Wednesday, February 22, 2012

Makanan Untuk kesihatan Mata


1. Adpokat 
Adpokat (Avocado dlm bahasa Inggeris) merupakan salah satu dari makanan yang padat   nutrisi. Kerana itu, tidak hairanlah kalau makanan ini baik untuk mata. Adpokat mengandungi lebih banyak lutein dibandingkan dengan buah-buahan lain. Zat ini sangat penting untuk mencegah degenerasi macular dan katarak. Selain itu, buah ini juga merupakan sumber yang kaya akan nutrisi yang penting untuk mata seperti vitamin A, vitamin C, vitamin B6, dan vitamin E.
  
2. Karot (Lobak Merah)
Karot atau lobak merah sudah lama dikenalpasti sebagai makanan yang baik untuk mata. Ini kerana karot adalah makanan yang kaya dengan beta karotin. Beta karotin akan diubah oleh tubuh menjadi vitamin A. Tentunya Anda sudah tahu kalau vitamin satu ini, berperanan penting dalam proses bioelektrik di mata. Selain itu, juga boleh membantu tubuh melepaskan bahan radikal bebas.

3. Brokoli
Brokoli kaya dengan vitamin C, kalsium, lutein, zeaxanthin, dan sulforaphane.

4. Telur
Telur kaya akan nutrisi mata seperti vitamin A, zinc, lutein, lecithin, B12, vitamin D, dan cysteine.

5. Bayam
Bayam merupakan sumber lain yang kaya vitamin A. Bayam juga mengandung nutrisi yang baik untuk mata seperti lutein dan zeaxathin.

6. Kobis
Sama seperti bayam, kobis juga kaya akan vitamin A, lutein, dan zeaxathin.

7. Tomato
Tomato kaya dengan vitamin C dan lycopene, dua nutrisi yang sangat penting untuk mata.

8. Biji bunga matahari
Biji bunga matahari mengandungi selenium, nutrisi yang boleh mencegah katarak dan juga menjaga kesihatan mata secara umum.

9. Bawang putih
Bawang putih mengandung selenium dan nutrisi yang baik untuk mata seperti vitamin C dan quercetin.

10. Salmon
Salmon kaya akan omega-3 yang sangat penting untuk menjaga kesihatan mata secara umum. Salmon juga mengandungi asid folik, vitamin D, vitamin B6, vitamin B12, dan vitamin A.