Pages - Menu

Wednesday, February 3, 2010

10 Adegan Tak Logik

Untuk renungan bersama...
Pernah tak korang tengok filem2 atau drama2 tempatan di mana situasi yang tak logik?

1. Seorang lelaki berjalan menuju ke pondok telefon dan memasukkan syiling. Kemudian dia mendail nombor yang hendah dihubungi. Setelah sahaja menekan nombor, tidak sampai dua saat dia sudah berkata... Hello. Satu adegan yang tidak logik sedangkan talian telefon memerlukan masa lebih kurang lima saat untuk disambung. Belum dicampur lagi masa yang diperlukan oleh si penjawab bangun, berjalan dan menjawab panggilan. Adegan tidak logik ini memang wujud dalam drama tempatan melayu sejak dahulu hingga kini.

2. Dalam drama bersiri Gerak Khas, sebelum babak perbualan di pejabat polis, kamera fokus diluar ibu pejabat polis dimana terdapat dua anggota polis wanita berjalan seiringan keluar dan masuk... Dua anggota polis berkenaan muncul hampir setiap siri drama tersebut dengan gaya seperti orang berkawat malas.

3. Kebanyakkan filem seram tempatan memaparkan banyak adegan menjerit. Pengarah filem tersebut lupa bahawa sebenarnya penontonlah yang perlu menjerit ketakutan, bukannya pelakon.

4. Jika anda orang utara, pastinya anda meluat dan menyampah bila melihat pelakon-pelakon yang cuba berlakon dan bercakap loghat utara. Ini kerana mereka fikir mereka boleh membawa watak orang utara. Pada hakikatnya tidak.

5. Dalam drama melayu, jika ada babak perbualan antara seorang wanita cina dengan ahli keluarganya, perbualan tersebut dalam bahasa melayu!!! Bukannya bahasa cina. Tetapi dalam drama cina pula, babak perbualan antara wanita melayu dengan ahli keluarganya adalah dalam bahasa melayu juga... .

6. Ayat yang sering digunakan dalam drama bersiri Gerak Khas... . "Tuan ada baca akhbar semalam?"

7. Satu babak dalam drama bersiri slot Samarinda... Seorang lelaki bekerja di pejabatnya... Tiba-tiba handphonenya berbunyi.. Handphone yang digunakan adalah jenis Nokia yang mengunakan ringtone polifonik tetapi bunyi yang kita dengar adalah bunyi handphone biasa (monofonik).

8. Babak ini yang kelakar... Seorang pelakon memberitahu rakannya bahawa dia hendak menulis email kepada seseorang. Dia kemudiannya duduk di hadapan komputer dan mula menaip. Kamera yang ketika itu fokus pada monitor jelas menunjukkan pelakon berkenaan melulis email menggunakan Microsoft Word!!!.

9. Dalam satu adegan dalam sebuah filem, satu babak tembak-menembak telah berlaku diantara polis dengan penjahat. Pihak polis menggunakan sebuah kereta Mitsubishi Lancer (evo berapa tak ingat) sebagai perisai dan berlindung di balik kereta berkenaan. Polis secara berterusan dihujani berpuluh-puluh peluru dari penjahat... Tetapi kereta tersebut hanya kena satu das sahaja.

10. Semua filem seram karya penerbit tempatan akan berakhir dengan mimpi semata-mata. Anda tak perlu lagi ke panggung wayang... (Jika ada filem seram baru) kerana kesudahannya sudah anda ketahui, hanyalah mimpi. Ini adalah garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem... .

19 comments:

  1. serius anda cukup teliti memerhatikan semua ini
    big clap for u=p

    ^^

    ReplyDelete
  2. bravo.. ko mmg peminat pelem melayu.. heheh

    ReplyDelete
  3. salam...
    yes...pak long sokong dan menda tu la yang selalu dok tengok.....
    nanti pak long tambah bagi cukup 100...

    ReplyDelete
  4. artikel yg menarik. seriously kelakar. haha..

    ReplyDelete
  5. erk888
    sememangnya semua benar-benar belaka
    tapi sebenarnya bukan setakat filem tempatan, filem2 oversea pun ade juga adegan tak logiknya


    erk888.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. fatin:ehehe.. tq fatin..hehe

    ery:hehe.. ble lah.. tapi memang betol pon xlogik kot.. setiap situasi kat atas nih..

    pak long:wslm paklong. tau xpa pak long...

    amir:hahahaha.. tau xpa kelakar giler..

    erk:memang la tp jgn la nampak sgt...

    sharinginfoz:tau xpa..

