Tuesday, March 11, 2014

Women Rule Over A Men


Bagi aku penting juga ilmu akhirat walaupun agamaku tidaklah sehebat mana pun. Sekurang-kurangnya boleh tahu apa yang akan dan bakal berlaku jika ia tidak dibendung dan terus-menerus berlaku. Mungkin ada jalan untuk mengatasi di mana kita boleh kurangkan akibat yang bakal berlaku. Mungkin ada jalan untuk lalui segala-gala cabaran dalam kehidupan ini. Mungkin ada ruang untuk memperbaiki segala kesilapan terutamanya diri sendiri yang serba kekurangan.

Masa itu emas. Betapa bernilainya masa itu sebab masa tak akan kembali seperti masa tua ke masa muda. Jadi, buat apa buang masa melakukan kesilapan yang kita tahu ia satu kesilapan??

P. Ramlee is my favourito.  Sebahagian petikan dari filem nujum pak belalang yang aku suka, apa yang kita nampak seperti pasti, kadang-kadang, jarang-jarang belum tentu apa kita pasti itu hakikatnya satu kepastian satu kebenaran.

Note: Ok. Bold itu sahaja sebahagian petikan filem P. Ramlee. hehe. Cukuplah kita gebang-gebang malam ini. Selamat Malam. Assalamualaikum semua. =)


#PrayforMH370