Pages - Menu

Showing posts with label Tips kesihatan Mata. Show all posts
Showing posts with label Tips kesihatan Mata. Show all posts

Tuesday, February 28, 2012

Mata Berkedip @ Eye Twitching

Pernah tak mata berkedip-kedip? Tau tak sangat merimaskan bila mata asyik berkedip-kedip walaupun tak bahaya. Aku sudah lama mengalami masalah mata berkedip-kedip di sebelah kanan. Tapi masih tak hilang-hilang lagi pun.

Orang tua-tua kata kalau mata berkedip-kedip belah kanan ada orang jauh nak datang. Kalau mata berkedip-kedip sebelah kiri ada la tu benda sedih nak jadik. Macam mengarut ja. Ini hanya sekadar kata-kata orang tua-tua dulu tak boleh nak percaya 100%. Kadang-kadang benda nih jadik secara kebetulan mata tu berkedip-kedip ja.

Dalam bahasa scientific untuk mata berkedip @ eye twitching, Myokymia. Antara punca mata berkedip ialah:

  • Tekanan (Stress)
  • Kelesuan (Tiredness)
  • Ketegangan Mata (Eyestrain)
  • Kafein (Caffein)
  • Alkohol (Alcohol)
  • Kekeringan Mata (Dry Eyes)
  • Ketidakseimbangan Nutrisi (Nutritional Imbalance)
  • Alergi (Allergies) 
Sumber: http://truskemata.blogspot.com
 

Tuesday, January 31, 2012

Punca Lingkaran Bawah Mata(EyeBag)

Lingkaran Bawah Mata atau Eye Bag? hah! 0_0 alamakkkk.. ayoyoyo eye bag sudah. mataku ada lingkaran bawah mata. 
Apakah puncanya?

1. Selari dengan umur anda yang semakin meningkat.
2. Anda ada alahan.
3. Ciri-ciri kulit wajah anda sendiri.
4. Mengalami keletihan setelah bekerja seharian.
5. Kekurangan nutrisi pada tubuh anda.

6. Faktor genetik.

7. Pengaliran darah yang tak stabil.
8. Anda menghadapi tekanan dan tak dapat mengawalnya dengan baik.
9. Terdedah kepada cahaya matahari. (Bukan matahari waktu pagi yer.)
10. Penurunan berat badan yang agak mendadak.

11. Ada masalah pinggang dan juga perut.

12. Tisu lemak dan cecair.
13. Masalah sinus.
14. Anda memang ada masalah kesihatan.
15. Anda seorang perokok.

Thursday, December 1, 2011

Khasiat Blueberry atau Acai Berry


1 Boleh Membantu Tidur Yang Lebih Baik
Ini disebabkan ianya mengandung zat nutrisi seperti vitamin B dan lain-lain, acai mampu menurunkan tingkat stres dan membantu komunikasi antara sel-sel diotak. Acai mampu melakukan hal ini dengan membantu pembuatan neurotransmitter. Beberapa neurotransmiter adalah serotonin dan dopamin.

2. Dapat Tingkatkan Level Tenaga anda
MonaVie digunakan oleh atlet terkenal seperti Venus Williams, kerana acai mempunyai banyak nutrisi, dan terutama banyak lipid yang bertanggungjawab untuk meningkatkan tahap tenaga anda. Inilah sebabnya MonaVie boleh digunakan setiap hari untuk meningkatkan tahap tenaga anda.

3. Dapat Mengurangi Kolesterol
Acai mempunyai banyak EFA (Essential Fatty Acids). Asid ini mengekalkan kolesterol baik (HDL kolesterol) dan pada masa yang sama, itu akan menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL kolesterol). Kedua-dua tindakan yang dilakukan oleh EFA, akan mengakibatkan jauh lebih baik sirkulasi darah dalam tubuh anda.

4. Bisa Membantu Anda Menurunkan Berat Badan
Jika anda sedang berusaha menurunkan berat badan, maka MonaVie amatlah sesuai sekali! MonaVie membantu menurunkan berat badan kerana acai akan melelngahkan rasa lapar dan membantu mengawal nafsu makan. Ini karena acai memiliki indeks Glisemik rendah.

