Pages - Menu

Thursday, June 25, 2009

Fesyen Tudung Siti di Pertikai

Isu tudung di Malaysia ini merupakan satu topik yang sensitif kerana ianya bersangkut-paut dengan tuntutan agama. Keikhlasan Siti dalam mengenakan selendang sering dipertikaikan para peminat yang inginkan Siti mengenakan tudung secara sempurna seperti Waheeda, Ekin, Azizah (TV3) dan Sheila Rusly sebagai contohnya.Mari kita imbas kembali fesyen selendang yang digayakan penyanyi kesayangan Malaysia ini.

Gaya tudung atau selendang tidak menutup leher ini masih membolehkan Datuk Siti mengenakan anting-anting untuk menambah seri penampilan.

Kulit wajah Siti menyerlah dengan selendang merah yang menampakkan sedikit rambut ala ahli politik Malaysia.
Sewaktu pelancaran album baru Siti. sebahagian rambut ditonjolkan dengan imej selendang moden yang melilit merentasi tubuh.
Berwajah cantik, mengenakan apa sekali pun kecantikan Siti tidak dapat dilindungi, cuma Siti kelihatan berusia dengan penggayaan yang begini.

Mungkin inilah imej yang dinanti-nanti peminat Datuk Siti Nurhaliza di pelusuk Malaysia. Keanggunan Siti tidak dapat disangkal lagi dengan tudung litup yang cukup sempurna.

Yang ini terbaek dari ladang macam tudung saji pon ade hahaha…jangan mara Datuk Siti…gurau2 jerk…

Sumber : krsuicide

4 comments:

Tinggalkan jejak anda
saya sangat menghargai anda yang sudi melawat blog ini =)