Pages - Menu

Showing posts with label Kaki Wayang. Show all posts
Showing posts with label Kaki Wayang. Show all posts

Sunday, April 17, 2016

Munafik (2016)


Satu filem seram melayu diarah oleh Shamsul Yusof. Memang sangat menyeramkan. Bagi kaki wayang macam aku ini, memang sangat menyeramkan dan jalan cerita yang lebih masuk akal logik. Tak macam filem seram yang sebelum ini lebih kepada komedi. Tetapi filem Munafiq lebih realistik berbanding filem-filem seram yang lain. Jalan cerita jugak sangat menarik membuatkan aku lebih ingin tahu dan seperti merasakan dunia seram yang sebenar.

Jika mahu menonton Munafik online klik link di bawah : 

Wednesday, December 30, 2015

Attack on Titan (2015)


Sinopsis:
Seorang remaja lelaki bernama Eren Jaeger menggunakan kelebihan istimewa untuk berjuang bersama-sama dengan tentera untuk mengalahkan bangsa titan itu. Manusia adalah di ambang kepupusan apabila seorang lelaki ini memakan raksasa atau titan yang mengancam semua orang dan memusnahkan tamadun manusia terakhir yang tinggal di dunia.

Genre: Aksi, Pengembaraan, Drama

Jika ingin tengok filem ini secara penuh boleh klik pautan di bawah:

Selamat Menonton!

Friday, December 25, 2015

Ender's Game (2013)



Quotes:
"It's not about we are the winner but the way we win the game that matter"

Untuk menonton filem penuh klik link di bawah. Selamat Menonton! ^_^
Ender's Game (2013)

Friday, September 25, 2015

The Da Vinci Code (2006)




Quote from this film:

"Ego may miss achieve goal"

Jika ingin tengok secara talian, sila klik pautan di bawah:


Monday, August 17, 2015

Paul Blart Mall Corp 2 (2015)


Filem yang berkisahkan tentang seorang pengawal keselamatan di sebuah kompleks membeli-belah dan seorang bapa kepada seorang anak perempuan. Kisah filem ini bermula apabila anak perempuan Paul terperangkap dalam satu sindiket pencurian lukisan di sebuah hotel dan diculik oleh penjenayah tersebut. Setelah Paul menyedari anaknya diculik, jadi mula lah aksi Paul yang cuba untuk menyelamatkan anaknya. Walaupun kelakar. haha. Kisah tauladan dari filem ini ialah seorang bapa akan sanggup buat apa sahaja untuk menyelamatkan anaknya walau dengan apa cara sekali pun. 

Quote from this movie

"..The journey of road is always under construction.."

"....The road of life is hard but once you reach the top the view is amazing.."

Jika ingin tonton filem ini klik link di bawah ini

Tuesday, August 4, 2015

Insurgent (2015)


Insurgent merupakan sebuah filem bersiri Divergent. Siapa yang pernah tengok filem divergent akan faham filem Insurgent. Mungkin tak semua peminat kaki wayang suka akan filem sedemikian.  Tetapi bagi aku filem ini tetap best. Mempunyai moral of the story yang tertentu. 

Quote from this movie:

.."Be Brave..."

Kepada yang belum tengok klik link dibawah untuk menonton filem secara online. Kalau error atau tak dapat buka sila tinggalkan komen di kotak yang tersedia di bawah ini. Aku dah tengok filem ini di pawagam tapi tak puas hati lagi. Jadi, aku tengok sekali lagi secara online. Selamat Menonton!

Wednesday, July 29, 2015

Cinderella (2015)


Trailer Cinderella (2015)

Siapa tak tahu kisah Cinderella? Sila angkat kaki. Filem yang umum tentang kisah dongeng Cinderella tapi diperbaharui dan difilemkan dengan cara yang tersendiri yang berbeza berbanding kisah Cinderella yang lain. Tetapi konsep mak tiri, dua beradik tiri, fairy godmother, Prince Charming tuh tetap ada kalau tak bukan Cinderella lah kalau tak ada semua ini. 

Kata-kata yang menarik perhatian aku dalam filem ini :

"Have courage and be kind may overcome all the challenges"



Soundtrack Filem Cinderella. Aku suka lagu ini walaupun kisah ini terlalu fairy tale. But who cares. =)




Jika nak tonton filem Cinderella klik link di bawah

Cinderella (2015)

Tuesday, September 23, 2014

Chef (2014) Full Movie


If you watch this movies. Well, that's life. A journey. Do what you love. Family. Friendship. 

Untuk tengok movie penuh klik link di bawah:

Chef (2014)

Tuesday, September 9, 2014

Mr Peadbody & Sherman (2014) Full Movie



Tengoklah apa yang berlaku jika time travel machine wujud.


