Pages - Menu

Showing posts with label Lawak Jenaka Online. Show all posts
Showing posts with label Lawak Jenaka Online. Show all posts

Tuesday, April 1, 2014

April Fool

Hari ini 1 April 2014. Hari apa? Satu dunia orang menyambut April Fool yang entah apa-apa. hee. Klik pada link April Fool untuk mengetahui maklumat lanjut tentang April Fool. 

Dulu pernah jugak aku kena April Fool masa sekolah dulu kala. Sekarang katakan tak nak kepada April Fool. haha. Tak layan dah la labu. hiks.


Tuesday, January 14, 2014

Kangkung??


Kangkung pon kangkung lah labu. haha. kangkung pon boleh jadi isu besaq. haha. Macam-macam isu kecik boleh jadik isu besaq. Macam-macam isu besaq jadik isu kecik. Sebab mungkin isu-isu besaq tuh tak highlight, tak letak size besaq-besaq kot. So orang pun tak terfikir la kot. hehe. ?_? . Tapi Ok. ini cuma 'hipotesis' merepek aku ja. Jangan ambik benda ni sesuatu yang terlalu serius. Seperti aku nak kena tidoq awal la malam ni. So besok aku boleh cari rezeki demi sesuap kangkung. haha. OK bai. Good Night. Assalamualaikum. Jangan marah ya. =).


Tuesday, December 10, 2013

Mr Bean DIY


Time aku tension-tension memang nih la hobi aku dikala tension. haha. Memang lurus bendul la Mr. Bean. Si Luncai omputih. Macam tuh pon nak bersaing. haha. 


Tuesday, December 20, 2011

Tuesday, March 22, 2011

Heart Block Vein-Opening Natural Remedy

Sedikit informasi yang ingin dikongsikan dengan semua reader2. Penting!

p/s: heee takut.. [-_-]. lebih baik kita menjaga jantung kita pada usia muda. kita mulakan dengan perubahan lifestyle yang lebih sihat supaya kesihatan kita bertambah bagus. [^_^]

Tuesday, August 31, 2010

Please, Please, Please

Dear my CREATOR,

I feel lost again.
Why?
I'm confused.
Lately, I always did wrong.
I know there is something wrong.
Maybe something bad will happened to me.
Or something good which I never realize in my lifetime.
I don't know.
I don't want to live like this again.
I felt this before.
I'd find the answer aren't so clear

Please, please, please.

I don't know how I got this way.
I know it's not alright.
I knew i always did wrong.
Please forgive me.
I try very hard as best as I can.
But...
I did it again.
Why this happened to me?

Please, please, please.

Please give me some clues.
I really need it.
I can't puzzle it without those clues.
Because i can't
I've just try.
But the result still the same.
I don't know if i never try all my best.
Sorry, that's all i could do.

Please, please, please.

I really need YOUR help.
Please help me.
I know only YOU can help me.
Because YOU create me.
YOU knew my journey.
YOU know everything about me.
I don't want to stop my journey.
And hope to get the right journey.
Because I know I will never seen my future.
Unless I try walk through my journey by my ownself.
Then, i'll see my destiny.
But..
I feel i've lost my journey.
I don't know which road should i take.
I'm afraid if the road that i take is wrong.

Please, please, please.

If you could give me some clues.
Maybe it help me to puzzle it.
I know.
I shouldn't get this help from YOU.
But please help me for this time.
I don't want to trap in my own life again.
Please, I want my journey back.

Please, please, please.

I can't continue my journey like this.
And i don't want to continue my journey like this.
I know there is a better way.
But I don't know what is better for me.
Only YOU know.
YOU are my CREATOR.
Of course YOU knew.
Please help me.

AMIN....




Friday, November 27, 2009

Mengapa Orang Kita Tidak Boleh Jadi James Bond

1. Melayu Suka Berahsia Tetapi Tidak
Pandai Simpan Rahsia.


Aku rasa industri perisikan satu dunia ini berasaskan satu konsep, iaitu keupayaan untuk menyimpan/menghantar/menjual maklumat rahsia dan sensitif. Sekarang kita lihat sahaja Harian Metro. Penuh dengan berita-berita peribadi yang mengaibkan, lagi-lagi selebriti murahan dan ahli politik.

Lagi pun kita semua memang gemar mendengar perkara yang sepatutnya dirahsiakan. Macam siapa main dengan siapa, laki siapa yang keluar dengan bini siapa, laki siapa yang keluar dengan laki lain, siapa yang bayar duit kepada siapa, benda-benda macam tu-lah. Aku tidak hairan kalau Melayu yang jadi James Bond sudah pasti keesokan harinya terpampang di muka depan suratkhabar segala apa rahsia kerajaan kita semua. Tapi itu mungkin perkara yang baik pun. Cuma bergantung kepada nilai wang ringgit rahsia itu bukan?

