Pages - Menu

Showing posts with label Movie. Show all posts
Showing posts with label Movie. Show all posts

Sunday, April 17, 2016

Munafik (2016)


Satu filem seram melayu diarah oleh Shamsul Yusof. Memang sangat menyeramkan. Bagi kaki wayang macam aku ini, memang sangat menyeramkan dan jalan cerita yang lebih masuk akal logik. Tak macam filem seram yang sebelum ini lebih kepada komedi. Tetapi filem Munafiq lebih realistik berbanding filem-filem seram yang lain. Jalan cerita jugak sangat menarik membuatkan aku lebih ingin tahu dan seperti merasakan dunia seram yang sebenar.

Jika mahu menonton Munafik online klik link di bawah : 

Wednesday, December 30, 2015

Attack on Titan (2015)


Sinopsis:
Seorang remaja lelaki bernama Eren Jaeger menggunakan kelebihan istimewa untuk berjuang bersama-sama dengan tentera untuk mengalahkan bangsa titan itu. Manusia adalah di ambang kepupusan apabila seorang lelaki ini memakan raksasa atau titan yang mengancam semua orang dan memusnahkan tamadun manusia terakhir yang tinggal di dunia.

Genre: Aksi, Pengembaraan, Drama

Jika ingin tengok filem ini secara penuh boleh klik pautan di bawah:

Selamat Menonton!

Friday, December 25, 2015

Ender's Game (2013)



Quotes:
"It's not about we are the winner but the way we win the game that matter"

Untuk menonton filem penuh klik link di bawah. Selamat Menonton! ^_^
Ender's Game (2013)

Thursday, November 19, 2015

The Walk (2015)


Seorang lelaki bernama Philippe Petit pernah berjalan di antara Menara Pusat Dagangan Dunia dengan bimbingan mentor, Papa Rudy. Kisah keseluruhan The Walk mengenai kisah hidup Petit sejak beliau dari kecil bagaimana permulaan beliau berminat untuk berjalan atas tali seperti lagak aksi di sarkas. Plot filem ini agak membosankan terutamanya bagi peminat filem-filem aksi atau pengembaraan. Tetapi filem ini menggunakan teknik IMAX 3D untuk merasa pengalaman seperti bagaimana berada di awan.

Untuk tengok filem keseluruhan. Sila klik pautan di bawah:
The Walk (2015)



Friday, October 30, 2015

Everything will be fine (2015)


Filem ini berkisahkan seorang penulis yang berasa bersalah kerana berlakunya kemalangan yang tidak sengaja dan menyebabkan kematian. Kejadian ini telah menghantui hidup beliau walaupun kejadian itu sudah sekian lama berlaku. 

Akan tetapi, perjalanan filem ini agak membosankan walaupun jalan ceritanya menarik. Abang director salah tafsir cerita kot. he.he. Bahagian epilog jugak kurang menarik. Sayangnya kisah filem ini sangat menarik cuma perjalanan kisah itu agak membosankan dengan tempoh masa hampir 120 minit.

Jika berminat untuk menonton filem secara online sila klik pautan dibawah.

Friday, September 25, 2015

The Da Vinci Code (2006)




Quote from this film:

"Ego may miss achieve goal"

Jika ingin tengok secara talian, sila klik pautan di bawah:


Monday, August 17, 2015

Paul Blart Mall Corp 2 (2015)


Filem yang berkisahkan tentang seorang pengawal keselamatan di sebuah kompleks membeli-belah dan seorang bapa kepada seorang anak perempuan. Kisah filem ini bermula apabila anak perempuan Paul terperangkap dalam satu sindiket pencurian lukisan di sebuah hotel dan diculik oleh penjenayah tersebut. Setelah Paul menyedari anaknya diculik, jadi mula lah aksi Paul yang cuba untuk menyelamatkan anaknya. Walaupun kelakar. haha. Kisah tauladan dari filem ini ialah seorang bapa akan sanggup buat apa sahaja untuk menyelamatkan anaknya walau dengan apa cara sekali pun. 

Quote from this movie

"..The journey of road is always under construction.."

"....The road of life is hard but once you reach the top the view is amazing.."

Jika ingin tonton filem ini klik link di bawah ini

Tuesday, August 4, 2015

Insurgent (2015)


Insurgent merupakan sebuah filem bersiri Divergent. Siapa yang pernah tengok filem divergent akan faham filem Insurgent. Mungkin tak semua peminat kaki wayang suka akan filem sedemikian.  Tetapi bagi aku filem ini tetap best. Mempunyai moral of the story yang tertentu. 