Craft Blog : 

Monday, September 8, 2014

Godzilla (2014) Full Movie



In Summer 2014, the world's most revered monster is reborn as Warner Bros. Pictures and Legendary Pictures unleash the epic action adventure "Godzilla." From visionary new director Gareth Edwards ("Monsters") comes a powerful story of human courage and reconciliation in the face of titanic forces of nature, when the awe-inspiring Godzilla rises to restore balance as humanity stands defenseless.

Godjira. Best la jugak. Tapi macam cerita ultraman lawan dengan raksasa. he.he Siapa yang belum tengok boleh klik link di bawah ini. =)

Tuesday, August 5, 2014

2014 | The Hobbit: The Battle of the Five Armies - Official Trailer



The hobbit yang seterusnya bakal ditayangkan di penghujung 2014. Pasti tidak sabar masuk panggung bagi peminat filem the hobbit kan?

Thursday, July 31, 2014

Transformer - Age of Extinction (2014)



Transformer datang lagi menjenguk kita pada tahun 2014. Filem yang dinantikan oleh peminat-peminat filem aksi dan mencabar ini. Termasuklah diriku sendiri. Kisah filem transformer sama sahaja konsep dengan filem-filem transformer sebelum ini. Di mana robot baik menumpaskan robot jahat. Cuma yang membezakan transformer yang ini berbanding transformer yang lepas hanya jalan ceritanya. Filem ini juga bersempena father's day pada bulan tersebut. Nak tau kisah kisah selanjutnya. Haruslah pergi tengok sendirik. he.he.

Kenapa aku suka filem-filem transformer? Tengok berulang-ulang pulak tu. Padahal konsep cerita sama sahaja. Tapi bagi aku bukan setakat konsep cerita itu sahaja yang nak tengok kan. Aku suka nilai-nilai murni dan sikap pada setiap watak yang ada dalam filem tersebut. Seperti bagaimana sikap watak dalam menangani setiap cabaran.  Filem itu salah satu cabang seni. Filem ini jugak ada nilai seni yang tersendiri.

Filem transformer kalau tengok di pawagam memang sentiasa penuh tak pernah tak penuh. Nasib baik kali ini aku masih berpeluang tengok di pawagam. Itu pun beli tiket awal. Kalau tak jadi macam sebelum ini nak tengok transformer : dark of the moon. Sampai 3 kali nak pergi tiket tapi tak dapat asyik penuh. At last kena download sendiri la. Hurm.

Siapa yang belum tengok tu pergi la tengok kalau masih ada di pawagam. Aku pun bz memanjang asyik tertangguh nak update entry terbaru yang tak la baru sangat ni kan. he.he. Tapi jangan lupa pula support filem malaysia. Penat-penat depa buat tapi kita tak tengok.

Saturday, April 5, 2014

Captain America - The Winter Soldier (2014)


Captain America is coming. Rugi sapa tak tengok. Tapi bagi yang suka wayang action la. Jalan cerita berat sikit. Nak kena pikir-pikir sikit. Aku suka filem berunsurkan strategi/game plan dan action. Dan tak tahu apa motif filem macam ini. Sebab siap ada New World Order (NWO). Tapi abaikan. Saja ja ceq nak habaq mai. he.he. Nak tahu best ka tak best silalah ke pawagam yang berhampiran atau berdekatan dengan rumah anda. Tengok di pawagam lagi best baru feeling. Tapi jangan salah paham tak ada niat pun nak promote. =)


Last but not least. Satu benda ja aku tak suka bila pergi pawagam ada ja yang mengganggu konsentrasi. Parent bawak anak-anak tengok filem ini. Biasa la budak-budak kan. Bising la sikit. Dah tuh ada pulak mamat dan minah siam buat macam pawagam diorang kan cakap punya lah kuat. Kalau nak gossip pun agak-agaklah. Aku bukannya paham. Dan lagi satu kalau tak sabar nak pergi toilet pon. Hormat lah sikit orang lain tengah dok focus ini. Dum dam dum dam bising orang naik turun tangga kan. Bukan apa. Tak kisah pun. Cuma aku tak tengok secara free.

Kalau ada salah dan silap, terkasar bahasa maafkan saya. Aku manusia biasa hanya menjalani kehidupan ini seperti orang lain, orang biasa. Dan tiada apa yang luar biasa melainkan seorang manusia yang kadang-kadang tidak sengaja/sedar terbuat silap. =)

Friday, February 28, 2014

Pompeii (2014)


Filem berdasarkan pada sejarah. Boleh baca kisah sejarah tentang Pompeii di Wikipedia. Pompeii

Sorry, tak dak link untuk tengok secara online. Sebab aku tengok di pawagam. =)



Dokumentari kisah mengenai Pompeii.

