Salam. Adakan anda si kidal? tepuk dada tanya selera. Ada info menarik untuk dikongsikan dengan Si Kidal. Aku jugak Si Kidal :)
Definisi
Kidal bermaksud individu yang lebih cenderung menggunakan tangan kiri
untuk. melakukan berbagai tugasan. 10 peratus dari 6.7 billion populasi
di dunia ini adalah manusia yang kidal ( lefthanded ). Hubungan kidal
dengan otak Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di
sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang
iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah
kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di
sebelah kiri. Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan)
menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan
sains. Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai
kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan
kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal
lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg.
menggunakan tangan kanan.
Hubungan kidal dengan otak
Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah
kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu
otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan
dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di
sebelah kiri.
Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai
kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains.
Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai
kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan
kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal
lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg.
menggunakan tangan kanan.
Fakta menarik
1. Individu kidal cenderung merasa cemas ataupun malu dengan apa yang ingin dilakukan atau dikatakan.
Kajian dari Abertay University Skotlandia menemukan bahwa orang kidal
cenderung lebih setuju dengan pernyataan seperti : “Saya khautir
membuat kesalahan.” Mereka yang kidal juga sepakat dengan penyataan :
“Kritik atau omelan membuat saya sedikit sakit hati.”. Dr Lynn Wright,
yang menjalan kajian tersebut di Dundee, Skotlandia, percaya fenomena
ini disebabkan adanya perbezaan bahagian otak antara orang kidal dan
orang tangan kanan.
“Orang kidal cenderung lebih bimbang, sedangkan mereka yang memakai
tangan kanan cenderung sedikit bergerak cepat. Pada orang kidal, bagian
otak kanannya lebih dominan, dan inilah bagian yang sepertinya
mengendalikan aspek negatif dari emosi. Mereka yang lebih banyak memakai
tangan kanan, bagian otak kirinya lebih dominan,” jelas Lynn
TOKOH-TOKOH KIDAL
1. Presiden Amerika Syarikat
I. James A. Garfield (1831-1881) 20th
II. Herbert Hoover (1874-1964) 31st
III. Harry S. Truman (1884-1972) 33rd
IV. Gerald Ford (1913- ) 38th
V. Ronald Reagan (1911 – ) 40th
VI. George H.W. Bush (1924- ) 41st
VII. Bill Clinton (1946- ) 42nd
VIII. Barrack Obama 44th ( Mccain juga seorang kidal )
2. Tokoh ternama
v Aristotle (Ahli falsafah)
v Mahatma Gandhi (tokoh keamanan),
v Isaac Newton (saintis)
v Albert Einstein (saintis)
v Henry Ford Jr., (automobil)
KELEBIHAN DAN KEKURANGAN
1. Kesukaran bagi individu kidal:
Menulis didalam buku tebal (diari, buku laporan,dll ) akan
menyukarkan individu kidal semasa menulis di bahagian kiri mukasurat
kanan buku.Tulisan yang bermula dari kiri ke kanan juga merupakan salah
satu faktor individu kidal menulis dengan gaya/cara yang unik sedikit.
Penggunaan peralatan lain tangan kanan; Gunting, senjata api (machine
gun, alatan memanah, dll ), komputer (tetikus), peralatan dapur, dan
lain-lain.
Kerusi meja (kerusi kuliah) ; Penggunaan meja kerusi meja di dalam
kelas dicipta khusus untuk orang tangan kanan. Maka, individu yang kidal
perlu mengiringkan sedikit badan sewaktu menulis agar tangan kidal
dapat memanfaatkan setiap ruang meja yang ada.
Individu kidal dipercayai mempunyai kelemahan dalam aspek:
* Pengurusan
* Kesihatan
* Pendidikan
* Kerjarumah/surirumah
* Pelajar
* Kesihatan
* Pendidikan
* Kerjarumah/surirumah
* Pelajar
p/s:Tang bahagian pelajar tu. hehe aku la tuh. aku paling lemah bahagian pelajar dan pendidikan. hehe.
2. Kelebihan bagi individu kidal:
Tulisan Arab:
· Menulis dalam tulisan jawi/arab lebih senang berbanding tulisan biasa.
Kreativiti:
· Individu kidal menggunakan otak sebelah kanan yang menguasai
kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.
Kamera :
· Bentuk kamera SLR yang memerlukan kedua-dua belah tangan sedikit
menyenangkan individu kidal. Tangan kidal/kiri akan digunakan untuk
memegang lensa dan menyokong berat kamera tersebut. Oleh itu, mereka
lebih cepat mengubah fokus kamera dan kamera dapat disokong dengan
mudah.
