Tuesday, July 17, 2012

Oh Toksik! Katakan Tidak Kepada Toksik

Oh toksik! Tidak!!! Merbahaya jugak engkau.


Apakah itu toksik? 
Toksik berlaku apabila kegagalan organ pencernaan untuk mencerna makanan secara optimun. Walaupun makanan tersebut berkhasiat pada tubuh badan kita tapi jika organ gagal mencerna ia akan bertukar menjadi toksik dalam badan.

Terdapat banyak punca-punca toksik antaranya ialah merokok, pemakanan yang tidak seimbang, pemakanan ubat-ubatan kimia, sisa makanan tidak dicerna sepenuhnya dan lain-lain.

Macam mana kita nak tahu toksik dalam badan kitaberlebihan? 
Simptom-simptomnya ialah cepat letih, tidak bermaya, daya ingatan dan tumpuan lemah, selulit, tanda penuaan awal, lenguh-lenguh badan dan banyak lagi.

Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa jika seseorang mengalami toksin berlebihan dalam badan ia bukan hanya melibatkan fungsi anatomi tubuh tetapi emosi juga. Individu akan :
  1. Individu yang kerap marah-marah
  2. emosional
  3. sering tidak tenang (patut lah ada kaitan juga dengan toksik ini)
  4. tidak boleh duduk diam, degil, tidak yakin dengan kebersihan dan kelam kabut sekiranya  lymphatic system (sistem limfa) tidak berfungsi sepatutnya. (ooo. sekarang baru aku tahu kenapa kadang-kadang tak boleh duduk diam dan kelam-kabut sedangkan kekadang itu relax ja)
Bagaimana kaedah untuk mengurangkan dan mengelakkan toksik berlebihan dalam badan?
  1. makan makanan yang kaya dengan fiber
  2. cuci dan jaga hati melalui minum teh hijau
  3. ambil Vitamin C
  4. minum sekurang kurangnya 8 gelas air putih sehari
  5. breathe deeply (ok yang ini nanti aku hari-hari buat. hehe)
  6. hot shower 5 minit
  7. sauna
  8. Exercise ( setiap hujung minggu wajib cycling. hiks)
Harap-harap maklumat ini berguna untuk semua orang. Kekadang kita tak tahu punca-punca yang berlaku dalam diri kita. Rupanya banyak juga pengaruh toksik kepada kita. Sekurang-kurangnya kita boleh menjada kesihatan dan mengelak apa yang tak sepatutnya berlaku.
'BADAN SIHAT, MINDA CERDAS'

 Sumber:
  1. http://sayapunadablog.blogspot.com
  2. ahcorner.blogspot.com