1. Gaya Myspace
Gaya ini di mana para lelaki berpose di
depan cermin dengan kamera handset dan perempuan berpose dengan gaya
yang sangat seksi. Ramai yang mengatakan bahawa mereka nampak seksi
namun sebenarnya ini jelas menunjukkan bahawa mereka sama sekali tidak
mempunyai teman. Ini merupakan gaya yang menjengkelkan dan menunjukkan
bahawa tidak ada yang mahu mendampingi anda dan seolah-olah anda seorang
yang terdesak.
2. Menggunakan gambar objek, bayi, dan haiwan peliharaan
Mungkin nampak cute namun pada faktanya
itu bukan anda. Ketika melihat gambar profil seperti itu akan
membuatkan rakan-rakan anda berfikir mungkin anda seorang tidak tampan,
gemuk, dan tak percaya pada diri sendiri, atau cacat tubuh badan
sehingga tidak ingin meletakkan gambar anda sendiri di Facebook
sebaliknya memilih profile gambar baby yang cute ataupun gambar binatang
peliharaan.
3. Bergambar sambil minum
Mungkin anda sedang bergambar sambil
meminum segelas arak atau bir. Namun, gambar seperti itu akan membuat
anda seperti seorang pemabuk ataupun kaki botol dan orang-orang tak
ingin menjadi rakan anda. Gambar tersebut mungkin nampak gaya anda
seperti seorang bintang iklan padahal ini merugikan kamu. Anda telah
mempromosikan bir tapi tidak mendapat bayaran walau sesenpun.
4.Bergambar beramai-ramai
Ini
merupakan salah satu gaya bergambar yang paling banyak digemari di
Facebook. Padahal gambar ini boleh membuatkan anda dinilai sebagai
seorang yang tak percaya pada diri sendiri kerana memilih gambar
beramai-ramai. Menurut hasil survey yang telah dilakukan, setelah
berjumpa dengan seseorang maka 79% dari kelompok usia 16-21 tahun akan
mendapati bahawa rakan-rakan tersebut adalah dari orang-orang yang
berkaitan dengan mereka. Terdengar seperti tak masuk akal namun
sebahagian orang menilai keperibadian seseorang melalui gambar profil
5.Gambar Perkahwinan atau bercuti
Anda masih meletakkan gambar perkahwinan,
walaupun anda telah berbulan-bulan berkahwin. Meletakkan gambar
perkahwinan ataupun gambar percutian setelah berbulan-bulan yang lalu
akan membuatkan rakan kamu berasa bosan. Malah seolah-olah nampak yang
anda sengaja menunjuk-nunjuk kepada rakan-rakan anda yang masih bujang.
Gambar percutian membuatkan kamu akan dijauhi rakan-rakan kerana rakan
kerja anda yang lain sangat ingin bercuti seperti kamu namun tidak
berkemampuan. Cemburu suatu hal yang lumrah! Sekarang semuanya
bergantung pada pilihan gambar kamu..!
@anys_hazwanie: yang mana satukah anda? hehehe.






No comments:
Post a Comment
Tinggalkan jejak anda
saya sangat menghargai anda yang sudi melawat blog ini =)