Tuesday, February 28, 2012

Mata Berkedip @ Eye Twitching

Pernah tak mata berkedip-kedip? Tau tak sangat merimaskan bila mata asyik berkedip-kedip walaupun tak bahaya. Aku sudah lama mengalami masalah mata berkedip-kedip di sebelah kanan. Tapi masih tak hilang-hilang lagi pun.

Orang tua-tua kata kalau mata berkedip-kedip belah kanan ada orang jauh nak datang. Kalau mata berkedip-kedip sebelah kiri ada la tu benda sedih nak jadik. Macam mengarut ja. Ini hanya sekadar kata-kata orang tua-tua dulu tak boleh nak percaya 100%. Kadang-kadang benda nih jadik secara kebetulan mata tu berkedip-kedip ja.

Dalam bahasa scientific untuk mata berkedip @ eye twitching, Myokymia. Antara punca mata berkedip ialah:

  • Tekanan (Stress)
  • Kelesuan (Tiredness)
  • Ketegangan Mata (Eyestrain)
  • Kafein (Caffein)
  • Alkohol (Alcohol)
  • Kekeringan Mata (Dry Eyes)
  • Ketidakseimbangan Nutrisi (Nutritional Imbalance)
  • Alergi (Allergies) 
Sumber: http://truskemata.blogspot.com