Friday, March 14, 2014

Bangkit 2014


Terlupa nak update. Pada 4 Mac 2014 aku dan bff pergi ke Hotel Grand Alora untuk menghadiri Seminar Bangkit 2014 dari Dr. Azizan. Selepas dah pergi rasa macam menyesal plak sebelum nih tak pernah pergi. Betapa pentingnya motivasi untuk teruskan kelangsungan hidup ini tahu. Boleh sampai tera itu. Boleh lah. Takkan nak hidup macam tak mahu hidup jaaa.

Aku suka dengan cara Dr. Azizan. Lebih nampak kehidupan realiti dari fantasi. Sebab nanti berangan dan cakap ja lebih. Tapi habuk apa pon talak. Dah tuh heret kita jadik macam hidup dia pulak tuh. Hee. Part paling menyampah dalam hidup aku. haha.




Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Ambil yang jernih buang yang keruh. Kalau asyik nampak kekurangan orang lain. Sedar tak sedar kekurangan diri sendiri tak nampak tapi orang lain pulak yang tolong tengok. Bagi aku, apa yang bagus dan akan bagi impak positif. Why Not? Nak tunggu orang yang banyak 'kelebihan' memang jangan angan-angan mat jenin la. Depa lagi pentingkan diri sendiri lagi ada. Fikir dunia depa ja. Rugi orang macam ini. 

Gebang-gebang pon jangan lupa ya doakan MH 370 dan segala-gala musibah yang mendatang kepada negara kita.  =)