Pages - Menu

Monday, November 30, 2009

Makan Ulat Untuk Jiwai

Tadik selepas aku selesai makan tengah hari, aku tak tahu nak buat apa. So, aku surf internet untuk membaca kosmo. Tetiba, sedang aku membaca aku scroll sampai ke bawah page aku terjumpa link manggaonline.

Lagi pon dah lama aku tidak mengikuti perkembangan terbaru dalam dunia hiburan. Sekali sekala apasalahnya kan? Xsangka Putri Mardiana pelakon filem santau sanggup lakukan apa sahaja untuk membuatkan lakonannya real. Dia sanggup makan ulat untuk jiwai watak beliau. Dia cakap makan ulat tue rasa macam kacang kalau kena makan lagi pon dia tak kisah.

Heee..... Agak geli la. Kalau aku tak sanggup nak makan kot.
"Memang betul saya kena makan semua ulat dan telur hancur seperti yang anda lihat dalam filem Santau. Ulat tu rasa macam kacang dan saya boleh makan lagi.


"Tapi yang tak tahan bila bau telur hanyir bila dah digaul sekali dengan ulat. Tapi apa nak buat, semua dah masuk dalam perut saya pun," ujar pelakon utama Santau, Putri Mardiana mengenai salah satu babak dalam filem tersebut.

Meskipun sepatutnya tiada babak yang memerlukannya berbuat demikian, namun untuk menonjolkan adegan seram dan menjijikkan, ibu kepada tiga orang anak ini mengakui sanggup melakukannya semata-mata inginkan pengalaman, lebih-lebih lagi ini adalah filem pertama lakonannya.

"Sepanjang shooting saya jadi bahan ketawa sebab asyik bermain dengan ulat. Ada scene di mana belakang badan saya diletakkan ulat dan saya terpaksa tahan geli bila ulat tu gigit badan saya.

"Dan saya tak kisah nampak hodoh dalam filem ini sekiranya ia berjaya membuatkan lakonan nampak lebih real. Dan scene saya kena pukul dalam van memang betul-betul, hampir setengah jam saya pengsan," ujarnya mengenai cabaran yang harus dilalui sepanjang proses pembikinan Santau.

Gangguan

"Tak dinafikan memang ada gangguan sepanjang terlibat dengan filem ini. Pernah sekali tu lepas habis shooting di Beranang dalam jam 4.00 pagi, dalam perjalanan pulang tiba-tiba ada benda yang sangat besar melintas di hadapan kereta saya. Bila sampai ke rumah, anjing pula menyalak-nyalak seperti terlihat sesuatu. Tapi itu semua tak buat saya serik untuk berlakon filem seram lagi," ujar pemenang tunggal lakonan program Worldstar Road to Hollywood.

Luangkan Masa Bersama Anak-anak

Biarpun jadualnya makin padat selepas menceburi bidang ini, namun Putri mengakui sentiasa berusaha untuk tidak berjauhan dengan anak-anaknya.

"Memang saya akan selalu berjumpa dan kadang kala akan keluar sekali dengan bekas suami. Saya tak kisah orang nak fikir apa kerana mulut manusia kita tak boleh tutup.

"Kalau ada yang berniat untuk menjatuhkan saya, alhamdulillah. Semoga tuhan ampuni dosa mereka. Itu saja yang boleh saya cakap. Saya hanya nak mencari rezeki sekarang," ujarnya.

Hasil perkahwinan dengan bekas suami, Putri dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Alia Wirdani, 6, Amir Firman,4 dan Airell Zuhair,3.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda
saya sangat menghargai anda yang sudi melawat blog ini =)