5. Dapat Bantuan Turunkan Tingkat Stres anda
Acai adalah pembantu yang hebat dalam pertempuran melawan stres! Terutamanya kerana acai mampu membetulkan tahap stres dalam badan dan kemudian memperbaikinya.

6. Dapat Meningkatkan Kesihatan Seksual Anda
Acai dikenali kerana mempunyai antioksidan dan anti-inflamasi yang boleh melawan kemandulan yang disebabkan oleh pencemaran udara, stres dan faktor yang berkaitan dengan radikal bebas.

7. Boleh Melegakan Haid Bulanan Wanita
Berita baik bagi wanita! Terutamanya yang mengalami kesakitan haid teruk pada setiap bulan! Acai sangat kaya dengan kalsium dan ia mampu meredakan kesakitan dari kembung dan kram.

8. Dapat Membantu melawan Kerdut dimuka
Acai Juice yang mempunyai kuantiti anthocyanin dan phytisterols yang tinggi dimana boleh melindungi kolagen (dan jaringan tisu lainnya) dan cara ini anda akan melambatkan kerdut yang lebih awal.

9. Minum jus blueberry Dapat Membuat Gigi Kukuh
Kalsium diacai bukan hanya baik untuk meredakan kram dan kembung, tetapi juga membantu anda memiliki gigi yang lebih kuat, senyuman yang lebih putih dan juga mencegah gingivitis atau penyakit2 gusi.

10. Mata anda
Jus acai membantu meningkatkan visi anda, mengurangkan komplikasi degenerasi makula pada penderita diabetes. Ini kerana vitamin C dan beta karotena yang ada diacai.

11. Dapat Bantuan Warna Kulit anda
Disebabkan acai mengandungi pitosterol, dengan meminum MonaVie anda akan dibantu mengurangkan kehausan bawah kulit anda di luar lapisan pelindung dan memperbaiki warna kulit anda.

12. Boleh Melewatkan Ketuaan
MonaVie boleh membantu memperlambat penuaan sebab acai mempunyai anti-oksidan yang kuat dan regenerative nitrisi sel ynag membantu untuk beroperasi secara optimum. Ini mungkin salah satu sebab yang paling penting untuk minum jus acai.

13. Dapat Melindungi Saluran Darah
Dengan meminum MonaVie anda akan melindungi arteri, kapilari, vena dan pembuluh darah. Hal ini mungkin karena anthocyanin yang ada diacai.

14. Dapat Meningkatkan Daya Tahan dari Penyakit
Disebabkan acai mempunyai banyak nutrisi, MonaVie membantu sistem kekebalan tubuh dan meningkatkan daya tahan tubuh anda untuk segala macam penyakit.

15. Bolehkah Meningkatkan Tahap Lipid dan Glukosa
Acai memiliki indeks Glisemik rendah yang meningkatkan tahap kedua duanya.

16. Boleh Mengdetoksifikasi Dan Mencuci Tubuh Kita
Acai telah digunakan untuk waktu yang lama sekarang untuk mendetoksifikasi tubuh manusia.

17. Mampu Membantuan Masalah Ulser
Disebabkan ia mengandungi antibakteria, acai mampu menghancurkan fungy, bahkan bakteria dan parasit yang mana menyebabkan masalah gastrik.

18. Mungkin Mampu Mengurangi Risiko Penyakit Alzheimer
Menurut sebuah pada tahun 2004, yang ditemui dalam Archives of Neurology, orang yang minum acai dapat mengurangkan risiko mengidap penyakit Alzheimer kerana acai mempunyai jumlah lebih besar vitamin E dan C.

19. Adakah Penolong Besar Terhadap Osteoporosis
Di sebabkan Acai mempunyai jumlah kalsium meningkat, osteoporosis yang buruk akan cuba menjauhi.

20. Bolehkah Melawan BPH (pembesaran prostat)
Acai adalah musuh ketat BPH (Benign Prostate Hyperplasia). BPH adalah pembesaran prostat.


21. Mampu membantu menghalang Retinopathy
Bagi orang-orang yang menghidap diabetes Acai adalah berita gembira, kerana ianya membantu kapilari yang lemah yang boleh mengakibatkan retinopathy dan boleh menyebabkan kebutaan.

