Pages - Menu

Friday, December 16, 2011

Pengemis Paling Kaya Di Dunia


Apa yang digambarkan sebagai pengemis ialah kehidupan yang sangat daif dan meminta-minta wang di jalananan,tinggal merempat dah jauh dari segal bentuk kemewahan.Namun masih ada jutawan fakir dikalangan mereka yang mampu memiliki kemewahan tetapi masih di gelar pengemis.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Prof Irwin Corey ,pelawak pelakon dan aktivis politik berhaluan kiri lebih selesa bersama walkernya dengan membawa bersama suratkhabar untuk diberikan secara percuma dan sebagai balasan meminta orang lain melakukan perubahan,wang tidak segala-galanya baginya kerana dia pernah melalui zaman kegemilangan di Broadway,teater dan television. Setaip hari selama tujuh hari seminggu sejak 17 tahun yang lalu dia menjadikan Jalan Timur 35 Manhattan sebagai tempat dia mundar mandir.

Dengan rupa yang tidak terurus,kurus kering dia sebenarnya tinggal di sebuah arpartment bernilai US3.5juta ,berusia 97 tahun kadangakala mendermakan sehingga US250 sehari kepada sebuah badan amal kebajikan untuk membellikan keperluan perubatan kepada kanak-kanak Cuba.

Sepanjang kerjayanya lapan dekad, beliau telah bekerja bersama-sama Jackie Gleason dan Woody Allen dan muncul dalam Ramcangan Late Night bersama David Letterman.
Malah dia masih melakukan perkara yang sama dan kerap, memberitahu New York Times bahawa dia terbang ke Chicago seminggu yang lalu melakukan show selama dua malam di sebuah kelab.

Memberikan suratkhabar sambil meminta derma dan kadangkala mencecah US100 sehari

Kediaman Mewah di kawasan bernilai tinggi di tengah-tengah Manhattan bernilai US3.5 juta

Kira duit,kadangakala mencecah US 250 sehari di  East 35th Manhattan


Bergambar bersama President Cuba Fidal Castro sambil menyerahkan hasil derma

Sedang mengira duit sebelum didermakan

@Style la cara hidup prof Irwin nih. Mungkin beliau ada philosophy dia yang tersendiri. Jangan kita cepat sangat judging orang. Tengok Prod Irwin nih pergi mintak sedekah nampak macam orang miskin lepas tu dia pergi derma plak. Padahal, dia seorang jutawan! Bila la nak ada orang Islam jadik penderma macam beliau walaupun beliau tua tapi masih lagi kuat.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda
saya sangat menghargai anda yang sudi melawat blog ini =)