QUEENSLAND - Seorang wanita, Samantha Scafe (gambar) mengadu kepada pihak berkuasa Australia bahawa dia didiskriminasi hanya kerana beratnya 160 kilogram, lapor sebuah akhbar semalam.
Scafe yang merupakan seorang pakar teknologi maklumat berkata, dia dipaksa membeli dua tempat duduk untuk dirinya sebelum menaiki penerbangan dari Cairns ke Coolangatta.
Katanya, pihak pentadbiran sebuah syarikat penerbangan tambang murah memaksanya membeli dua kerusi supaya dia tidak mengganggu keselesaan penumpang lain.
"Saya diberitahu pihak Jetstar melalui telefon sebelum itu bahawa saya tidak perlu bimbang kerana tempat duduk kedua tidak dikenakan bayaran," katanya.
"Pada hari penerbangan, mereka menasihati saya membeli dua kerusi demi keselesaan penumpang lain kerana saiz badan saya," tambahnya.
Scafe memberitahu, dia sudah memfailkan aduan kepada Suruhanjaya AntiDiskriminasi berhubung kes itu. - Agensi


No comments:
Post a Comment
Tinggalkan jejak anda
saya sangat menghargai anda yang sudi melawat blog ini =)