22. Bolehkah Mencegah Beberapa Penyebab Dari Penyakit Jantung
The acai juice mempunyai agen perlindungan jantung yang kuat iaitu antioksidan bernama polifenol. Produksi Nitric oksida dalam sel endotel ditingkatkan oleh anthocyanin. Oksida nitrik bertanggungjawab untuk relaksasi dan pembesaran dinding saluran darah dan ini bermakna tekanan rendah pada jantung. Lagi menarik, aliran darah anda akan meningkat dan akan menurun risiko penyumbatan saluran darah.

23. Sterols Dari acai Dapat Membantu Menurunkan Tekanan Darah anda
Para sterol bertanggungjawab untuk banyak hal-hal yang baik bagi tubuh anda. Sterol merupakan komponen membran sel tanaman. Ianya digunakan dalam hal-hal yang berkaitan pengubatan dengan tekanan darah.

24. Dapat Membantu melegakan simtom Asma
Acai mampu meningkatkan gejala asma kerana mempunyai banyak vitamin C yang merupakan antioksidan yang sangat kuat. Vitamin C memiliki bahan anti-inflamasi yang membantu menghilangkan gejala asma.

25. Dapat Bantuan Juga Lapangkan Gejala Dari Crohn's Disease
Acai mengandungi bahan anti-flamatori, ia mampu menghentikan malabsorpsi zat nutrisi yang penting bagi tubuh. Dengan cara ini, acai mencegah kerosakan pada dinding usus kecil anda.

26. Mampu Membantu Menghilangkan Rasa Sakit Arthritis
Sekali lagi, kemampuan anti-inflamasi acai boleh membantu menghilangkan rasa sakit disebabkan oleh arthritis.

27. Dapat Membantu Mencegah Kerosakan Free-Radical di Sistem Kekebalan (immune)
Pengoksidaan (radikal bebas) merupakan salah satu punca utama kelemahan kekebalan (disfungsi). Acai melawan ini dengan ketangguhan sistem kekebalan tubuh.

28. Juga Bertindak Seperti Astringen
Astringen adalah bahan yang tirus, kontrak, mengencangkan tisu seperti kulit kita. Astringen dimanfaatkan untuk menghentikan pendarahan dari luka kecil dan untuk diberikan kepada kulit yang segar, kesemutan.

29. Dapat Memerangi Kanser
Acai mencegah dan menurunkan risiko kanser. Acai melawan kanser payudara, kulit, perut, kanser paru-paru dengan meneutralkan radikal bebas sebelum mereka boleh merosakkan sel-sel.

30. Bolehkah Mengatasi Acid Reflux!
Antioksidan diacai mampu membantu melindungi dan memperbaiki kerongkong lebih rendah ketika ianya dirosak oleh asid Reflux disease (GERD). Acai juga mengurangkan keasidan isi perut ketika berlaku refluks. Ini kerana, acai mempunyai kesan supresi asid.

31. Dapat Menguatkan Tubuh anda
Acai lebih banyak protein dari telur ayam dan mampu membantu tubuh anda lebih kuat.

32. Bolehkah Meningkatkan Kontraksi Otot Dan Regenerasi
Acai mempunyai campuran mineral dan asid amino yang membolehkan membantu tindakan kontraksi otot dan regenerasi selepas aktiviti yang meletihkan.

33. Bolehkah Meningkatkan Fungsi Sel-sel ‘Immune’ (kekebalan)
Menurut kajian yang diterbitkan dalam International Journal of Sports Medicine, acai meningkatkan fungsi sel-sel kekebalan oleh limfosit memodulasi kekebalan tubuh dan mencegah penekanan. Ini semua disebabkan oleh beta-Sitosterol yang ada dari acai.

34. Boleh Berindak sebagai Anti-mutagenik
Acai membantu dalam pencegahan kerosakan struktur DNA kita dan mengurangkan risiko yang mungkin ditimbulkan oleh mutagen.

35. Dapat Melawan Virus
Acai mengurangkan kekerapan penyakit berjangkit seperti virus, fungi atau jangkitan bakteria.

36. Dapat Meningkatkan Penghadaman
Acai serat makanan membantu usus besar kita dan saluran penghadaman.

37. Dapat Memberikan anda Mental yang lebih Jelas
Acai membantu kewaspadaan kita dan fungsi mental dengan lemak omega 3.

38. Menggalakkan Kesihatan Keseluruhan.
Dengan antioksidan kuat, acai membantu membangun dan menambahkan kembali tubuh kita.

