Saturday, April 14, 2012

10 Jalan Paling Bahaya Di Dunia

10. Jalan India Grand Trunk (India)


Dibina sejak abad ke 16 India’s Grand Trunk Road (dikenali sbg GT) menjalar sejauh 1500 batu dari Bangladesh di timur hingga Pakistan di barat menjadikan jalan terpenting sepanjang daerah India selama bertahun-tahun, jalan ini digunakan sebagai cara mudah untuk mengelak dari tentera oleh pedagang. GT dikira bahaya bukan sebab ketinggian ataupon keadaan jalan yg menyakitkan jiwa tapi sebab keadaan trafik kat situ trak, bas, basikal, pejalan kaki, dan binatang memang menyakitkan kepala.


9. Grimsel Pass (Switzerland)


Grimsel Pass sangat popular dengan jalannya yang paling cantik di dunia. Di jalan ini menjalar atas gunung yang tingginya 2165m tinggi dibina dekat Lembah Rhone River dan Lembah Haslital.



8. Lebuhraya Pan American (Amerika - Alaska)


Lebuhraya Pan American sangat popular sebagai jalan paling ekstrim di dunia. Jalan ini menjalar sepanjang 30 ribu batu dari Alaska sampai Amerika Selatan. Guiness Book of World Records jugak  mengiktiraf jalan ini sebagai jalan terpanjang di dunia yangg boleh digunakan oleh kenderaan. Jalan yang panjang ini merentasi macam-macam bentuk muka bumi. Sepanjang jalan ini ada macam-macam musim dan suhu yg ekstreme. Masalah di jalan ini adalah banjir kilat dan tanah runtuh. Tak terkecuali jugak selekoh tajam dan jalan curam.

7. Lebuhraya Halsema (Filipina)


Teletak kat Pulau Luzon, Lebuhraya Halsema dibina merentas Teluk Cordillerain dari Baguio ke Bontoc dan bersambung lagi ke Tabuk dan Tuguegarao tanah runtuh dan batu jatuh itu sesuatu yang biasa di sini. Ini menyebabkan kenderaan stuck utk berjam-jam. Banyak bahagian jalan yang masih tak diturap. Walaupon jalan ini diperbaiki tapi masih ada tebing-tebing yang curam yang menunggu untuk membunuh. Keadaan kabus dan tidak ada benteng memang best bagi sesiapa nak lalu jalan ini.

6. Jalan A682(England)



Jalan A682 antara simpang 13 jalan M65 dan Long Preston ini adalah jalan paling teruk di England. Sepanjang 10 tahun lepas 100 orang dah berjaya menempah kubur. Ada satu hotspot untuk jalan ini iaitu kat jalan single lane sepanjang 14 batu dekat dengan Nelson, Lancs, dan Long Preston kat Yorkshire Utara. Disitu sahaja berlaku 22 eksiden paling buruk dalam 3 tahun. Pakar-pakar cakap yang akan ada 0.5 kematian per 10 batu setiap tahun. Walaupun orang cakap bahaya, tapi jalan ini digemari pembonceng moto terutama time pagi Ahad (Tangga Troll) adalah jalan gunung kat Rauma, Norway dan adalah sebahagian dari Norwegian National Road 63.

5. Trollstigen (Norway)


Jalan ini popular sebab sudut jalan sebanyak 9% dan 11 slekoh tajam betul-betul kat curam gunung. Walaupon jalan dah dibesarkan, kenderaan lebih 12.4m panjang adalah diharamkan dari masuk jalan ini. Dekat puncak gunung ada satu tempat untuk parking kereta supaya pemandu boleh berehat sebelum sambung perjalanan turun.

4. Ruta 5: Arica to Iquique Road (Chile)



Jalan yang menghubungkan Arica ke Iquique ini memang dibina untuk menjadi berbahaya. Terdapat laluan lembah paling dalam dengan angin kencang.

3. Jalan Siberian ke Yakutsk (Russia)


Jalan ini menjalar dari Moscow ke Yakutsk yang jugak tempat paling sejuk di luar Antartika yang pernah direkodkan kebanyakan rumah dibina atas konkrit sebab tanahnya yang sememangnya ais. Waktu musim sejuk yang kira-kira 10 bulan jalan ini dilanda salji yang sangat teruk dengan ais yang mengaburi pandangan.Menurut orang-orang Siberia dulu kala jalan itu tak berturap sebab nk halau tentera Jerman masa perang Dunia Ke-2. Tapi sebenarnya disebabkan oleh permafrost (beku sepanjang masa). Bila masuk musim panas, hujan mula cairkan ais dan berlumbur.



2. Lebuhraya James Dalton (Alaska)


Lebuhraya James Dalton adalah jalan berbatu sepanjang 414 batu. Sememangnya jalan ini bukan untuk orang berjiwa tenang mahupun kereta barucermin kereta dan lampu depan memang target utama batu-batu yang terbang di sini. Jalan ini digunakan untuk bawak bekalan ke pelantar minyak di Teluk Prudhoe.




1. Jalan Yungas Selatan (Bolivia)



Jalan ini sepanjang 61 hingga 69 km dari La Paz (ibu negara Bolivia) ke Coroico (kawasan Amazon) jalan ini dikategorikan sebagai jalan legend. Pada 1995, Inter American Development Bank start panggil sbg "Jalan Kematian". Direkodkan 200-300 pengembara mati waktu melalui jalan ini sepanjang tahun di sepanjang jalan ada tanda cross sebagai tanda kenderaan pernah jatuh kat situ.
 

Sekarang tidak padat sebab ada jalan alternatif yang baru dibina untuk menghubungakn dua bandar tadi. Disebabkan sejuk sehingga bersalji di atas gunung dan hutan Amazon yang lembap menghasilkan awan kat jalan ini. Di sini juga ada khidmat cuci kereta free. Jika kenderaan lalu di situ akan ada air bukit yang jatuh bak air terjun tengah-tengah jalan itu. Di sini jurang-jurangnya tinggi dan jalan yang amat sempit.

Kredit to http://fahmiaizuddin.blogspot.com

@Berbahayanya jalan-jalan ini. Kalau ada sesiapa teringin nak try jalan-jalan adventure macam ini. Boleh sila mencuba. haha.