Saturday, March 24, 2012

Apa erti hensem/lawa bagi kamu semua?


Orang selalu salah faham hensem/lawa. Aku pasti mesti setiap orang akan ada definisi hensem/lawa masing-masing. Kadang-kadang orang semua nampak dia tak hensem/lawa tapi bagi seseorang hensem/lawa bagi mereka. Masing-masing ada citarasa kot. 

Definisi hensem/lawa bagi aku bukan terletak 100% kepada paras rupa. Sapa tak pandang paras rupa semua orang pandang. haha. Bagi aku character, behavior dan attitude seseorang itu yang akan memainkan peranan penting. Setiap orang ada cara masing-masing. Setiap cara itu yang akan dipandang unik mengikut character masing-masing. Kebiasaannya, seseorang yang mempunya character yang menarik akan mendapat perhatian lebih.

Aku tak pasti bagaimana pandangan orang lain mengenai definisi hensem/lawa. Aku lebih tertarik dengan character seseorang. Kalau orang tu hensem/lawa, mungkin hanya satu extra untuk diri beliau. Nasib badan la. Fizikal seseorang hanya nampak sahaja tapi bila dah kenal ermm.. sebab itu aku lebih pentingkan character seseorang. Contoh: Awal Ashaari. haha Aku tau dia tak hensem sangat pun style ja lebih tapi aku suka sebab dia ada gaya dan character yang tersendiri. 

Setiap orang ada cara yang sendiri. Tak perlu jadik sempurna sangat la kot sebab perfect is boring! Lebih baik menjadi diri sendiri yang dah tercipta oleh Maha Pencipta seelok-eloknya nak buat apa nak ubah. 
"The Character never lies who you are" Depa ingat guna ayat bole tipu ka? hehe