2. Martini Yang Digoncang, Bukan Dikacau Itu Haram.
Takkanlah kamu pergi ke tempat-tempat ekslusif di French Riviera atau Monte Carlo dan kamu pergi ke bar dan memesan, "Bang, fresh orange satu?". Aku rasa pada saat dan ketika itu pastinya identiti kamu sebagai perisik dari Malaysia yang jual rahsia kepada Harian Metro akan terbongkar serta-merta. Akibatnya pasti kamu dibunuh atau sekurang-kurangnya diseksa dengan menonton kesemua episod 6 musim Akademi Fantasia. Sekaligus.

3. Kasino Dan Perjudian Haram.
Kalau kamu menonton 'Casino Royale', James Bond dengan selambanya menggunakan duit kerajaan British untuk berjudi demi tugasan rahsianya. Bukan itu sahaja malah pegawai yang ditugaskan dari Kementerian Kewangan pula ialah seorang wanita seksi dan mengancam yang tidak suka memakai coli (sarung tetek kata orang tua-tua). Kalau agen rahsia kita yang pergi mesti fikir dua tiga kali untuk melangkah ke dalam kasino. Dan sudah pastinya akan terfikir untuk ke kasino sambil berbaju batik berlengan panjang macam semasa latihan espionage dulu di Genting Highlands. Kalau ada pegawai Kementerian Kewangan kita pula yang ikut sudah tentu pegawai yang ditugaskan seorang makcik bertudung yang memakai lencana nama berwarna hitam. Jangan haraplah kalau dihantar untuk masuk ke dalam kasino yang penuh dengan perjudian, arak dan seks bebas (menurut Harian Metro).

4. Seks Bebas Juga Haram, Bukan?
Semua pasti tahu bahawa James Band ialah seorang Player (Cerita Lain). Seks dan nafsu digunakan semata-mata untuk menyelesaikan misi. Banyak masalahnya kalau agen kita yang menjadi James Bond. Satu, agen kita pasti kacak macam Daniel Craig, jadi sudah tentu amat sukar untuk menggunakan seks sebagai taktik. Mesti ramai yang tidak berselera pun. (Orang kita kalau kacak paling kuat cita-cita pun hendak berganding dengan Nasha Aziz di dalam siri drama 72 episod. Tak akan ada yang ingin jadi agen kerajaan.) Dua, kalau kacak pun, bukan tentu agen-agen serta pegawai-pegawai yang kita hantar itu sukakan perempuan pun.

5. Proton!
Hendak buat kereta tahap konsumer pun masih terkial-kial selepas 20 tahun, inikan pula kereta khas untuk perisikan yang penuh dengan fungsi dan senjata tersembunyi dan kalis peluru pula. (Macam Batmobile dulu) Aku rasa paling kuat pun kalau kita ada James Bond fungsi tercanggih Kereta Perisik Nasional merupakan Keupayaan Untuk Buka/Tutup Pintu Tingkap Tanpa Tersangkut. Memang tak akan ada Kereta Perisik Nasional yang boleh jadi kapal terbang/kapal selam/belon/helikopter. Kalau hendak gunakan kereta import pula susah nanti, satu Dewan Rakyat kecoh pasal peruntukan/kos penyelenggaraan/AP.

6. Identiti Palsu Amat Terhad.
Dengan rupa sawo matang kita, memang sukar untuk agen kita low-profile. Sebab kita turun lapangan terbang mana pun, nama kita yang ada perkataan 'Bin' itu sudah pasti menyebabkan sedikit kesukaran akibat 'ancaman keselamatan'. Untuk menggunakan nama 'Carlos Valderrama' atau 'Bebeto' (orang Amerika Latin ada rupa Melayu apa?) di dalam passport pula susah, nanti orang kampung ingatkan kamu murtad. Kalau guna nama Mat Salleh memang 100% kantoi. Kamu ingat ada orang akan percaya ke bila lelaki rupa Melayu pakai passport di bawah nama 'John Holmes' atau 'Ron Jeremy'? Sudah tentu tidak.

7. Tidak Cukup Peralatan Khas.
Kalau James Bond ada watak 'Q'nya yang membekalkan segala apa peralatan rahsia sebagai alat komunikasi, senjata atau alatan perubatan, kita ada apa?

Setakat remote control Astro tidak ke mana. Kalau hendak harapkan satelit-satelit Measat untuk komunikasi pun aku rasa agen rahsia kita kena 'beratur' dan tunggu giliran di belakang quota penggunaan Maxis, Celcom, Digi, U-Mobile dan macam-macam lagi. Kalau musuh kita letupkan semua Measat-Measat kita (tidak silap aku ada 2? Betulkan aku jika salah, ya?) memang habis terkandas agen rahsia kita. Takkan nak tulis dan hantar surat pakai Pos Malaysia?

