Pages - Menu

Thursday, February 5, 2009

Spears disaman bekas pengurus

LOS ANGELES - Penyanyi Britney Spears dan keluarganya kelmarin menghadapi saman fitnah yang dikemukakan oleh bekas pengurusnya, Sam Lutfi.
Saman yang tidak menyatakan jumlah ganti rugi itu mengemukakan beberapa bukti termasuk dakwaan dia mahu Spears berbaik-baik semula dengan ibu bapanya.
Dalam saman itu, Sam turut menafikan dakwaan ibu Spears, Lynne bahawa dia mencampurkan dadah ke dalam makanan penyanyi tersebut dengan tujuan mengawalnya.
Spears yang berumur 27 tahun kini kembali menyinar dalam industri nyanyian setelah mahkamah pada tahun lalu membenarkan bapanya, Jamie, mengawal aktiviti peribadi dan kewangannya.
Satu kiriman e-mel dan panggilan telefon kepada Pengurus Publisiti Spears tidak dijawab untuk memberikan ulasan.- AP

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda
saya sangat menghargai anda yang sudi melawat blog ini =)