39. Dapat Bantuan Synergy Tubuh Kita
Acai membantu dengan perlindungan seluruh tubuh. 

Banyak khasiat blueberry nih. Aku suka makan blueberry nih pon sebab dia bagus untuk mata sebab aku rabun! haha. kalau tak jangan harap nak makan benda2 berkhasiat macam nih.

Friday, January 8, 2010

Tip Menjaga Kesihatan Mata

Dulu aku ada bagi tip untuk menjaga kesihatan mata. Kali ni aku nak tambah lagi tip2 yang berguna tapi ada beberapa tip2 yang lebih kurang sama tip2 yang lepas. Ada beberapa tip2 aku mencuba sebab aku ni kan rabun apasalahnya aku mencuba sekurang-kurangnya dapat jugak mengurangkan stress kat mata aku nih.

Selain itu, aku ni selalu mengadap laptop(tapi banyak main game bukan dok cari ilmu) bukan komput
er yang ada lcd screen tuh. Kalau guna lcd screen mata akan kurang stress taklah rasa penat sangat berbanding guna laptop. Malangnya, komputer yang ada lcd screen tu pon dah rosak dan malas nak pergi hantar workshop. Kepada yang rasa diri dia rabun boleh cuba tip2 ni untuk kurangkan stress di mata kalau tak nanti power cepat naik macam aku. Selamat Mencuba!

1. Setiap kali mandi atau berwudhu(bagi muslim), pastikan jangan pejamkan mata semasa air melalui mata anda, sebaliknya kelip-kelipkan mata anda beberapa kali, biar air mandian itu mencuci mata anda. Memang mata kita akan terasa pedih sikit.

2. Untuk menyegarkan mata yang letih atau rasa gatal-gatal akibat sakit mata, ambil beberapa helai daun sirih muda, basuh bersih-bersih. Ramas-ramaskan sampai lumat dan didihkan seketika. Tapis airnya dgn kain bersih ke dlm mangkuk dan biar hingga suam-suam kuku. Lepas tu rendamkan atau jiruskan terus pun boleh, pada mata anda sambil kelip-kelipkan mata berulang kali. Insya Allah mujarab,tapi yang ni leceh sikit sebab sekarang ni susah nak cari daun sirih.

3. Amalkan senaman utk mata anda. Bukan b
adan je perlukan senaman, mata pun perlu bersenam juga, caranya:-

  • Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan anda, kemudian beransur-ansur lihat pula objek yg lebih jauh, dan jauh, jauh lagi, sejauh-jauhnya la. Lepas tu balik semula beransur-ansur lihat objek yang berdekatan anda. Ulang proses ini beberapa kali sampai anda naik bosan atau naik menyampah,jangan sampai naik angin dah la ye. Dlm proses tadi sekiranya anda ternampak satu objek menarik(misalnya ada awek cun melintas) bolehlah fokuskan sekejap pd objek tu(kira senaman mata gak tu), tapi jangan tengok lama-lama ye, berdosa he he he,dan mata anda juga berisiko untuk terkena lontaran objek-objek berbahaya.

  • Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum mungkin,berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah (sampai mata naik juling), beransur-ansur lajukan proses ini.
  • Setelah 1-2 jam di depan komputer, berhenti sekejap, lihatlah objek-objek berwarna hijau di luar rumah anda, seperti pokok-pokok dsb, sesungguhnya warna hijau itu menenangkan & merehatkan mata anda. Tapi itu kalau siang, kalau malam camne pulak ?? Lu pikir la sdiri.

  • Amalkan makan makanan yang kaya dgn vitamin A & C seperti susu, sayur(terutama carrot & brokoli) dan buah2an (terutama aprikot & anggur) dan sebagainya.