8. Satu Malaysia Akan Tahu Identiti Agen Rahsia Kebangsaan.
Ya-lah, mestilah bangga, ada anak jati kita yang berjaya menjadi Agen Rahsia. Sudah tentu akan ada lintas langsung hari Ahad ketika rancangan Nona, ala-ala perkahwinan-perkahwinan glamour selebriti kita. (Itu pun kalau Astro Awani tidak ambil dulu.) Memang sah akan terpampang muka agen rahsia kita di mana-mana, yang sudah tentunya dipilih melalui undian SMS. Apa-apa pun aku rasa agen rahsia kita mungkin akan menjadi kaya akan menjadi duta produk itu dan produk ini. Mungkin atas sebab ini agen rahsia kita tiada sebab untuk dilaporkan ke BPR sebab sudah cukup gajinya.

9. Kita Mungkin Cukup Belanjawan Untuk Satu Orang Agen Sahaja.

Mestilah, sebab aku rasa belanja untuk latihan sahaja sudah berjuta-juta. Akan wujud Pusat Pra-Latihan Agen Rahsia yang pastinya akan dibina di lokasi eksklusif di United Kingdom (atas dasar perkongsian teknologi), kemudiannya Pusat Latihan Asas Agen Rahsia Kebangsaan di lokasi rahsia yang tidak boleh dikemukan (Langkawi. Sebab bebas cukai) dan tidak lupa juga Pusat Latihan (Dan Convention Hall) Lanjutan Agen Rahsia Kebangsaan di Putrajaya. Selepas agen rahsia kita terbunuh ketika melakukan tugasan (akibat keracunan makanan di Dubai) sudah tentu kecoh satu Malaysia tentang program agen rahsia kita di suratkhabar, dan akibatnya satu program ini dibatalkan atas sebab-sebab keselamatan dari segi latihan (sebab gunakan pelatih sukarelawan) dan bangunan (kandungan pasir lebih dari simen dalam bancuhan konkrit

Thursday, November 12, 2009

Jenis Orang dan Jenis Kentutnya huhuhu

Orang TIDAK JUJUR Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.

* Orang BANGANG Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

* Orang BERWAWASAN LUAS Orang yang tahu bila harus kentut.

* Orang SENGSARA Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

* Orang MISTERIUS Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

* Orang GUGUP Orang yang tiba-tiba menahan kentutnya bila tiba masa nak kentut.
* Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI Orang yang selalu mengira kalau kentutnya bau harum.
* Orang SADIS Orang yang kalau kentut di ranjang terus dikibaskan baunya ke ranjang orang lain.
* Orang PEMALU Orang yang kalau kentut tidak bunyi tapi lalu merasa malu sendiri.
* Orang yang STRATEGIK Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dengar.
* Orang BODOH Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti kentutnya yang keluar.
* Orang PELIK Orang yang kalau kentut di keluarkan sikit- sikit, sampai bunyi "tit-tit-tit".
* Orang SOMBONG Orang yang sering mencium kentutnya sendiri.
* Orang RAMAH Orang yang senang mencium kentut orang lain.
* Orang yang tidak senang BERGAUL Orang yang kalau kentut, sembunyi.
* Orang AKUATIK Orang kalau kentut di dalam air sampai bunyi blekuthuk-blekuthuk".
* Orang ATLETIK Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.
* Orang JUJUR Orang yang mengaku kalau habis kentut.
* Orang PINTAR Orang yang boleh menandai bau kentut orang lain.
* Orang MALANG Orang yang nak kentut tapi terkeluar taik....

Saturday, August 1, 2009

Mana peginyer duit lagi singgit ???

Ada 3 orang member kamcheng pegi becuti kat pulau tioman... Sampai kat sana, dia orang pun pegi laa cari resort tempat persantaian dia orang barang semalam... Riki punya riki.... last-last dapat laaa satu resort yg sewanya cuma RM30 satu malam....

Since dia orang ni member kamcheng giler..depa pakat nak sewa satu bilik je & tanpa banyak soal..masing2 keluarkan sorang RM10...kira tong-tong 3 org laaa..... So bila dapat kunci jer...depa tanpa membuang masa terus jer pegi bilik.....

Lepas depa blah pegi bilik..... minah cun kat front office tu baru teringat yg laaa ni resort dia tengah buat promotion...so satu bilik cuma RM25 je...

Minah ni pun panggil bell boy suruh pulangkan balik lagi RM5 kat mamat 3 org tu... On the way nak pulangkan duit tu..si bell boy ni tepikir yg duit belen ada RM5... Mamat tu ada 3 org... camna nak bagi duit tu sama rata kat diaorg..??? Pikir punya pikir last2 mamat ni dapat idea...dia pulangkan sorang RM1 kat mamat tu... Then belen lagi RM2... dia ambik buat beli jajan...

