Salah seorang anggota keluarga itu, James Boydden, 17, menggali pasir di pantai tanpa menyedari ada rongga lubang sebelum dia disedut sedalam 2.44 meter.
Adiknya, Andrew dan bapanya, Ken, yang menyedari kejadian itu segera membantu James yang semakin tenggelam ke dalam lubang tersebut tetapi gagal untuk mengeluarkannya.
Bapanya menggali lubang itu selepas tubuh James disedut dan berjaya menemui kepalanya yang sudah ditimbus.
Kepala James kemudian dibersihkan oleh bapanya daripada pasir tetapi tubuh remaja itu masih tertimbus.
Lebih 100 anggota bomba dan petugas kecemasan bergegas menyelamatkan remaja itu yang terperangkap selama dua jam dalam lubang pasir.
Syukurlah...akhirnya remaja ini dpt diselamatkan. Mmg bahaya btlkan. So, bhati2 di mana jua anda berada.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan jejak anda
saya sangat menghargai anda yang sudi melawat blog ini =)