“Adaptability:
· Because their world is dominated by right-handed products, lefties
are much more easily adaptable to right-handed tools and utensils than
righties are to left-handed products. This can be helpful if a lefty
breaks his dominant arm and is temporarily unable to use it.”
Peperangan :
· Sewaktu peperangan zaman lampau,apabila dua individu bertemu,mereka
akan saling memegang tangan kanan antara satu sama lain. Ini akan
menunjukkan mereka tidak membawa senjata. Individu kidal sahaja yang
dapat mengambil kesempatan memegang pedang di belakangnya.
· Kebanyakan pahlawan kidal terpaksa berlatih pedang dengan pahlawan
tangan kanan. Oleh itu, mereka bersedia bertempur dengan pahlawan tangan
kanan manakala majoriti pahlawan tangan kanan tiada persediaan
menentang pahlawan kidal.
Individu kidal dipercayai mempunyai kelebihan dalam aspek:
a) Teknologi Maklumat
Bill Gates
b) Seni ( suara, lukis, pertahanan diri/peperangan )
Saidina Umar Al-Khattab
Julius Caesar,
Alexander the Great,
Napoleon Bonaparte dan Isterinya,
Leonardo Da Vinci
c) Musik dan hiburan
Michelangelo Buonaroti,
Beethoven
Selebriti
Oprah Winfrey
Amitabh Bachchan
Tom Cruise
Charlie Chaplin
Nicole Kidman
Marilyn Monroe
Angelina Jolie
Keanu Reeves
Sylvester Stallone
Asmawi bin Ani( Mawi )
Man Kidal
d) Sukan
Pelé -Edson Arantes do Nascimento (Bolasepak)
Diego Armando Maradona (Bolasepak)
Lieonel Messi (Bolasepak)
Rafael Nadal (Tenis)
John McEnro (Tenis)
Lin Dan (Badminton)
Valentino Rossi (Lumba motosikal)
Rumusan
1. Secara kasarnya sekitar 10-15% drp. penduduk dunia adalah kidal.
2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yg. juga kidal.
3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yg. dpt. mendefinasikan
mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yg.
mengaitkan orang kidal dpt. dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan
didalam sesebuah keluarga.
4. Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke
kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yg. ingin membacanya
terpaksa menggunakan cermin utk. menterjemahkan mesej-mesejnya.
5. Hari istimewa utk. orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yg.
disambut pada 13 Ogos setiap tahun.(ni budaya orang barat-tak perlu
ikut..huhu)
6. Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan
7. Individu Kidal, Individu Elastik
Disebabkan individu kidal terpaksa menggunakan pelbagai barangan
untuk orang biasa (tangan kanan), mereka terpaksa menyesuaikan diri
dalam semua keadaan agar dapat menggunakan sesuatu kemudahan seperti
orang bertangan kanan. Akhirnya, mereka dapat menyesuaikan diri dalam
semua kerja walaupun dengan gaya kerja yang sedikit berbeza. Dan
disebabkan itu juga menjadi faktor orang kidal hidup 9 tahun lebih
pendek dari orang dengan tangan kanan secara puratanya.
Orang kidal pintar?
Memang ramai individu kidal yang tersohor tetapi kepintaran mereka
bukan kerana kidal tetapi kerana mereka menggunakan 80%-90% otak.
Mengikut pendapat aku, individu kidal bukan sahaja menggunakan otak
kanan secara maksima,tetapi juga menggunakan otak kiri lebih banyak dari
orang biasa yang menggunakan otak kanannya. Orang kidal menggunakan
lebih banyak bahagian otak kerana secara ringkasnya mereka juga
melakukan beberapa kerja menggunakan tangan kanan selain menggunakan
tangan kiri mereka dan secara automatik mereka menggunakan kedua-dua
belah bahagian otak lebih dari orang kebiasaan. Bukan semua kidal tu
pandai tapi yang pasti, tak kira kidal atau tidak, kalau malas buat
kerja.
p/s:pintar kah aku nih? tidak! mungkin si kidal lain kot. hehe
Makan tangan kiri
Rasulullah saw bersabda, “Wahai anak, bacalah nama Allah dan makanlah
dengan tangan kananmu, dan makanlah seterusnya dengan tangan kananmu.”
(HR. Bukhori Muslim)
Pasal isu makan guna tangan kiri. Aku rasa ramai kidal pun makan
dengan tangan kanan kecuali kalau guna sudu kan? Orang kidal ni selalu
kena tegur kalau makan guna sudu. So, bagi orang kidal, makan la guna
tangan je. Ikut sunah Nabi, dapat pahala lagi.
“only left-handed are in their right minds”

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan jejak anda
saya sangat menghargai anda yang sudi melawat blog ini =)