Quote from this movie:

.."Be Brave..."

Kepada yang belum tengok klik link dibawah untuk menonton filem secara online. Kalau error atau tak dapat buka sila tinggalkan komen di kotak yang tersedia di bawah ini. Aku dah tengok filem ini di pawagam tapi tak puas hati lagi. Jadi, aku tengok sekali lagi secara online. Selamat Menonton!

Wednesday, July 29, 2015

Cinderella (2015)


Trailer Cinderella (2015)

Siapa tak tahu kisah Cinderella? Sila angkat kaki. Filem yang umum tentang kisah dongeng Cinderella tapi diperbaharui dan difilemkan dengan cara yang tersendiri yang berbeza berbanding kisah Cinderella yang lain. Tetapi konsep mak tiri, dua beradik tiri, fairy godmother, Prince Charming tuh tetap ada kalau tak bukan Cinderella lah kalau tak ada semua ini. 

Kata-kata yang menarik perhatian aku dalam filem ini :

"Have courage and be kind may overcome all the challenges"



Soundtrack Filem Cinderella. Aku suka lagu ini walaupun kisah ini terlalu fairy tale. But who cares. =)




Jika nak tonton filem Cinderella klik link di bawah

Cinderella (2015)

Wednesday, April 8, 2015

Fast and Furious (2015)


Akhirnya dapat jugak tengok filem fast and furious 7. haha. Sekali pergi tiket habis sold out. Pergi kali ini pon nasib baiklah ada orang nak jual tiket. Filem ketujuh kali ini ending yang menyedihkan. Dengan menayangkan review dari awal Paul berlakon dengan Fast and Furious. Demi untuk memberi penghormatan atas kematian Paul Walker. Hilang seorang hero. 

Pengajaran yang dapat belajar dari Fast & Furious 7:
  1. The sins of our past can catch up to us
  2. Fear or loyalty keep a team together
  3. Our past actions can catch up to us
  4. You kill a shadow by shining a light on it

Tribute to Paul Walker


Wednesday, April 1, 2015

Front of The Class (2008)


Filem dipetik dari kisah sebenar. Sebuah filem inspirasi buat kepada guru. Kisah seorang yang mempunya sejenis penyakit sindrom yang tiada ubat untuk sembuh. Akibat dari sindrom tersebut guru-guru di sekolah menyisihkan beliau sebab sindrom beliau yang disangka sekadar untuk gurauan. Tapi akibat dari sikap guru-guru tersebut kepada beliau. Beliau bertekad untuk menjadi guru. Akhirnya, beliau mendapat anugerah sebagai guru terbaik. 

Kalau nak tahu kisah selanjutnya boleh tengok sendiri kisah tersebut dari youtube.

Friday, March 13, 2015

The Hobbit: The Battle of The Five Armies (2014)


Bagi aku. Boleh la. Tapi the lord of the ring lagi best dari the hobbit ini. Mungkin sebab semua ini permulaan sebab itu tak best. hiks. 

Klik link di bawah untuk tengok movie tersebut secara online.
The Habbit: The Battle of The Five Armies (2014)

Sunday, February 8, 2015

Zodiac: Sign of the Apocalyse


Klik link di bawah untuk tengok full movie.

Tuesday, September 23, 2014

Chef (2014) Full Movie


If you watch this movies. Well, that's life. A journey. Do what you love. Family. Friendship. 

Untuk tengok movie penuh klik link di bawah:

Chef (2014)

Tuesday, September 9, 2014

Mr Peadbody & Sherman (2014) Full Movie



Tengoklah apa yang berlaku jika time travel machine wujud.


Craft Blog : 

Monday, September 8, 2014

Godzilla (2014) Full Movie



In Summer 2014, the world's most revered monster is reborn as Warner Bros. Pictures and Legendary Pictures unleash the epic action adventure "Godzilla." From visionary new director Gareth Edwards ("Monsters") comes a powerful story of human courage and reconciliation in the face of titanic forces of nature, when the awe-inspiring Godzilla rises to restore balance as humanity stands defenseless.

Godjira. Best la jugak. Tapi macam cerita ultraman lawan dengan raksasa. he.he Siapa yang belum tengok boleh klik link di bawah ini. =)

Tuesday, August 5, 2014

2014 | The Hobbit: The Battle of the Five Armies - Official Trailer



The hobbit yang seterusnya bakal ditayangkan di penghujung 2014. Pasti tidak sabar masuk panggung bagi peminat filem the hobbit kan?

