Pages - Menu

Saturday, March 13, 2010

Albert Einstein

"APABILA lelaki duduk bersama gadis cantik selama satu jam ia bagaikan satu minit. Tetapi apabila duduk di atas dapur panas selama seminit ia seperti satu jam. Itu relativiti," demikian kata Albert Einstein mengenai teori relativiti.
Dasyat betul Albert Einstein nih. Macam mana beliau boleh pandai giler? Aku suka cara pemikiran Einstein. Memandangkan aku pun gersang dengan idea2 yang boleh tahan bernas. Aku terbaca tentang Einstein ni kat kosmo. So, secara tak langsung aku mengupdate mengenai berita terkini kat kosmo pada hari ini. Aku tau mesti ada yang dah baca. Kalau dah baca close ja blog ni. Kalau macam berminat teruskan membaca blog aku ni dan menjadik reader setiaku walaupun blog ku tidaklah sebagus macam blog2 orang lain.

Ini sedikit keratan artikel dari kosmo. Korang boleh menbaca artikel penuh di kosmo. Klik jew lik yang aku sediakan nih. Khamis lepas aku pergi trip to K.L tapi tak sempat ag nak cita kat blog ni. Nanti la kalau aku ada masa terluang aku cerita. Gambar2 aku pergi trip pun tak sempat lagi ambik dari member2 ku. Lepas balik trip jew aku kena mengharungi dengan test2 sebab tu aku lambat jew update blog ni.

'Kehidupan penuh liku dan masyhur Einstein menemui penghujung tepat pukul 1.15 pagi, 18 April 1955 di Hospital Princeton di New Jersey. Meninggal dunia pada usia 76 tahun, mayat beliau dibakar pada hari yang sama tanpa sebarang adat istiadat di Trenton, New Jersey mengikut hasratnya.

Ahli patologi yang melakukan autopsi terhadap mayat Einstein, Dr. Thomas Stoltz Harvey bagaimanapun menyimpan dan mengawet otaknya. Dalam masa empat dekad, otak saintis tersohor dunia itu dipotong kepada 200 keping oleh beliau untuk diberi kepada para pengkaji membuat kajian.'


8 comments:

Tinggalkan jejak anda
saya sangat menghargai anda yang sudi melawat blog ini =)