Thursday, June 7, 2012

Kekuatan EQ & IQ

Apa gunanya pandai IQ tinggi tapi kejam. Jahat plak tu. Macam tidak ada perasaan untuk fikirkan orang lain. Pentingkan diri sendiri.Jangan hanya meningkatkan IQ semata-mata. EQ juga harus diberikan perhatian sebab EQ boleh membantu kita untuk mengawal emosi. Taklah emo ja sepanjang masa. =)

Berdasarkan pengalaman hidup aku sendiri, aku tengok orang itu pandai sangat. Tapi pandai dari segi IQ ja la. Kalau dari segi EQ, macam tak boleh nak fikir yang baik dan apa yang buruk sebab tak boleh mengawal emosi. Hanya fikirkan diri sendiri sahaja. Tak kisah nak buat jahat kat orang lain ka. Suka hati ja walaupun pandai. Mungkin perasan hasad dengki ada kaitan dengan tidak berjaya menguasai EQ.

"Siapakah manusia paling pintar didunia ini?Nama Marilyn Mach Vost Savant meletop apabila beliau memperoleh markah ujian IQ paling tinggi didunia iaitu 230.Markah purata kebanyakan manusia hanyalah 100!

Persoalannya adakah IQ amat penting demi menentukan kejayaan seseorang?Jawapannya

tidak sama sekali.Sejarah membuktikan bahawa kemahiran mengendali emosi(EQ) adalah

lebih penting daripada kemahiran intelektual semulajadi(IQ) demi mencapai kejayaan!




Hal ini terbukti apabila ramainya cerdik pintar didalam pelajaran gagal apabila berdepan dengan alam pekerjaan. Dengan erti kata lain,mereka tidak dapat menyesuaikan diri dan gagal menjadi pekerja cemerlang.

ROBERT JARVICK DAN JANTUNG TIRUANNYA

Contoh paling jelas ialah dalam bidang perubatan.Dr Robert Jarvick begitu terkenal
apabila berjaya mencipta jantung tiruan pertama yang boleh digunakan. Ciptaan beliau berjaya menyelamatkan nyawa ramai orang yang tenat sementara menunggu penderma jantung sebenar. Dr Robert Jarvick mendapat markah yang terlampau rendah dalam ujian IQ!beliau dikategorikan sebagai seorang yang dungu!

Thomas Alva Edison yang mencipta lampu mentol pula pernah diusir dari sekolah kerana didakwa 'berotak udang' dan tidak boleh menerima pelajaran. Tidak perlu disebut lagi kisah tentang Bill Gates yang juga diberhentikan dari Universiti Harvard dan pernah bekerja sebagai office boy sahaja.

Paling membanggakan ialah orang melayu sendiri iaitu En.Ramli bin Mokni pengasas Ramli Burger (pengeluar burger terbesar Malaysia) dimana Ramli Burger mencapai jualan RM 50juta setahun! En.Ramli bin Mokni sendiri hanyalah berkelulusan SPM dan tak pernah masuk mana-mana universiti!

TRADEMARK RAMLI BURGER TERKENAL SELURUH NEGARA


Ini membuktikan bahawa EQ adalah amat-amat penting berbanding IQ.Bagaimana mencapai EQ ini?Dr.Mariani Mansor (pensyarah psikologi UPM) telah menggariskan beberapa panduan untuk mencapai EQ yang tinggi iaitu:


1.Sentiasa mengkehendakkan kejayaan dan pencapaian(own record breaking)
2.Kaji kesilapan masa lalu dan perbaiki
3.Sentiasa memanfaatkan waktu
4.Berusaha cari kebenaran dan penyelesaian dalam setiap masalah
5.Belajar membezakan perasaan sendiri.kawal perasaan sendiri
6.Jalinkan hubungan positif
7.Sentiasa berfikiran positif
8.Gunakan kekuatan diri untuk tingkatkan semangat


Marilah sama-sama tingkatkan EQ agar kita lebih mudah mencapai kejayaan. Ramai penjahat didunia ini menggunakan IQ yang tinggi dalam melakukan jenayah!dimana letaknya EQ mereka?fikir-fikirkanlah."

Credit to dosefire

@anys_hazwanie: Mari kita sama-sama mengimbangi di antara IQ dan EQ. Ia sangat membantu untuk mendapatkan kejayaan! Yakin Boleh!