Saturday, May 26, 2012

Inspirasi: Christopher Gadner dari JALANAN ke JUTAWAN


You got a dream... You gotta protect it. People can't do somethin' themselves, they wanna tell you you can't do it. If you want somethin', go get it. Period. - Christopher Gadner

 
Sering kita dengar orang menyebut perkataan "inspirasi". Kalau mengikut definasinya, inspirasi bererti sesuatu yang menggerakkan hati untuk mencipta sesuatu (hasil seni dan lain-lain); atau disebut juga ilham. Seperti sewaktu kita sedang bercinta, " kau inspirasiku" bermakna kerana dialah (orang yang kita sayang) kita mempunyai ilham untuk menghasilkan sesuatu. Begitu juga dalam perniagaan, bila kita mendengar sesuatu cerita atau kisah yang menyentuh hati kita untuk berbuat sesuatu dan menghasilkan kejayaan, itu juga dikatakan inspirasi.


Banyak cerita atau kisah yang boleh kita jadikan inspirasi. Cerita tentang seseorang berusaha unutk mencapai kejayaan selalunya memberikan inspirasi yang baik. Cerita cerita tentang bagaimana sekumpulan orang yang berkerja sama untuk mencapai impian juga boleh dijadikan inspirasi buat kita.


Kadang kadang inspirasi datang dengan membaca ayat ringkas, kata kata madah, melihat sesuatu kejadian, mendengar khutbah agama, pendeknya, inspirasi berada di mana mana. Kali ini, untuk dijadikan inspirasi biar kita baca tentang seorang ayah yang tidak berumah dan terpaksa menjaga anaknya yang masih kecil, namun kerana punya cita ciat dan punya kemahuan serta berusaha, dia kini berjaya. 

Christopher Paul Gardner. Lahir di Milwaukee, Amerika Syarikat, pada Februari 9, 1954. Semasa kecilnya, Chris tidak mempunyai lelaki yang layak dicontohinya, ayahnya tinggal di Lousiana sementara ayah tirinya seorang yang kasar dan sering memukul adik beradik dia yang lain.

Walaupun ibunya mengalami masalah di dalam perkahwinannya dan juga pernah di tahan polis sehingga Chris dan adik beradik terpaksa di hantar ke rumah anak angkat namun ibunya itulah yang menjadi sumber inspirasi dia dan kekuatan untuknya. Bettye Jean, ibunya juga yang mengajar dia supaya percaya kepada diri sendiri dan menanamkan benih berdikari di dalam dirinya.

Ketika dia meningkat dewasa, dia mendaftarkan diri dan berkhidmat di dalam Tentera Laut America Syarikat. Apabila dia tamat perkhidmatan, dia telah berkerja di dalam bidang perubatan namun apabila mendapati gajinya kurang untuk menyara keluarganya dia berhenti dan memulakan kariernya sebagai jurujual peralatan kesihatan.

Satu malam semasa dia berada di Hospital San Francisco untuk melakukan jualan , dia terpandang sebuah Ferarri berwarna merah. Seorang lelaki berpakaian kemas melangkah keluar, DLJ stockbroker Bob Bridges. Chris sempat menanyakan soalan,
"Apa yang kamu lakukan?" dan "bagaiman kamu melakukannya?". Malalui makan tengahari, Bob nmemberitahunya yang dia menguruskan pelaburan untuk oang kaya dan walaupun Chris tidak mempunyai pengetahuan tentang industri itu, dia juga mungkin layak untuk menyertai program latihan bersama firma yang sedia ada. Setelah dia mendapat tahu pendapatan Bob sebanyak $80,000. sebulan berbanding dia hanya $30,000 setahun, saat itu juga dia rasa yang dia tahu itu yang perlu dilakukannya.

Chris berjaya mendapat tempat sebagai pelatih di E.F Hutton, bersemangat untuk memulakan programme tersebut, Chris telah meninggalkan pekerjaannya sebagai jurujual. Nasibnya tidak bertambah baik malah menjadi lebih teruk. Pegawai yang menemurumah Chris telah di berhentikan kerja seminggu yang lalu. Sementara, Jackie, kekasihnya telah menuduh dia memukulnya dan melaporkannya kepada polis. Chris telah di tahan dan mendapat tahu kesalahan saman parking berjumlah $1200.00 dan akhirnya dipenjara selama 10 hari kerana kesalahan itu. Sekembalinya Chris ke apartment mereka, dia mendapati rumah itu telah kosong. Jackie telah meninggalkannya bersama anak mereka. Tanpa mempunyai apa apa, dan dengan baju yang sama semasa dia di tahan, Chris berjaya mendapat tempat sebagai pelatih di Dean Witters Reynolds setelah menghadiri satu temuduga.

