Monday, February 13, 2012

Khasiat Madu Kelulut@Trigona Bee Honey

"Kelulut biasanya terdapat di hutan dan bersarang pada batang kayu yang telah ditebang.

“Beberapa sarang direka di ladang di Serdang bertujuan memanipulasi koloni bagi pendebungaan beberapa spesies buah-buahan serta buah-buahan dengan bunga kecil dan penghasilan madu.

“Kepelbagaian kelulut boleh dilihat menerusi bentuk sarang,” katanya.

Koloni kelulut di MARDI diletakkan di ladang durian, belimbing dan longan sebagai agen pendebungaan yang berjaya.

“Misalnya ladang durian yang mempunyai koloni kelulut menunjukkan peningkatan hasil dan sentiasa berbuah tidak mengira musim,” katanya.

Lebih istimewa, lebah kelulut mudah mendebungakan bunga bersaiz kecil yang tidak boleh dilakukan lebah madu.

Bagi tujuan komersial, koloni kelulut diletakkan dalam kotak yang boleh memuatkan 1,000 hingga 2,000 ekor.

“Dalam masa sebulan hasil kelulut sudah boleh dituai dalam bentuk madu, debunga dan propolis dan pengambilan madu lebih mudah kerana kelulut tiada sengat,” katanya.

Kelebihan kelulut adalah madunya boleh diambil setiap bulan apabila kotak sarang telah penuh dan madu berada di dalam kantung-kantung kecil.

Setakat ini madu kelulut belum lagi dikomersialkan kerana masih ramai tidak mengetahui kelebihan kelulut.

“Sama seperti lebah madu, kelulut juga menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan khasiat seperti antioksidan yang tinggi.

“Madu kelulut rasanya agak masam berbanding madu biasa dan warnanya lebih cerah,” katanya.

Madu kelulut lebih mahal dibandingkan dengan madu lebah biasa kerana kurang di pasaran.
Produk propolis berwarna kehitaman dikumpulkan oleh kelulut pekerja iaitu resin pokok yang dicampurkan dengan air liur serta makanan seperti debunga dan bunga.

Bahan propolis digunakan untuk melapisi bahagian dalam sarang bagi mengekalkan keadaan steril kerana anak kelulut amat sensitif dengan virus, kulat dan serangga perosak.

Propolis boleh berfungsi sebagai antikulat, antifungus, antibakteria dan antiradang yang biasanya digunakan sebagai bahan aktif dalam kosmetik, krim dan tablet.

Kelulut mudah diuruskan kerana tidak seperti lebah madu yang sering hilang, tidak tinggal di sarang serta mudah diserang penyakit.

Justeru, kajian mendalam mengenai produk kelulut perlu dijalankan bagi membolehkannya dikomersialkan pada masa hadapan."
-Dari kajian MARDI-


Kajian MARDI turut mendapati madu kelulut mempunyai anti-oksidan yang tinggi, serta kaya dengan antibiotik semulajadi. Atas kelebihan itulah madu kelulut kini dicari mereka yang pentingkan kesihatan. Berbanding dengan madu lebah, madu kelulut dikatakan lebih kuat untuk tenaga batin. Rasanya yang manis dan sedikit masam serta tidak terlalu pekat menyebabkan ia mudah diambil. Seperti madu lebah, madu ini disyorkan diambil sesudu di waktu pagi dan malam, kalau boleh elakkan meminum madu menggunakan sudu keluli.  

Madu lebah kelulut dan mempunyai pelbagai khasiat untuk tujuan perubatan dan kesihatan. Antara penyakit dilaporkan sembuh menggunakan rawatan tradisional produk lebah kelulut adalah diabetis, mellitus, strok, kanser, hipertensi, malah ada juga kes HIV/AIDS. Selain itu, madu kelulut juga boleh mengurangkan masalah sakit-sakit sendi.