Pages - Menu

Showing posts with label Image Editor Online. Show all posts
Showing posts with label Image Editor Online. Show all posts

Saturday, February 20, 2010

Download Fix it up World tour Game

Dah lama aku tak buat entry download. Hari ini tetiba ja rasa mengidam nak bagi link download game. hehe. Aku nak recommend satu game ni. Best tau. Game Fix it up world tour game. Kita akan buka satu business jual beli kereta terpakai. Pastu hasil daripada keuntungan business tu kita akan membina sebuah rumah impian sedikit demi sedikit. hehe. Kekurangan tentang game ni adalah pergerakan cursor memang buat aku tension la sebab pergerakan dia tak smooth. Tapi jangan risau banyak lagi kelebihan game ni contohnya, graphic game sangat cantik dan puat hati dan lain- lain lagi. Kalau nak tahu best ke tak best boleh la try download link telah tersedia ada. hehe. Sedikit screenshot game ini yang aku nak kongsi.

Thursday, February 18, 2010

HIDUP DENGAN SEPARUH BADAN

Seorang lelaki yang telah kehilangan separuh daripada anggota badannya setelah dilanggar lori bukan sahaja sudah sembuh malah telah membuka pasarayanya sendiri yang dinamakan Half Man-Half Price Store.

Peng Shuilin, 37, telah memeranjatkan pakar bedah dengan kemampuannya untuk pulih setelah dua tahun menjalani pembedahan yang rumit di Hospital Bujie, Shenzhen, selatan China.

Sekarang dia telah menjadi seorang usahawan dan model inspirasi kepada mereka yang kehilangan anggota badan sepertinya.
Timbalan President Lin Liu berkata: "Kami telah melakukan pemeriksaan rapi dan dia cukup sihat dan cergas berbanding orang lain yang seumur dengannya. Dia memang hebat dan dia merupakan satu-satunya manusia di dunia ini yang selamat menjalani pembedahan yang melibatkan anggota badan paling banyak dipotong."

"Dia mendapat rawatan yang baik tetapi rahsia utamanya ialah ceria - tidak ada sesuatu pun yang boleh melemahkan dirinya."
















Sunday, June 14, 2009

10 penyunting Imej Dalam Talian

Entri dituju khas kepada yang suka menyunting gambar dan juga kepada sesiapa sahaja yang ingin mencuba. Anda dapat menyunting gambar secara talian dan sangat mudah untuk digunakan. Aku tahu tentang menyunting gambar secara talian melalui majalah PC. Mungkin ada yg pernah membaca majalah PC dan dah tahu mengenai ini. Tetapi kepada sesiapa belom tahu aku akan kongsikan semua link tersebut dan terus klik dekat link tersebut.

  1. Adobe Photshop Express
  2. Splashup
  3. Flauntr
  4. Pixer.us
  5. Snipshot
  6. Picnik
  7. Fotoflexer
  8. Improveyourimages.com
  9. OIE - Online Image Editor
  10. Pikifx
Selamat Mencuba!
P/S: Kalau ada apa-apa yang musykil @ tidak puas hati silalah tinggalkan komen anda dibawah tanpa segan silu.