Saturday, April 5, 2014

Captain America - The Winter Soldier (2014)


Captain America is coming. Rugi sapa tak tengok. Tapi bagi yang suka wayang action la. Jalan cerita berat sikit. Nak kena pikir-pikir sikit. Aku suka filem berunsurkan strategi/game plan dan action. Dan tak tahu apa motif filem macam ini. Sebab siap ada New World Order (NWO). Tapi abaikan. Saja ja ceq nak habaq mai. he.he. Nak tahu best ka tak best silalah ke pawagam yang berhampiran atau berdekatan dengan rumah anda. Tengok di pawagam lagi best baru feeling. Tapi jangan salah paham tak ada niat pun nak promote. =)


Last but not least. Satu benda ja aku tak suka bila pergi pawagam ada ja yang mengganggu konsentrasi. Parent bawak anak-anak tengok filem ini. Biasa la budak-budak kan. Bising la sikit. Dah tuh ada pulak mamat dan minah siam buat macam pawagam diorang kan cakap punya lah kuat. Kalau nak gossip pun agak-agaklah. Aku bukannya paham. Dan lagi satu kalau tak sabar nak pergi toilet pon. Hormat lah sikit orang lain tengah dok focus ini. Dum dam dum dam bising orang naik turun tangga kan. Bukan apa. Tak kisah pun. Cuma aku tak tengok secara free.

Kalau ada salah dan silap, terkasar bahasa maafkan saya. Aku manusia biasa hanya menjalani kehidupan ini seperti orang lain, orang biasa. Dan tiada apa yang luar biasa melainkan seorang manusia yang kadang-kadang tidak sengaja/sedar terbuat silap. =)