Maknanya....
Mamat 3 org tu cuma bayar duit hotel sorang RM9....
Total depa bayar....RM9.00 x 3 =RM27...
Mamat bell boy tu amik RM2...so total semua sekali
RM27 + RM2 =RM29

Mana pegi lagi singgit....?????????????

Wednesday, June 24, 2009

Programmer dan Jurutera

Seorang programmer dan jurutera duduk bersebelahan di dalam pesawat yang sama. Untuk mengisi waktu lapang. programmer mengajak si jurutera bermain teka-teki.

“Saya akan membayar engkau RM 5 apabila kau bisa menjawab pertanyaanku dan kau harus membayar aku RM 5 apabila tidak bisa.”
Sang jurutera tetap saja buat buat tak dengar

“OK kalau segitu terlalu kecil,” kata programmer, “kalau kamu tak mau, gini aja, aku akan membayar kamu RM 500 bila kamu boleh menjawab dan kamu cukup hanya membayar RM 5 jika tak dapat menjawab.”
Baru setelah itu sang jurutera setuju.

Sang programmer bertanya, “Berapakah jarak antara bulan dan bumi?”
Karena tidak dapat menjawab, sang jurutera memberikan RM 5 kepada sang programmer dan balik bertanya :

“Apakah yang berjalan dengan 3 kaki waktu naik gunung dan 4 kaki waktu turun?”
Karena tidak dapat menjawab, sang programmer langsung membuka dompet dan menyerahkan RM 500 kepada sang jurutera, lalu sang jurutera itu tidur.

“Hei,” Kata programmer. “Kau belum memberitahu aku jawabannya.”

“Aku juga gak tahu,” kata jurutera, sambil menyerahkan RM 5 kepada sang programmer, lalu melanjutkan tidurnya.


Tuesday, June 23, 2009

Pak Pandir di Mc Donalds

Suatu hari Pak Pandir yang baru lepas dapat duit raya ingin makan di Mc'Donalds. Bila dia sampai dia tak tahu nak order aper... maklumlah tinggal terpencil di hujung kampung... sedang dia berfikir datang seorang lelaki
lingkungan 30'an ditepinya... Ahmad namanya... Pak Pandir pun merancang untuk meminta seperti apa yang Ahmad minta..

Ahmad : Bagi Big Mac satu..
Pak Pandir: bagi Big Mac satu...
Ahmad: Air...Bagi air coke yer...
Pak Pandir: Air...Bagi air coke yer...
Ahmad pun menjeling pada Pak Pandir... namun Pak Pandir buat tak tahu ajer...

Ahmad: ooo yer cik..bagi ash-tray satu yer... ( masa tu Mc donalds buleh merokok lagi)
Pak Pandir : ooo yer cik...bagi ash-tray satu yer...

Ahmad mula meradang lalu memarahi Pak Pandir...
Ahmad : hoi...yang kau pesan sama macam aku tu kenapa hah...takder otak ker?

Nak tahu aper Pak Pandir jawab? lebih kurang begini:
Pak Pandir: Aper... kau ingat kau sorang jer ker makan ash-tray?!?

Ahmad yang marah tadi tiba-tiba menggeleng kepala dan terus berlalu dari situ...

Jenis Awek Era Komputerilisasi

Mungkin berguna bagi kita di era komputerisasi dan Informasi ini.

HARD-DISK GIRLS
Awek jenis ini akan mengingat semua hal, SELAMANYA

RAM GIRLS
Awek jenis akan terus melupakan mu, pada saat kamu melepaskannya.

WINDOWS Girls
Semua tahu Awek jenis ini tidak dapat melakukan semua dengan betul,
tapi kita tidak dapat hidup tanpanya.

SCREEN SAVER Girls
Awek jenis ini bagus hanya untuk bersenang-lenang saja

INTERNET Girls
Biasanya susah di akses, dan mudah putus hubungan (Disconnected)

SERVER Girls
Selalu sibuk bila kita memerlukannya

MULTIMEDIA GIRLS
Awek jenis ini mampu membuat hal buruk menjadi indah

CD-ROM Girls
Selalu lebih cepat dan cepat

E-MAIL Girls
Setiap sepuluh kalimat yang diucapkannya, lapan kalimat adalah
bohong

VIRUS Girls
Awek jenis ini bila kita tidak memerlukannya dia datang, dia meng-
Install dirinya dan menggunakan semua sumber-sumber yang ada. Jika
kita berusaha meng- Un-install, kita akan kehilangan semuanya, Jika
kita tidak berusaha untuk meng Un-Installnya maka kita pun akan
kehilangan juga…Awek jenis ini biasa juga dikenali dengan
istilah… ISTeRI