Tuesday, December 27, 2011

Kesabaran memang Pahit tapi Buahnya amat manis sekali

Barangkali kisah seorang multijutawan dari Thailand yang jatuh miskin dapat dijadikan sebagai penyuntik semangat kepada para peniaga yang pernah mengalami kegagalan. Jutawan itu bukan sekadar menjadi miskin tetapi hilang segala-galanya dalam krisis ekonomi yang berlaku di Asia pada tahun 1997. Daripada seorang broker sahan dan ahli perniagaan yang berjaya, beliau kini muflis. Dalam sekelip mata, semua harta dan kekayaannya hilang disebabkan kejatuhan pasaran hartanah di Thailand. Bangunan kondominium yang dibina tidak dapat dijual menyebabkan beliau gagal membayar balik pinjaman bank.

Walaupun sudah diisytiharkan muflis dan menanggung beban hutang yang besar, tetapi beliau terus gigih berusaha dan tabah bagi membina semula empayar perniagaannya yang sudah lenyap. Beliau tidak mengambil jalan singkat dengan membunuh diri sebagaiman yang dilakukan oleh ahli perniagaan  yang gagal. Sebaliknya beliau membuka perniagaan secara kecil-kecilan menjual sandwic. Makanan itu dijaja ke merata tempat dengan berjalan kaki. Bagaimanakah perasaan kita jika terpaksa menempuh perjalanan kaki. Bagaimanakah perasaan kita jika terpaksa menempuh perjalanan hidup yang dilalui oleh bekas jutawan itu? Daripada seorang  yang kaya-raya menjadi papa kedana. Mungkin kita akan rasa malu dan tidak sanggup melakukan pekerjaan itu. Bukan sahaja  seorang bekas jutawan tidak sanggup melakukan pekerjaannya, malah anak muda yang mempunyai kelulusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pun tidak akan tergamak melakukan pekerjaan yang dianggap bertaraf rendah.

Tetapi tidak bagi bekas jutawan itu yang sanggup mengenepikan segala perasaan malu, segan dan takut hendak berniaga secara kecil-kecilan.

Beliau sedar, perniagaan itu tidak memberikan jaminan kekayaan dan kejayaan kepadanya. Namun jauh  di sudut hatinya, tersemat sebuah keyakinan bahawa dengan berkat ketekunan dan kezaman yang kuat, beliau boleh bangkit semula. Dalam tempoh masa yang singkat, beliau menjadi popular dan terkenal sehingga diwawancara oleh puluh media cetak dan elektronik di dalam dan luar negara. Beliau popular bukan kerana sandwich yang dijualnya tetapi semangat juangnya hendak keluar daripada keadaan yang paling buruk.

Sumber: Rahsia Bisnes Orang Cina