Thursday, December 8, 2011

Zumba Fitness Workout

Mungkin ada yang masih tak tahu mengenai Zumba fitness. Ia adalah satu senamam yang bergerak cepat dan menyeronokkan. Zumba juga dikatakan seperti 'Parti Kecerdasan' atau 'Party Fitness'

Zumba ini mudah saja tak susah. Step-step mudah untuk semua orang ikut dan cepat menguasai step-step tersebut sebab step zumba akan berulang-ulang. Sesiapa saja boleh join zumba fitness ini baik lelaki, wanita ataupun kanak-kanak juga boleh join fitness class. Tak pergi class pon boleh jugak. Search video kat youtube pon boleh. Berlambak zumba choreographer upload. Kot-kot malu nak dance di kelas aerobik yang ramai tu. Boleh la try di rumah. ;)

Zumba sejenis aerobics yang berbetuk latin american music. Tarian latin American styles seperti salsa, samba, merengue, cuba, calypso, reggaeton and hiphop.

Zumba fitness boleh membantu kita untuk membina stamina dan semestinya untuk mengurangkan berat badan! Di samping, zumba ini juga dapat membantu membentuk bentuk badan. Kalau girls mesti suka.

Mungkin ada info yang aku bagi ni ada salah dan silap. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh la cuba dan try carik kat google. Kalau tak pon pergi tanya kat kaunter aerobic class.
 Let's Yourself go with Zumba = Party Time!


*Memandangkan aku pun dah lama tak exercise. Aku kena jugak la rajin exercise. Sebab dulu time study pergi kelas jalan kaki walaupun tinggal di rumah sewa. So, kena la panjat bukit turun bukit. hehe Sekarang dah tak study stamina pun semakin kurang. hurmm..