 Selama empat bulan, keseorangan tanpa mengetahui di mana anaknya berada, Chris bekerja keras di Dean Witters Reynolds. Dia lulus ujian serta berjaya mendapat lesen sebagai seorang broker. Dia juga diterima bekerja sebagai pekerja sepenuh masa. Kemudiannya, Chris bekerja di Bear Stearns & Company di San Francisco.

Jackie kembali hanya untuk memulangkan anak mereka dan Chris sememangnya sanggup untuk mengambil alih tanggungjawap untuk menjaga Chris. Walaupun ketika itu dia mampu untuk menyewa sebuah apartment kecil, Chris terpaksa keluar kerana kanak kanak tidak dibenarkan tinggal di situ.


Chris dan anaknya terpaksa hidup di jalanan tanpa rumah. Chris menghadapi saat yang paling susah dalam kehidupannya. Dia menderma darah untuk mendapatkan wang dengan perasaan berat tapi demi menampung kehidupan dia dan anaknya, dia terpaksa melakukannya juga. Seorang paderi sering mambantu dia dan pelacur yang sudah biasa dengan kehadiran ayah yang memnyorong anaknya di dalam troli juga turut memberi sedikit bantuan. Bantuan yang di beri itu sangat dihargai oleh Chris, walaupun kecil tapi di saat dia tak mampu untuk memberi anaknya makan, duit itulah yang menolong dia. Ada masanya, bila Chris berjaya mengumpul wang sejumlah $25.00, dia akan menyewa sebuah bilik di Motel Palms untuk dia dan anaknya tidur.

Bila dia tidak mampu menyewa bilik, mereka akan ke stesen Bay Area Rapid Transit dan menginap di salah satu bilik airnya. Mereka akan mandi di sinki dan mengunci bilik air itu untuk bermalam.

Chris juga akan beratur di pusat perlindungan untuk mendapatkan makanan. Semasa beratur, Chris telah di lihat oleh Rev. Cecil Williams. Walaupun pusat perlindungan
Glide Memorial Church hanya untuk perempuan dan anaknya tetapi Rev. Cecil telah mengecualikannya dan membenarkan Chris dan anaknya bermalam di situ.

Satu malam ketika dia sedang memandikan anaknya yang hanya diterangi oleh cahaya dari sebatang lilin kerana bekalan eletrik telah diputuskan, disaat dia sedang meratapi kesusahan yang dihadapinya dan tidak tahu samaada mahu berhenti atau meneruskannya, anaknya yang seakan tahu perasaannya bangun dan berdiri di dalam tub mandi sembil berkata
"Ayah tau tak? ayah seorang ayah yang baik". Perkataan itu cukup untuk Chris meneruskan usahanya dan akhirnya setelah berkerja keras untuk beberapa tahun, Chris akhirnya berjaya dan mula membuka firmanya sendiri. Kini Chris merupakan seorang yang bergelar jutawan dan orang berkulit hitam yang berpengaruh di Amerika Syarikat.


Melalui kisahnya ini, dia telah mengarang sebah buku yang diberi tajuk, "The Pursuit of Happyness", ejaan 'happyness' didapatinya di luar bilik pusat jagaan kanak kanak di mana Chris Jr. dihantar.


Sebuah filem dengan tajuk yang sama juga telah diterbitkan. Wiil Smith dan Jaden Smith melakunkan watak Christopher Gadner dan Christopher Gadner Jr. Namun ada babak babak telah ditokok tambah untuk mendapatkan nilai komersial di dalam filem tersebut. Walaubagaimana pun, filem tersebut secara keseluruhan menceritakan kisah sebenar seperti apa yang ditulis melalui bukunya. Will Smith yang terkenal sebagai seorang pelakun yang hebat telah berjaya membawa watak Chris dengan baik. Filem ini memang menarik, jalan cerita yang menarik beremosi sesuai uuntuk tontonan bagi mendapat inspirasi dan motivasi yang kita perlukan sehari hari.