Friday, January 23, 2015

7 Kebaikan Ais Untuk Kecantikan


Salam semua. Sudah lama aku tak update blog ini dek kerana kesibukan melanda sejak akhir ini. 

Hari ini sudah menjadi trend wanita atau perempuan untuk sentiasa kelihatan cantik. Malah, peringkat remaja juga sudah pandai menjaga kecantikan. Aku dulu tak pernah ambil kisah pon. Jerawat besar mana ka. Gelap sebab sun burn ka. I don't care. he. he.

Aku nak berkongsi cara kecantikan yang murah, cepat, mudah dan berkemampuan. Mudah untuk semua orang mengadaptasi. Aku tak suka sangat dengan chemical product sebab kulit aku jenis sensitif. Jadi, mungkin banyak cara terbaik. Tapi ais juga salah satu cara untuk kegunaan kecantikan.

Ais mudah untuk didapati. Pergi freezer dah dapat. Tak perlu la kot nak import jauh-jauh semata-mata untuk ais. Tak perlu nak kuar duit. Jimat. Boleh diadaptasi oleh sesiapa pon. he.he.

Kenapa ais? Sebab:

  1. Kulit akan bercahaya atau bersinar. Ala-ala glowing in dark
  2. Melicinkan kulit anda, mengecutkan saiz pori-pori, mengurangkan kedutan, melawan jerawat, dan menggalakkan peredaran darah
  3. Mengurangkan kemerahan, keradangan dan mengecutkan jerawat
  4. Mata bengkak - Aku selalu guna ais. sebab menangis mata jadik bengkak plus sakit macam lebam. Lepas guna ais insyallah mata aku pulih seperti sedia kala
Cara-cara:
Mudah sahaja. Pergi freezer ambil ais ketul. Lepas itu sapu atau gosok perlahan-lahan di muka. Anda pasti akan berasa sangat fresh.