Pages - Menu

Showing posts with label Tips di bulan Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Tips di bulan Ramadhan. Show all posts

Monday, July 6, 2015

Tips Tampil Cantik & Segar di Bulan Ramadhan

Sepanjang di bulan Ramadhan Al-mubarak, tubuh kita kekurangan air di siang hari ketika berpuasa dan cuaca yang panas juga salah satu penyebabnya. Situasi ini mempengaruhi pada penampilan kita di mana kulit menjadi lebih kering, badan terasa lesu, dan sebagainya. Dengan itu, sedikit tips agar tampil lebih cantik dan segar di bulan puasa. =)

Tips Cantik dengan Menjaga penampilan dari dalam:

  1. Minum air yang banyak. Cuba kurangkan minuman yang manis untuk mengelakkan dehidrasi.
  2. Perbanyakkan  protein seperti daging, sayur, ikan, kekacang dan buah. Akan tetapi jangan lupa juga untuk mengambil kuantiti karbohidrat yang sederhana untuk mengelakkan anda terlalu kenyang.
  3. Hindari makanan yang masin untuk menjaga kadar air dalam badan.
  4. Tidur yang cukup.

Tips cantik dengan menjaga penampilan dari luar:

  1. Cuaca yang panas terik sepangjang ramadhan amat penting untuk protect kulit anda dengan memakai sunscreen untuk menjaga kelembapan kulit.
  2. Jangan menjilat bibir kerana bibir akan bertambah kering.
  3. Sapukan minyak tonik rambut untuk menjaga kelembapan rambut.
  4. Gunakan make-up yang paling minima tapi kalau aku tak pakai make up dah just pakai moisturizer jer.



Saturday, July 4, 2015

Tips Untuk Sihat dan Segar Di Bulan Ramadhan Al-Mubarak

Di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini membuatkan kita lesu dan kurang bertenaga. Tetapi bagi sesetengah orang di bulan puasa ini cukup bertenaga dan sentiasa segar mugar. Even aku sendiri pon tak segar mugar macam tuh. 

Ketika Sahur

  • Hindari makanan yang manis atau terlalu banyak gula kerana menyebabkan tubuh lemah pada siang hari saat berpuasa.
  • Meminum susu kerana susu akan mencegah anemia yang menyebabkan badan penat pada siang harinya.
  • Menu yang disajikan sebaiknya yang mengandung air yang banyak atau buah supaya tubuh tidak dehidrasi parah ketika berpuasa. Kurma juga dapat membuat tubuh segar seharian.
  • Hindari fast-Food, makanan bergoreng atau makanan pedas ketika sahur kerana akan mengganggu pencernaan pada siang harinya.

Ketika Berpuasa

  • Kerjakan tugas-tugas anda dengan perlahan tapi pasif. Jangan membuat pekerjaan yang dapat membuatkan diri anda stress kerana stress juga menyebabkan otak penat dan akhirnya perut terasa lebih lapar.
  • Berehat sebentar or take a nap. Tidur selama 15 minit saja sudah memadai.
  • Melakukan olahraga ringan seperti peregangan atau berjalan kaki ketika berpuasa sangat disarankan. Selain membantu menjaga berat badan, olahraga juga berfungsi untuk memperlancarkan peredaran darah dan menjaga kesegaran tubuh anda.

Waktu Berbuka

  • Segerakan berbuka. Setelah berbuka dengan yang manis, dahulukan solat Magrib, barulah makan makanan kesukaan anda!
  • Jangan makan terlalu banyak. Makan secara bersederhana.

Infographik Dari Pinterest