Pages - Menu

Tuesday, February 3, 2009

Salji tebal landa barat Eropah




SEORANG penunggang mengayuh basikal dekat beberapa buah teksi diselaputi salji di barat London semalam.

LONDON - Jadual penerbangan di Britain dan Perancis terjejas manakala pengguna jalan raya berdepan bahaya selepas barat Eropah diselimuti salji tebal semalam.
London diliputi salji setebal 10 sentimeter iaitu yang terburuk pernah dicatatkan oleh bandar raya berkenaan sejak 18 tahun lalu.
Salji lebat turut mencetuskan huru-hara di beberapa kawasan di Perancis dan Sepanyol manakala tiga orang maut di Itali berikutan cuaca sejuk melampau.
Salji juga dilihat melanda selatan Eropah hingga ke Maghribi.
Di Britain, salji menyebabkan sebuah pesawat milik Cyprus dengan 104 penumpang terbabas di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, barat London.


ORANG ramai berjalan meredah salji tebal di Croydon, selatan London semalam.


"Pesawat itu mendarat dengan selamat dan menuju ke terminal apabila tergelincir ke kawasan berumput," kata seorang jurucakap pentadbiran lapangan terbang tersebut.
Beliau memberitahu, para penumpang dipindahkan menggunakan beberapa buah bas ke terminal dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku.
Di Wales, dua pendaki maut di Gunung Snowdon manakala beratus-ratus buah sekolah di negeri itu dan tenggara England ditutup akibat salji tebal.
"Saya tidak pernah melihat salji lebat seperti ini, pengalaman ini amat menyeronokkan. Salji tidak turun di tempat kelahiran saya di Queensland," kata seorang rakyat Australia yang bertugas di Britain, Bree McWilliam. - AFP


1 comment:

  1. mereka di eropah kesejukan..
    kita di kat malaysia ney kepanasan la plak..

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda
saya sangat menghargai anda yang sudi melawat blog ini =)