
Assalamualaikum kepada blogger2 yang kucintai. Hehe. Macam tulis surat plak. Makhluk jahat yang mengancam? Apakah makhluk tu? Makhluk ni memang wujud kat muka bumi ni. Sebenarnya taklah menakutkan makhluk ni tak makan orang pon. Tapi bagi aku makhluk ni tetap aku takut sebab beliau boleh mengancam.

Makhluk itu adalah Malware. hehe. Malware yang direka khas untuk memasuki secara dan merosakkan sistem komputer tanpa pengetahuan pemilik. Malware adalah termasuk virus, cecacing, kuda trojan, spyware, adware dan lain-lain lagi.
Sejarah Malware:
Malware dicipta bertujuan untuk mengkaji dan sekadar percubaan menguji kemahiran komputer.
Sebelum internet digunakan dengan meluas, virus disebarkan pada komputer peripadi secara menjangkiti program atau sektor boot cakera menjangkiti program atau sektor boot cakera liut.
Malware pertama yang disebarkan adalah cecacing yang ditulis oleh pelajar Cornell University, Robert Morris dilancarkan pada november 1988 untuk tujuan latihan bagi mengukur saiz internet.
Tetapi, kini Malware dihasilkan dengan tujuan mengaut keuntungan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mencuri data, identiti, wang serta maklumat pengguna bagi mendapat keuntungan berlipat ganda
Malware berupaya melakukan jangkitan dan merosakkan tanpa dikesan atau dibuang oleh 'administrator' ketika komputer sedang dijalankan bertujuan untuk mencapai matlamatnya.
Kepintaran dan keteguhan Malware juga amat dikuatiri. Selalunya apabila kita ingin membuang (delete) perisian Malware dari komputer, kita sebenarnya boleh mengaktifkan perisian itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan jejak anda
saya sangat menghargai anda yang sudi melawat blog ini =)