    ReplyDelete
  7. serius..no 1 tu mmg x logik..pasan gak..bru msuk duit..tekan nmbr tgg tbalik..tba2 ckp "hello!"..haha..

    no 3 & no 10..mmg dh serik tgk filem seram tempatan..byk sgt part bunyi org jerit2..sakit tlinga..pastu ending slalu mengecewakn..x best..

    hehe..no 4 setuju sgt..mmg pelik la org luar berlakon cakap utara..geli tlinga nk dengaq..kui3..

    yg no 6 pun..kelakar la..mmg betul..tiap episod mesti dialog tu akan kluar..hehe..

    no 7 pun lawak habis..tepon cap ayam..skali bunyi ringtone kemain canggih..kui3..

    opss..tpjg lak komen..hik3..

    ReplyDelete
  8. ayat tak boleh blah "Tuan ada baca akhbar semalam?"..klakar la..skema punya ayat.. ;D

    ReplyDelete
  9. cik sya:pnjg nya komen...

    mr. z:tue la kan.. skema betoi ayat tu..

    ReplyDelete
  10. Ui....ko tengok cite Gerak Khas ke? Aku ingat drama series tu takde sape yang tengok...ehehe

    ReplyDelete
  11. luna_e:uit luna.. aku xtgk slalu pon... bowink la..hehe..

    ReplyDelete
  12. xde la semua ending filem seram tempatan tu mimpi.
    jangan pandang belakang, congkak, jangan tegur, pontianak harum sundal malam, niang rapik, santau..
    takde satu pun yg ending dgn mimpi kot.
    xtau la kalau selama ni yang sy tgk tu x ending lagi ke.mintak maaf lah.

    ReplyDelete
  13. anonymous:hehe.... memang la.. itu filem skunk.. itu filem dulu...:D

    ReplyDelete
  14. mungkin filem yg dimaksudkan filem seram oleh penulis (no 10) diatas ialah filem MISTIK(2003).

    tapi harus diingat setelah kejayaan filem PONTANAK HARUM SUNDAL MALAM(2004) yang meletup di pawagam, beberapa filem seram mula berpusu-pusu memasuki pawagam.

    dan harus diingat juga filem PHSM adalah di antara filem seram terawal yang berjaya diluluskan oleh lembaga pernapisan filem setelah lebih sedekad filem seram melayu diharamkan di pawagam.jadi mungkin x timbul soal filem dulu atau filem sekarang dlm konteks filem seram di malaysia.

    dan filem2 seram selepas filem PHSM seperti JANGAN PANDANG BELAKANG(2007), JANGAN TEGUR(2009), POTRET MISTIK(2005), dan lain2 merupakan filem yang boleh dikatakan berkualiti dan mendapat kutipan yg agak tinggi.

    jadi dengan menyatakan

    "Anda tak perlu lagi ke panggung wayang... (Jika ada filem seram baru) kerana kesudahannya sudah anda ketahui, hanyalah mimpi."

    adalah tidak adil bagi penggiat2 mahupun peminat filem2 tempatan kerana seolah2 filem2 seram kita adalah sampah.

    maafkan saya kerana mengomen panjang lebar.saya ada mengenali rakan2 yg bergiat dalam pembikinan filem dan saya faham betapa besar kesulitan dan kesukaran utk menghasilkan sesuatu filem.tidak adil lah bagi kita utk menghakimi mereka hanya kerana beberapa filem yang kurang berkualiti.

    terima kasih.

    ReplyDelete
  15. anonymous:yup.. sy pon setuju.... tp apa yg kat atas tu sy ckp untuk filem yg sebelum nih.. sbb 10 adegan tak logik ni pon info yg dah lama... bole sy tahu sape anonymous nih?

    ReplyDelete
  16. ahahaha
    caner kau boleh prasan ni..
    hahak.
    tgelak aku bace

    ISU LELAKI KUAT MERAJUK

    ReplyDelete
  17. aus:mesty la ak perasan... cuba ko sendiri yg tgk betol2 mesty ko pon perasan kot..hehe

    ReplyDelete
  18. cik anys, saya cumalah seorang penulus blog yang malas meng'update' blog sendiri lalu menyebok2 dekat blog orang lain.hehe

    boleh lawati di www.penalicin.blogspot.com
    dah lama x update dan xde apa yg menarik pun

    time kasih

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda
saya sangat menghargai anda yang sudi melawat blog ini =)