Friday, May 11, 2012

Tips Berjimat Cermat

  1. List barang keperluan sahaja. Kalau tak list, mesti akan ter 'overbudget'. Tapi list pon over jugak.
  2. Tengok harga barang sebelum membeli. Kadang-kadang lain tempat lain harga walaupun barang yang sama. Dan mungkin berlaku kenaikan harga.
  3. Cuba disiplinkan diri sewaktu berbelanja.
  4. Time nak shopping ka, nak beli barang keperluan atau apa-apa pun keadaaan sewaktu dengannya. Jangan berbelanja ikut suka hati a.k.a hawa nafsu. Kadang-kadang beli tak guna pun. Contoh macam aku walaupun dari segi makanan. Beli ja, tapi tak makan pun. Tipu dan dusta ja semua itu. 
  5. Ketika berbelanja aku lebih suka berfikir. Kalau tak nanti confirm leka dan terlajak membeli-belah. Bila berfikir aku akan lebih fokus kepada barang apa yang nak dibeli.
  6. Kalau agak belanja terlebih had. Contoh, sedar-sedar duit dah tidak ada. Tak tahu buat apa@ beli apa. Macam hilang ingatan sementara waktu. Cuba list down apa yang kita belanja. Kita akan nampak flow duit keluar/masuk sebab kita boleh mengelak kejadian yang tak diingini seperti ini berlagu lagi. Aku selalu buat macam ini sebab tetiba rasa macam duit hilang. haha. Walaupun RM100 ja pun. Kalau sikit-sikit pun tak boleh nak mengelak apatah duit banyak. Benda yang sama tetap akan berlaku.
Kalau nak list tip sampai bila-bila pon tak habis sebab kena ikut lifestyle setiap orang berbelanja. Setiap orang ada lifestyle masing-masing.

*Dalam banyak-banyak tip, paling penting kena DISIPLINKAN DIRI SENDIRI. Sebab ini part yang paling susah. Sekali dah disiplin diri sendiri segala-galanya menjadi mudah. ;)


By Hanis Hazwani

@kalau ada lagi tip-tip yang berkesan boleh lah share di kotak komen di bawah. Tak rugi pon share. Pada masa yang sama kita boleh membantu antara satu sama lain. ;)