Tuesday, September 25, 2012

Para Ilmuwan Islam


Aku kagum dengan para ilmuwan Islam masa zaman dulu-dulu sebab depa dapat menguasai banyak ilmu dalam satu-satu masa tu. Tak macam orang zaman sekarang termasuklah aku sendirikan. hehe. Kalau tahu ilmu itu, ilmu itu sahaja la yang tahu. Kalau pasal sains ilmu tu ja la. Kalau finance, ilmu tu ja la yang tahu. Kalau ilmu lain? selalu alasan yang orang selalu bagi. Tapi bukan aku. hehe. Sebab tak belajar bidang itu so tak tahulah. 

Padahal semua ilmu yang wujud ini jika kita ingin mempelajari sebenarnya boleh ja. Tiada alasan sebab aku belajar bidang ini so aku tak boleh belajar bidang lain. Sedangkan banyak benda dalam aspek dunia ini kita harus belajar. Contoh firaun. Dia bukan setakat tahu untuk memerintah ja pada zaman dia. Malah, dia tahu juga ilmu fizik dan kimia. Sebab itu zaman firaun mayat mampu dimumiakan walaupun sudah berabad-abad lamanya jasad masih berada dalam keadaan elok. Power knowledge mampu untuk menguasai segala-galanya. Sebab tu yahudi boleh dikatakan dikalangan orang-orang yang sentiasa menuntut ilmu tapi malangnya depa semakin tamak, pentingkan diri sendiri, lupa diri dan menggunakan ilmu yang ada untuk buat benda yang tak sepatutnya.

Contoh lagi Rasullah. Pemimpin yang paling disanjung tinggi dalam sejarah. Bukan sahaja sejarah Islam malahan sejarah di barat sekalipun. Hebat tak hebat tapi memang sampai hari ini tiada siapa mampu menjadi hebat seperti dia. Rasullah bukan setakat boleh jadi pemimpin yang hebat. Tapi boleh jadi suami yang hebat. Tahu untuk berperang. Mempunyai akhlak yang elok dan macam-macam lagi. Banyak sangat nak list satu-satu pun. Semua tu pon ilmu jugak.