Kenapa aku suka filem-filem transformer? Tengok berulang-ulang pulak tu. Padahal konsep cerita sama sahaja. Tapi bagi aku bukan setakat konsep cerita itu sahaja yang nak tengok kan. Aku suka nilai-nilai murni dan sikap pada setiap watak yang ada dalam filem tersebut. Seperti bagaimana sikap watak dalam menangani setiap cabaran. Filem itu salah satu cabang seni. Filem ini jugak ada nilai seni yang tersendiri.
Filem transformer kalau tengok di pawagam memang sentiasa penuh tak pernah tak penuh. Nasib baik kali ini aku masih berpeluang tengok di pawagam. Itu pun beli tiket awal. Kalau tak jadi macam sebelum ini nak tengok transformer : dark of the moon. Sampai 3 kali nak pergi tiket tapi tak dapat asyik penuh. At last kena download sendiri la. Hurm.
Siapa yang belum tengok tu pergi la tengok kalau masih ada di pawagam. Aku pun bz memanjang asyik tertangguh nak update entry terbaru yang tak la baru sangat ni kan. he.he. Tapi jangan lupa pula support filem malaysia. Penat-penat depa buat tapi kita tak tengok.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan jejak anda
saya sangat menghargai anda yang sudi melawat blog ini =)