Monday, April 21, 2014

DIY Grass


Teringin nak bela hamster. Tapi tak berkesempatan pula. Nanti teraniaya hamster itu dikerjakan aku. he.he. Jadi, rumput pun rumputlah. Aku pun bela rumput ini. Mudah sangat nak tanam budak kecik umur 5 tahun pun reti. Simbah ja air hari-hari. Dan inilah hasilnya setelah seminggu. Jika berminat nak beli boleh beli di kedai DIY yang berdekatan. Lepas ini nak cuba tanam pokok bunga pula. Tanam sayur.Tengoklah nanti menjadi ka tak menjadi. Cakap ja tak guna kalau tak buat kan. kan. hehe.



Sabda Rasulullah saw:

"Tidak ada seorang muslim pun yang menanam tanaman atau menaburkan benih, kemudian dimakan oleh burung atau manusia, melainkan baginya itu merupakan sedekah." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).




Jadi, jom ramai-ramai bercucuk tanam. Dalam pasu kecik ini pun boleh tanam tau.

 
Sumber : Bercucuk Tanam

FB Page : Hanis Craft 
Blog : My Art & Craft