Pages - Menu

Thursday, December 16, 2010

Tip Kurangkan Berat Badan


Hari yang mulia tersangat indah ini ada gak ayat macam nih aku ingin memberi sedikit tip tentang bagaimana untuk menguruskan badan badan. Walaupun berbagai-bagai tip yang wujud di merata-rata tempat aku tetap nak share jugak info nih. Supaya nanti aku pon tak lupa bila aku baca blog aku sendiri hehe. Search di en google pon boleh dapat tip ini dengan cepat. Aku nak share jugak. Suka hati lah. Hehe

Ok tip untuk kurangkan berat badan ialah...jeng..jeng. Taklah special pon tak mahal murah ja boleh didapati di supermarket yang berdekatan. Mungkin ramai yang dah mengetahui. Lemon adalah jawapannya. Lemon sejenis buah yang membantu untuk kurangkan berat dengan lebih cepat berbanding dengan buah epal. Ini menurut eksperiman aku la. Tapi tak tahu la eksperiman orang lain. hehe

Mungkin ramai orang tahu tentang khasiat buah lemon ini. Aku rasa tak perlu kot nak explain panjang lebar. Aku buat list dengan ayat yang pendek dan mudah untuk semua orang tahu kelebihan-kelebihan buah lemon ini. Tujuan aku untuk semua orang tahu dan ingat kelebihan2 lemon disampaing itu aku pun cepat ingat. Nenek aku kata tak bek kedekut ilmu nih. Nanti cepat lupa tak mau mau berkembang. Hehe

Kelebihan – kelebihan Lemon

· Mengandungi vitamin C, vitamin B, riboflavin dan mineral seperti calcium, phosphorus, magnesium. (search kat Mr & Mrs Google kalau tak paham na)

· Menghilangkan masalah percernaaan

· Mencantikkan kulit dan anti-aging

· Merawat gigi dan gusi

· Merawat sakit tekak atau berkaitan dengan tekak

· Menurunkan berat badan dengan cepat (bold ckit hehe)

· Mengurangkan tekanan darah tinggi

· Menyembuhkan masalah pernafasan (asma)

· Flush bakteria dan racun dari badan

· Mengurangkan demam

· Pembersih darah

Banyak sangat kelebihan lemon nih. Sebenarnya aku pun tak tahu sangat kalau tak search sendiri. Yang aku tahu lemon cepat turunkan berat badan ja. Jadi, gadis-gadis wanita-wanita dan sesiapa yang tak kisah lah laki pun boleh mencuba tip ini untuk mengurangkan berat badan dan membuang lemak-lemak berlebihan yang sentiasa menemani kita. Supaya lebih cun melecun dan hensem sampai meletop haha

Selamat Mencuba!

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

http://www.churpchurp.com/anyshazwanie/share/catch-korean-pop-stars-live-in-malaysia

http://www.churpchurp.com/anyshazwanie/share/celcomeveryone-sale

http://www.churpchurp.com/anyshazwanie/share/celcom-greatsale


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda
saya sangat menghargai anda yang sudi melawat blog ini =)