Thursday, July 31, 2014

Salam Hari Raya Aidilfitri 1435H - 2014

Aloq Staq terketaq-ketaq,
Lapaq perut makan pau,
Macam mana tak ketaq,
Kena paksa bagi angpau.

Salam Aidilfitri kepada semua umat Islam yang menyambut Aidilfitri. Pantun sebagai pembuka bicara. Moga aidilfitri kali ini lebih meriah dan baik dari sebelum ini. Walaupun geram dum dam dum dam bunyi mercun kedengaran. Tapi kalau tidak ada mercun tiada kemeriahan di hari raya.
 
 
Dengan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon sepuluh jari ingin memohon maaf di atas segala salah dan silap. Mungkin ada terkasar bahasa. Terlajak perahu sampai tak reti nak undur-undur. Terbuat silap mungkin masih tak sedar diri. Dll. Semoga lebaran ini kita sambut dengan hati dan jiwa yang bersih serta penuh keinsafan.
 
 

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata
Dalam gurau & senda tentu ada khilaf & dosa.
MOHON AMPUN & MAAF DI ATAS SEGALANYA
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Moga silaturahim diberkati Allah.
 
Jangan lupa selalu-selalu la melawat blog ini. Terima kasih kepada follower yang sudi nak follow dan kepada pembaca yang sudi nak baca blog ini. =)