Pages - Menu

Friday, March 12, 2010

Panadol Merbahaya

JANGAN AMBIL PANADOL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)

UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya...

"Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol.. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis "painkiller", semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang "biasa" ini ke dalam mulut anda.

p/s:aku pun baru tahu ja panadol nih rupanya ada bahaya jugak. Tapi nasib bek aku nih kalau sakit taklah selalu ambik panadol.

4 comments:

  1. adoii..mmg la ubat semua bahaya..tak kira la PCM ke apa ke..sbb ubat tu kan drug..dadah...bila ambik berlebihan, mmg la akan effect kita punya sistem badan...

    panadol salah satu daripada beribu jenis dadah...


    kalau setakat pening sikit2 tu tak payah la ambik...hehe
    ingat,setiap ubat ada kesan dan tindak balas masing2...


    psssttt kalau ada salah tlg bgtau..sbb aku bukan doc.haha

    ReplyDelete
  2. telagaburuk:betul tu... sy setuju.. xpew kalo sy silap pun awk kena tegur sy gak..hehe

    ReplyDelete
  3. ok. lepasni memang tak akan amek panadol. amek kalau betul2 perlu ja. tapi memang jarang makan panadol sebenarnya. pernah sekali masa form 5 makan sebotol sebab tak tahan sakit gigi. sekarang takut. sebab tahun ni baru masuk 5 tahun. maknanya panadol tu still ada dalam badan. arghhh

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda
saya sangat menghargai anda yang sudi melawat blog ini =)