  • Elakkan melihat benda-benda yang tak sepatutnya dilihat terutamanya di internet ni macam-macam bahan yang boleh merosakkan mata & minda anda,he he.. faham-faham sendirilah ye!
Sumber: http://kalampatah.blogspot.com

Wednesday, June 24, 2009

Senaman Untuk Mata

Pembaca2 blog yang dihormati.... Korang pernah tak rasa mata korang macam stress and rasa macam menyucuk2 dari dalam?... Kalau korang pernah rasa macam ni menandakan korang akan bertemu jodoh tak lama lagi...heheheh.... Merepek je aku nih... Sebenarnya korang akan rasa macam tu jika korang :
1. Memandu terlalu lama (long distance)
2. Guna komputer lama sangat
3. Terlalu banyak menonton TV
4. Membuat suatu perkerjaan yang memerlukan fokus dekat dalam keadaan berpanjangan


Aku pasti ramai antara korang selalu mengalami fenomena 'eye-strain' nih.... Tau tak korang, fenomena ni sebenarnya dapat dilegakan atau dihilangkan dengan siri2 senaman yang ringkas yang korang boleh buat on the spot... Malah, jika korang selalu buat senaman2 ni selalu, sistem kawalan fokus serta kekuatan mata korang akan bertambah dan mata korang akan menjadi semakin 'mantap' dalam melakukan kerja2 fokus dekat...

Jom kita layan.... 1,2,3,4....8 lagi.... yeah....!!!!


1. 'Push Up' Mata Korang

Senaman bertujuan untuk menguatkan koordinasi mata korang dalam melihat objek2 dekat bersama2... Kiranya korang ajar mata kiri dan kanan untuk bekerja secara berpasukan..heheh..
Kalau koordinasi kedua mata kurang, ni lah yang menyebabkan mata cepat letih...


Caranya, korang pegang sebatang pen pada jarak panjang tangan dihadapan mata korang... Pastu korang fokus ke hujung mata pen tersebut dan bawak pen tu perlahan2 semakin dekat kearah hujung hidung korang... Pastikan mata sentiasa fokus kat hujung pen tersebut sampai la korang nampak hujung pen tu jadi dua... ulang latihan sampai korang still nampak hujung pen tu satu je walaupun hujung pen tu dah sampai kat hujung hidung korang.... yesssszaaaa...




2. Latihan Mengubah Fokus


Latihan ni bertujuan untuk melambatkan mata korang menjadi letih apabila melakukan 'near task'. Latihan ni bertujuan meningkatkan abiliti mata korang untuk mengubah fokus dari tengok jauh ke tengok dekat atau sebaliknya...


Korang amik satu buku atau surat khabar and pilih tulisan yang agak kecik.... korang fokus pada tulisan tu and bawa tulisan mendekati mata korang... Bawa sampai point last sekali korang still boleh baca tulisan tu...( dekat lagi dari point tu korang dah nampak kabur tulisan tu). Korang tenung tulisan tu selama 15 saat dan lepas tu korang alihkan pandangan korang kat objek jauh yang jaraknya lebih kurang 10 kaki and tenung selama 15 saat jugak... Korang boleh ulang step tadi selama 5 kali... yesssssszaaaaaa




3. Latihan 'Merry Go Round'


Nama latihan kat atas ni aku yang pandai2 bagi....hehe... Latihan ni bertujuan untuk melancarkan peredaran darah dan bekalan oksigen kat mata korang.... Mata korang akan lebih 'fresh' lepas korang buat latihan ni...


Korang cuba pusingkan bola mata korang dalam satu pusingan lengkap sebanyak 3 kali atau lebih pun takpe... Ikut suka korang... Lepas tu korang gerakkan mata korang ke kanan dan ke kiri dan ke kanan semula... yesssszaaaaa




4. Tekup dan Urut


Nama latihan ni pun aku reka2 sendiri....heheh... Latihan ni bertujuan untuk merelakskan mata korang setelah sekian lama bekerja....


Caranya, korang tutup mata and kemudian korang urut mata korang dengan belakang tapak tangan... korang boleh lakukan serentak pada kedua2 mata dalam masa beberapa saat.... Sejurus selepas tu, korang bukak mata and korang tekup mata korang dengan tapak tangan (korang jadi tak nampak la masa ni!!!). Korang biar dalam masa 30 saat dan tarik nafas perlahan2 dengan menggunakan hidung....yesssssszaaaaa




Ok....Amacam...??? Boleh la nanti korang cuba kat ofis ker, kat sekolah ker atau dimana2 korang rase sesuai... Kalau korang nak praktikkan di gym2 yang berhampiran pun boleh...Aku tak kisah...hehehe...


