Thursday, September 4, 2014

Khasiat Ikan Keli

Salam.

Siapa yang suka makan ikan keli? Mungkin ada orang tak suka makan tetapi ada juga yang suka makan ikan keli. Termasuklah aku sendiri. Dulu aku tak suka makan apa jenis ikan pun sebab banyak tulang tapi bila dah besar ikan keli berjaya menambat hatiku ini. hehe. Jika ada lauk-pauk seperti ikan keli sudah tentu menjadi pilihan utama aku. Rugi kalau tolak. Tambah pulak makan ikan keli goreng. Sangat rangup!


Terdapat banyak khasiat pada ikan keli ini. Antaranya ialah ikan keli mempunyai tinggi DHA dan omega 3 yang bagus untuk otak. Menurut fakta ini pun memang ada benarnya sebab sejak aku suka makan ikan keli banyak perubahan seperti kalau selalu nak hafal susah nak ingat. Baru benda simple pun mudah lupa. Tapi kini senang sikit nak ingat. Taklah selembab dulu kan. hehe.

"Menurut penyelidikan oleh Institut Ikan Keli Amerika Syarikat-mendapati ikan keli yang diternak dan diberi makan pelet mempunyai protein yang baik.ianya sangat baik untuk diet kesihatan kerana kaya dengan protein,Omega-3 serta rendah kolesterol dan lemak tepu."

So, don't worry boleh makan banyak-banyak. Tak macam ayam kan.Daging kan.


"Kajian daripada Persatuan Perubatan Amerika Syarikat pula mendapati tahap lemak tepu dan Omega-3 ini memberi faedah kesihatan kepada kardiovaskular,gastrousus,sistem peredaran dalam badan.pengambilan 1-2 sajiannya dalam seminggu seumpama mengurangkan separuh risiko kematian akibat serangan jantung."

Sedapnya. Siapa la yang masak ni.
 
Banyak jugak kelebihan-kelebihan ikan keli ini sebenarnya yang aku sendiri pun tak tahu sangat. Tapi pernah sekali baca di surat khabar mengenai ikan keli boleh mengurangkan risiko penyakit macam nyanyuk.

Sumber dari Mr Google. Thanks.