang kita belanja. Kita akan nampak flow duit keluar/masuk sebab kita boleh mengelak kejadian yang tak diingini seperti ini berlagu lagi. Aku selalu buat macam ini sebab tetiba rasa macam duit hilang. haha. Walaupun RM100 ja pun. Kalau sikit-sikit pun tak boleh nak mengelak apatah duit banyak. Benda yang sama tetap akan berlaku.
Kalau nak list tip sampai bila-bila pon tak habis sebab kena ikut lifestyle setiap orang berbelanja. Setiap orang ada lifestyle masing-masing.

*Dalam banyak-banyak tip, paling penting kena DISIPLINKAN DIRI SENDIRI. Sebab ini part yang paling susah. Sekali dah disiplin diri sendiri segala-galanya menjadi mudah. ;)


By Hanis Hazwani

@kalau ada lagi tip-tip yang berkesan boleh lah share di kotak komen di bawah. Tak rugi pon share. Pada masa yang sama kita boleh membantu antara satu sama lain. ;)