Pastikan jugak korang banyakkan berkelip dan menguap untuk melancarkan pengaliran air mata dan oksigen...Banyakkan juga pengambilan air masak yer... Kalau korang amalkan selalu, mata korang akan lambat letih n produktiviti korang akan bertambah...

Sumber:Truskemata






10 Langkah Penjagaan Mata Untuk Pengguna Komputer

Masalah mata disebabkan penggunaan komputer mmg bnyk la aku dengar... Kebanyakan orang kat ofis, student yang banyak workload computer mengadu pelbagai simptom seperti kabur penglihatan, silau, pening dan sakit di sekeliling bebola mata...

Simptom2 ini boleh mengakibatkan produktiviti terjejas, keletihan pada tubuh badan serta seseorang itu akan melakukan kesilapan dalam melakukan kerja2 komputer...Untuk post kali ini aku nak bagi tips2 yang mungkin berguna untuk pengguna komputer bagi mengelakkan keletihan pada mata akibat penggunaan komputer berlebihan...

Para majikan juga boleh mengambil perhatian di sini untuk memantau keadaan persekitaran tempat bekerja untuk menentukan suasana ruang pejabat adalah dalam keadaan optimum untuk penggunaan komputer..Ini untuk meminimumkan berlaku nye Sindrom Penglihatan Komputer (SPK) kepada pekerja2....

1. Lakukan Pemeriksaan Mata
Individu yang banyak menggunakan komputer perlulah menjalani pemeriksaan mata at least setahun sekali... Bagi yang baru hendak memulakan atau mendapat pekerjaan yang bersangkut paut dengan penggunaan komputer, perlulah korang buat check-up mata korang untuk tentukan tahap penglihatan dan kesihatan mata...
Pemeriksaan ini adalah penting untuk mencegah sindrom yang mungkin berlaku dan dapat mengesan masalah rabun atau 'dry eye'.... Menurut Institut Keselematan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH), Pemeriksaan mata bagi pekerja industri yg menggunakan komputer adalah sangat perlu. Individu perlulah melaporkan pada pakar mata atau Optometris berapa kerap penggunaan komputer dalam satu2 masa...
2. Gunakan Pencahayaan Yang Bersesuaian
Keletihan pada mata akibat penggunaan komputer bertambah apabila terdapat cahaya yang berlebihan dari sumber luar (matahari) dan lampu di dalam rumah atau pejabat. Sepatutnya, pencahayaan sekeliling bagi penggunaan komputer perlu lah separuh lebih malap dari, cahaya lampu yang digunakan di rumah dan pejabat kebiasaanya..
Gunakan lampu pejabat atau bilik yang mempunyai intensiti yang rendah atau menggunakan bilangan lampu/bulb yg sedikit sahaja... Kalau boleh jangan menggunakan komputer di tepi tingkap yang menghadirkan cahaya matahari...tutup tingkap dan sumber cahaya berlebihan untuk keselesaan....
3. Kurangkan Silau
Keletihan mata akibat silau dari sumber cahaya boleh terjadi akibat pembalikan cahaya dari permukaan dinding, skrin computer dan sebagainya.. Elakkan penggunaan dinding bilik yang berwarna terang seperti putih dan gunakan skrin komputer yang ada filter cahaya..
Bagi pemakai cermin mata, pastikan kanta anda mempunyai Anti-Reflection Coating (Multicoat) untuk meminimumkan kesan silau pada mata sekaligus mengurangkan stress pada mata kita...
4. 'Upgrade' Monitor
Monitor jenis lama (CRT) akan menghasilkan 'flicker' yang menjadi sumber dan faktor utama SPK...'Flicker' akan menjadi lebih kelihatan jika monitor hanya mempunyai refresh rate kurang dari 75 Hz... Tetapkan refresh rate monitor lebih dari 75 Hz untuk keselesaan semasa penggunaan komputer..
Seeloknya tukarlah kepada monitor LCD seperti yg terdapat pada skrin laptop... Skrin jenis flat'dot-pitch' yang rendah (kurang dari 0.28mm) untuk penggunaan yang memberikan kurang beban pada mata...Dan pilihlah skrin LCD yang bersaiz besar untuk lebih keselesaan..


