Monday, July 6, 2015

Tips Tampil Cantik & Segar di Bulan Ramadhan

Sepanjang di bulan Ramadhan Al-mubarak, tubuh kita kekurangan air di siang hari ketika berpuasa dan cuaca yang panas juga salah satu penyebabnya. Situasi ini mempengaruhi pada penampilan kita di mana kulit menjadi lebih kering, badan terasa lesu, dan sebagainya. Dengan itu, sedikit tips agar tampil lebih cantik dan segar di bulan puasa. =)

Tips Cantik dengan Menjaga penampilan dari dalam:

  1. Minum air yang banyak. Cuba kurangkan minuman yang manis untuk mengelakkan dehidrasi.
  2. Perbanyakkan  protein seperti daging, sayur, ikan, kekacang dan buah. Akan tetapi jangan lupa juga untuk mengambil kuantiti karbohidrat yang sederhana untuk mengelakkan anda terlalu kenyang.
  3. Hindari makanan yang masin untuk menjaga kadar air dalam badan.
  4. Tidur yang cukup.

Tips cantik dengan menjaga penampilan dari luar:

  1. Cuaca yang panas terik sepangjang ramadhan amat penting untuk protect kulit anda dengan memakai sunscreen untuk menjaga kelembapan kulit.
  2. Jangan menjilat bibir kerana bibir akan bertambah kering.
  3. Sapukan minyak tonik rambut untuk menjaga kelembapan rambut.
  4. Gunakan make-up yang paling minima tapi kalau aku tak pakai make up dah just pakai moisturizer jer.