Monday, February 3, 2014

The Hunger Games: Catching Fire (2013)


Hunger games in da house! Mungkin sesetengah orang tak minat filem genre sebegini tapi aku tetap aku. Aku tetap suka. Sebab aku suka semangat perjuangan Katniss. Hati dia banyak baik. hihi. Walaubagaimanapun filem ini, terbaik! Tapi berdasarkan kesudahan filem ini macam bakal ada sambungan. Jadi, tunggu.....Tapi sebelum itu tengok la Catching Fire dulu nanti tak paham. he.he.

Untuk tonton secara online klik link di bawah ini:

Kalau tak boleh klik link kedua ini:

Craft Stuff? Klik link di bawah ini:

Sunday, February 2, 2014

Escape Plan (2013)


Mencabar jugak sebab nak kena pikir-pikir. Last kali baru nak paham. haha. Secara teknikal, cerita ni best. Sampai tak tahu nak cerita macam mana. Kalau nak tau cerita macam mana. Tengoklah sendiri. hehe. =)

Untuk tengok filem secara penuh klik bawah ini:

Untuk dapatkan free handbouquet pearl bead klik link ini:


Wednesday, January 22, 2014

Top Best Movies 2013

Kepada kaki-kaki wayang aku nak update list best movie 2013.Kot-kot terlepas pandang boleh tengok semula di tahun 2014. Aku bold filem yang dah aku tengok.

Escape Plan
Captain Phillips 
Gravity 
Star Trek Into Darkness 
Man of Steel 
Out of the Furnace
Prisoners 
Pacific Rim 
The Hobbit: The Desolation of Smaug 
What Maisie Knew 
Charlie Countryman
The Place Beyond the Pines
We're the Millers
Scenic Route
The Great Gatsby
Lee Daniels' The Butler
Elysium
Warm Bodies
The Wolverine
The Family
Red 2
Despicable Me 2
Disconnect
Fast & Furious 6 
The Last Stand
The Berlin File
The Conjuring
Trance   
Don Jon 
The Lone Ranger 
Gangster Squad
World War Z
42
The Kings of Summer
Pain & Gain
New World
Now You See Me 
Insidious: Chapter 2
The Heat 
Assault on Wall Street
Kick-Ass 2
Ain't Them Bodies Saints
Saving General Yang
Riddick
Open Grave
Redemption
The Best Offer
Frozen
Evil Dead
We Are What We Are
Hours
Parker
2 Guns 
This Is the End 
The East
Only God Forgives 
Phantom 
Hansel & Gretel: Witch Hunters
Stoker
The Internship 
Oz the Great and Powerful  
Mandela: Long Walk to Freedom
Snitch  
Olympus Has Fallen
I Give It a Year
21 & Over
Alan Partridge: Alpha Papa
Secretly, Greatly
Fruitvale Station
The Truth About Emanuel 
Mama
The Hangover Part III
The Call
Iron Man 3
Jobs                                                           

Sunday, January 19, 2014

Captain Phillips (2013)



orang somalia yang sebenar hijacking Maersk Alabama
Based on true story. Excited jugak nak tengok sebab nak tahu jugak kalau berlaku di reality bagaimana situasinya kan. Captain Phillips kena hijacking dengan puak lanun Somalia. Isk. Kesian. Captain Phillips sampai trauma sebab hampir-hampir nak mati kan ingat dah tak boleh jumpak family siap tulis surat kot-kot tak jumpak dah. Kalau aku pon terketaq-ketaq dah. Best jugaklah. Bolehlah. Nak kata best sangat tak lah best sangat. Tapi kalau nak tengok boleh try tengok sendirik baru tau. he.he. 

Captain Phillips yang sebenar sebelah kanan

Klik link bawak nih untuk tengok full movie.

Nak join giveaway klik link bawah ni

Saturday, January 18, 2014

Chilling Visions: 5 Senses of Fear (2013)



Boleh la. Macam Final Destination. Macam geli jugak nak tengok. Scary jugak sebab macam betoi-betoi. he.he. Tapi boring sikit berbanding dengan final destination. Tapi kalau nak cuba tengok pada yang belum tengok bolehlah klik link kat bawah nih. =)


Klik link bawah ni untuk join giveaway.

Sunday, December 15, 2013

The Hobbit : Desolution of Smug (2013)

Old and nostalgic gila gambaq. kesian kat aku. Tak dak sumbangan ka untuk aku beli camera DSLR da la.

The hobbit incoming!. hehe. Penat taw tunggu setahun. Last-last ending dia tetiba macam black out pastu kuar sari kata ja. no ending. ha.ha. macam tergamam sat aku dalam pawagam tuh taw. It means kena lah tunggu tahun depan pulak. Kalau nak tahu cerita selanjutnya. Tak perlu cerita panjang-panjang. Pergi pawagam tengok sendiri. hehe.

Trailer :


Last but not least,

Lama sangat dah mengidam dengan buah strawberri nih tau. Aku tak tahu kenapa tapi body aku perlukan sangat kot khasiat dari buah nih. ha.ha. Macam tak munasabah alasan aku tuh. hiks.