5. Ubahsuai Keterangan dan Kontras Tulisan dan Latar Belakang Komputer
Saiz font perlulah bersesuaian dengan tahap penglihatan selesa kita dan jgn terlalu kecil.. Objek atau tulisan perlu berlainan kontras untuk mengelakkan ketidakselesaan pada mata.. sebagai contoh tulisan hitam perlulah dipadankan dengan latar belakang berwarna terang dan jangan sesuaikan dgn latar belakang gelap ataupun berserabut dengan pelbagai warna..
6. Kelipkan Mata Dengan Kerap
Cuba senaman ni : Setiap 20 minit penggunaan komputer, berhenti seketika dan kelipkan mata secara perlahan2 (seperti mata orang nak tertidur...hehe..) sehingga menutup mata seluruhnya.. Ulang sebanyak 10 kali dan kemudian teruskan kerja kembali..
Mengikut kajian, individu yang menggunakan komputer, akan kurang berkelip. Kekurangan kelipan mata akan menyebabkan air mata akan menyejat dam meninggalkan lapisan mata tidak mempunyai perlindungan. Fenomena ini disebut 'Dry Eye'.


Pengguna komputer perlulah menyediakan sebotol 'artificial tears' untuk membasahkan mata apabila terasa kering dan berpasir...Keadaan mata kering ini semakin teruk apabila berada dalam bilik atau pejabat yang berhawa dingin...
7. Relakskan Pandangan
Setelah otot2 penglihatan memfokus lama pada skrin komputer, rehatkanlah otot2 terbabit dengan cuba memandang objek jauh seketika setiap 20 minit... Ini dapat mengurangkan kesan stress pada bebola mata korang...
Satu lagi latihan yang dapat dilakukan adalah dengan melihat objek jauh selama 10-15 saat dan kemudian kembali melihat objek dekat selama 10-15 saat juga. ulangi selama 4-5 kali.. Latihan ini penting supaya otot2 fokus tidak kejang akibat penggunaan komputer yang berlebihan..Jika otot2 fokus kejang, pengguna2 komputer akan kabur melihat objek2 jauh selepas penggunaan komputer...
8. Luangkan Masa Untuk Berehat
Menurut kajian NIOSH, pengguna komputer yg berehat hanya 5 minit tetapi sebanyak 4 kali sepanjang hari lebih baik dan melegakan berbanding dari pengguna komputer yang berehat 15 minit sebanyak 2 kali sepanjang hari... Dalam kes ini, kuantiti rehat adalah lebih penting dari masa rehat yg lama..
Apabila rehat, lakukanlah 'stretching' bahu, leher serta belakang badan untuk melegakan otot2 yang terlibat..
9. Ubahsuai Susunan Meja Kerja Anda
Jika korang perlu melihat bersilih ganti antara 'print copy' dan skrin komputer, letakkan 'print copy' bersebelahan dengan monitor dengan menggunakan 'stand' untuk mengelakkan keletihan pada otot2 mata. Boleh gunakan lampu meja tetapi jangan suluh pada skrin komputer atau mata korang
Ubah suai kerusi korang sama level dengan skrin komputer supaya skrin komputer terletak 10-15 darjah bawah dari satah penglihatan korang..ubahsuai juga jarak antara mata dan skrin komputer seeloknya sejauh 50 cm...
10. Memakai Cermin Mata Khas Untuk Penggunaan Komputer
Pengguna komputer yang berpanjangan (walaupun yang tidak rabun) boleh menimbangkan untuk memakai cermin mata khas untuk memberikan keselesaan dalam melakukan pelbagai kerja dekat...
Dapatkan info dari Optometrist yang berhampiran tentang kanta khas ini... rujuklah jenama-jenama terkenal di pasaran seperti Hoya Remark dan Essilor Anti-Fatigue. Jangan terkeliru dengan kanta yang kononnya sebagai kanta untuk komputer tetapi berharga murah. Kanta ini hanya memberi perlindungan terhadap cahaya berlebihan yang dihasilkan oleh komputer tetapi tidak memberi apa2 fungsi dalam mengelakkan stress pada mata dan SPK keseluruhannya...
ini perlu lah mempunyai