Thursday, July 31, 2014

Transformer - Age of Extinction (2014)



Transformer datang lagi menjenguk kita pada tahun 2014. Filem yang dinantikan oleh peminat-peminat filem aksi dan mencabar ini. Termasuklah diriku sendiri. Kisah filem transformer sama sahaja konsep dengan filem-filem transformer sebelum ini. Di mana robot baik menumpaskan robot jahat. Cuma yang membezakan transformer yang ini berbanding transformer yang lepas hanya jalan ceritanya. Filem ini juga bersempena father's day pada bulan tersebut. Nak tau kisah kisah selanjutnya. Haruslah pergi tengok sendirik. he.he.

Kenapa aku suka filem-filem transformer? Tengok berulang-ulang pulak tu. Padahal konsep cerita sama sahaja. Tapi bagi aku bukan setakat konsep cerita itu sahaja yang nak tengok kan. Aku suka nilai-nilai murni dan sikap pada setiap watak yang ada dalam filem tersebut. Seperti bagaimana sikap watak dalam menangani setiap cabaran.  Filem itu salah satu cabang seni. Filem ini jugak ada nilai seni yang tersendiri.

Filem transformer kalau tengok di pawagam memang sentiasa penuh tak pernah tak penuh. Nasib baik kali ini aku masih berpeluang tengok di pawagam. Itu pun beli tiket awal. Kalau tak jadi macam sebelum ini nak tengok transformer : dark of the moon. Sampai 3 kali nak pergi tiket tapi tak dapat asyik penuh. At last kena download sendiri la. Hurm.

Siapa yang belum tengok tu pergi la tengok kalau masih ada di pawagam. Aku pun bz memanjang asyik tertangguh nak update entry terbaru yang tak la baru sangat ni kan. he.he. Tapi jangan lupa pula support filem malaysia. Penat-penat depa buat tapi kita tak tengok.

Friday, May 30, 2014

Robocop (2014)


Kisah yang sedih jugak sebab kesian kat robocop dia tak bersalah dalam hal ini. Macam menjadi mangsa keadaan. Kesian isteri dan anak beliau. Dia seorang detective, bapa dan suami yang baik serta penyanyang. Oleh sebab berlaku kejadian tak diingini apabila ada orang cuba membunuh beliau dengan bom. Hampir seluruh badan dia terbakar dan sebahagian hancur disebabkan bom itu. Jadi, sebuah syarikat ini mengambil kesempatan terhadap apa yang berlaku kepada beliau. Syarikat tersebut tamak dan penting diri hanya untuk mencapai matlamat mereka untuk mencipta sebuah robot yang mempunyai perasaan seperti manusia. Kalau nak tau kisah selanjutnya tengok ler sendiri. he.he.

Saturday, April 5, 2014

Captain America - The Winter Soldier (2014)


Captain America is coming. Rugi sapa tak tengok. Tapi bagi yang suka wayang action la. Jalan cerita berat sikit. Nak kena pikir-pikir sikit. Aku suka filem berunsurkan strategi/game plan dan action. Dan tak tahu apa motif filem macam ini. Sebab siap ada New World Order (NWO). Tapi abaikan. Saja ja ceq nak habaq mai. he.he. Nak tahu best ka tak best silalah ke pawagam yang berhampiran atau berdekatan dengan rumah anda. Tengok di pawagam lagi best baru feeling. Tapi jangan salah paham tak ada niat pun nak promote. =)


Last but not least. Satu benda ja aku tak suka bila pergi pawagam ada ja yang mengganggu konsentrasi. Parent bawak anak-anak tengok filem ini. Biasa la budak-budak kan. Bising la sikit. Dah tuh ada pulak mamat dan minah siam buat macam pawagam diorang kan cakap punya lah kuat. Kalau nak gossip pun agak-agaklah. Aku bukannya paham. Dan lagi satu kalau tak sabar nak pergi toilet pon. Hormat lah sikit orang lain tengah dok focus ini. Dum dam dum dam bising orang naik turun tangga kan. Bukan apa. Tak kisah pun. Cuma aku tak tengok secara free.

Kalau ada salah dan silap, terkasar bahasa maafkan saya. Aku manusia biasa hanya menjalani kehidupan ini seperti orang lain, orang biasa. Dan tiada apa yang luar biasa melainkan seorang manusia yang kadang-kadang tidak sengaja/sedar terbuat silap. =)